Friday, May 21

Kerja Untuk Apa??

Tak nak jadi macam ini sila kerja dengan Gomen




Ramai yang bekerja siang malam. Bekerja pada hari minggu atau cuti umum. Outstation sana sini. Sampai tiada masa untuk keluarga dan diri sendiri. Tapi ramai juga yang kata, aku buat semua ni untuk keluarga aku. Untuk membahagiakan mereka.

Bahagiakan mereka dengan apa? Adakah dengan memanjakan anak-anak dan isteri dengan kemewahan material mampu membahagiakan mereka? Sedarkah kita, sebenarnya apa yang anak-anak dan isteri perlukan hanya dua perkara. PERHATIAN dan KASIH SAYANG.

Selalu kita perhatikan golongan kelas menengah menyibukkan diri dengan mencari kekayaan material. Tak guna harta tinggi menggunung andai miskin hati dan budi bicara. Tak guna duit berkepuk-kepuk andai hati tak tenang dan rezeki tak berkat.

Kalau tengok macam mana orang-orang yang kurang mampu menyara hidup 10 orang anak dengan pendapatan di bawah RM1000. Anak-anak dan isteri mereka masih mampu untuk hidup dan makan walaupun tidak semewah kita. Sedarlah, yang kita cari ialah keberkatan! Keberkatan dalam rezeki yang kita perolehi setiap hari.

Rezeki yang berkat boleh menyara 10 orang anak. Duit seringgit boleh mengenyangkan 10 perut yang kelaparan. Tak percaya? Percayalah. Andai rezeki kamu berkat, kamu ke pasar untuk membeli ikan buat santapan keluarga. Tidak semena-mena  taukey ikan berkata, ‘Abang ambik la 10 ekor ikan ni, bayar seringgit dah la. Saya nak balik cepat ni. Ada hal.” Nah, begitulah kekuasaan Yang Esa. Dia akan berikan keberkatan rezeki kepada hamba-hambanya yang ikhlas dan tidak lokek.

Berbalik kepada yang bekerja siang malam, kesihatan tak jaga. Hisap rokok berkotak-kotak sehari. Makan main sumbat jer. Janji kenyang. Bersenam setahun 3 kali sahaja. Akhirnya jatuh sakit. Kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Harta dan duit yang dikumpulkan habis begitu sahaja untuk menyara kos rawatan apabila sakit.

Jadi kamu bekerja siang malam untuk apa? Jawapnya, untuk mengumpul duit supaya jatuh sakit nanti senang nak dapat rawatan. Maka kamu bekerja untuk sakit! Sekian.

Sapa stress kerana kerja? Ini ubat die

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails