Ramai yang menyangkakan hidup ini adalah suatu perlumbaan. Jadi semua orang berlumba-lumba untuk mengejar sesuatu. Kadang-kadang tidak mengerti apa yang dikejar, apa yang dicari-cari.
Berduyun-duyun lah manusia mahu menyertai perlumbaan ini. Mencuba sedaya upaya untuk berada di depan dan terus mendahului manusia-manusia lain. Sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadu juara. Apakah dia perlumbaan ini?
Kenapa perlu berlumba-lumba mencari kekayaan? Kenapa perlu berlumba-lumba mengejar kesenangan? Kenapa perlu berlumba-lumba untuk mencari kemasyhuran? Sebenarnya, tiada siapa yang ingin berlumba dengan siapa. Kita berlumba bagai nak gila, namun garisan penamat tidaklah zahir dimana ia berada. Dan akhirnya kita kepenatan, rebah dipertengahan perlumbaan, dan menarik orang lain supaya rebah bersama kita.
Hidup ini bukan perlumbaan. Garisan penamat kita berbeza. Dan gelanggang kita juga tidak sama. Kudrat kita tidak sama. Kehebatan intelektual kita juga berbeda beda.
Hidup ini adalah suatu perjuangan. Perjuangan yang tidak akan selesai selagi masih belum tercabut roh dari jasad. Apa yang kau mahu perjuangkan?? Terpulang...Yang pasti sepanjang perjalanan hidup ini, kau harus perjuangkan sesuatu. Perjuangan yang boleh kau bawa sehingga ke nyawa-nyawa ikan.
Hari ini, bangkitlah dengan suatu perjuangan. Semoga hidup kau lebih bermakna. Lebih bererti. Dan lebih memberi manfaat.
kemenangan hari ini bukanlah berarti
kemenangan esok hari
kegagalan hari ini bukanlah berarti
kegagalan esok hari
hidup adalah perjuangan tanpa henti-henti
usah kau menangisi hari kemarin
ahha ...
tak ada yang jatuh dari langit
dengan cuma-cuma
semua usaha dan doa
kebenaran saat ini
bukanlah berarti kebenaran saat nanti
kebenaran bukanlah kenyataan
hidup adalah perjuangan
bukanlah arah dan tujuan
hidup adalah perjalanan
hidup adalah perjuangan
DEWA - Hidup Adalah Perjuangan
No comments:
Post a Comment