Jangan Gerakk! Nanti kene tembak. |
Harap-harap indeks jenayah di Malaysia selepas ini semakin menurun. Ya lah, polis mutakhir ini nampaknya mengambil pendekatan “tembak maka selesai”. Kerap kali kedengaran berita mengenai penjeyah mati ditembak polis.
Skripnya agak sama. Polis dapat kesan suspek, adengan kejar mengejar berlaku, polis tembak tayar untuk memberhentikan kereta suspek, suspek cuba menyerang polis dengan senjata tajam; parang, pisau, dsbgnya,polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.
Penjayah mati ditembak dan kes-kes yang boleh dikaitkan dengan penjenyah tersebut dianggap selesai. Masuk tv, semua tepuk tangan.
Tapi pernah tak terfikir, apa jenis penjenayah agaknya yang berani menyerang polis dengan mengguna senjata tajam setelah mengetahui polis mempunyai senjata “sepower” M16. Mungkin juga penjayah-penjenayah di Malaysia terlalu rendah IQ mereka sehingga menyangkakan parang atau pedang samurai boleh melawan AK47 atau M16 polis.
Atau mungkin benar polis menggunakan pendekatan “tembak maka selesai”. Pendekatan ini lagi mudah dan pantas. Tak perlu nak soal siasat. Tak perlu nak tahan lokap. Juga boleh jimatkan ruang dalam penjara dan kos memelihara bakal banduan ini. Hakim dan pendakwa raya pun tak la banyak sangat kes nak diuruskan. Agaknya la.
Jika benar pendekatan ini yang sedang diambil oleh polis, maka orang awam juga perlu berhati-hati. Polis bukan sahaja akan menembak penjenayah, tapi juga boleh menembak sesiapa sahaja yang dianggap suspek penjeneyah. Itulah yang berlaku kepada arwah adik Aminulrasyid Amzah. Polis mungkin tidak mengetahui yang memandu kereta itu adalah remaja berusia 15 tahun. Disangkakan rusa yang ditembak, rupa orang asli yang sedang melepaskan hajat dalam semak.
Terbaru, remaja berusia 17 tahun, Mohd Azizi Azri Aziz ditembak oleh seorang anggota polis. Azizi adalah orang awam yang tiada rekod jenayah. Maka terbuktilah polis boleh tembak orang awam yang dianggap suspek. Oleh itu berhati-hatilah, sebagai orang awam, kita masih ada kemungkinan akan ditembak kerana ada kemungkinan kita boleh menjadi suspek penjenayah.
Oleh itu marilah kita beramai-ramai memakai jaket kalis peluru. Politikus juga boleh mengusulkan kepada parlimen supaya orang awam diberi subsidi untuk membeli jaket kalis peluru. Ok. Dah merapu. Sekian.
Undergoing MyBlogLog Verification
No comments:
Post a Comment