Sunday, May 30

Kedai Gambar Adobe


Kedai gambar Adobe? Adobe Photoshop la. Rasanya semua tahu software keluaran Adobe ni. Paling tidak pun mesti pernah dengar. Tak pernah dengar? Sila tanya lebai Google. Photshop telah mencetus suatu fenomena dalam dunia permodelan dan pengiklanan.

Sejak Thomas Knoll mencipta Photoshop ini pada tahun 1987, kita tidak pernah berhenti ditipu oleh para pereka grafik dan syarikat pengiklanan. Kenapa saya kata kita ditipu? Kerana imej-imej yang kita selalu lihat di media massa atau media cetak adalah imej-imej yang telah di "edit" oleh pakar pereka grafik untuk menambahkan lagi "ummpp" pada imej-imej tersebut.

Penipuan imej ini menjadi perkara biasa dalam dunia pengiklanan. Pendek kata, semua kecacatan dan ketidaksempurnaan model atau gambar latar, boleh diatasi dengan hanya beberpa klik sahaja. Contohnya adalah seperti di bawah:
SEBELUM


SELEPAS
SEBELUM


SELEPAS

SEBELUM


SELEPAS
 
SEBELUM

SELEPAS


Jadi faham tak apa yang saya cuba katakan? Sebenarnya, tiada seorang pun model-model di dunia ini mempunyai bentuk badan, kulit atau muka yang sempurna! Semua itu hanyalah kerja-kerja pereka grafik yang menambaikkan imej-imej yang asal.

Kepada lelaki-lelaki diluar sana, berhentilah berimiginasi untuk memiliki perempuan seumpama model dalam iklan-iklan para kapitalis. Itu semua hanyalah penipuan Photoshop! Kepada wanita-wanita diluar sana berhentilah berangan untuk menjadi seperti mereka. Jadilah diri sendiri. Hargailah ciptaan Nya dengan menghargai segala kekurangan dan kelebihan diri.

Tak perlu nak ubah ciptaan Allah. Tak perlu nak tambah plastik untuk membesarkan mana yang kecil atau mengecilkan masa yang besar. Dan jangan juga terpengaruh dengan produk kecantikan untuk mencantikkan payudara dan sebagainya. Tak perlu. Tiada standard atau suatu patent spesifik yang mengatakan bentuk badan begitu adalah cantik, kulit sebegitu adalah cantik, dan payudara seperti itu adalah cantik.

Semua itu adalah mainan pemasaran kapitalis-kapitalis barat supaya anda rasa diri anda tidak sempurna dan akhirnya "terbeli" produk-produk mereka.

Nak cantik? Beauty is in the eyes of the beholder. Kalau faham, fahamlah. Kalau tak faham, sudah.


 



 



 

Friday, May 28

Bosan??


Banyak kali, bukan, selalu aku terserempak dengan status di FB yang melahirkan kebosanan a.k.a tak tahu nak buat ape. Contohnya, "Bosannye...tak tahu nak buat ape weekend ni." Lagi, "Damn boring!." Lebih kurang macam itulah bunyinya. Aku terkedu, sedih, dan kecewa pun ada. 

Lantas terfikir, diorang ni saja-saja buat bosan ke memang tak tahu nak buat apa pada masa terluang? Kalau betullah memang tak tahu nak buat apa, melangut depan tv berjam-jam, main game kat FB sampai pagi, sungguh mengecewakan dan sangat merugikan.

Allah mengurniakan kita hanya 24jam sehari. Tak kiralah samaada kau anak raja, anak pegawai daerah mahupun anak ketua pemuda PAS, semuanya hanya ada 24jam sahaja sehari. Itu belum tolak masa tidur, nyahtinja, makan, dan masa dalam perjalanan. Masa berkualiti yang kita ada untuk melakukan sesuatu perkara berfaedah hanyalah lebih kurang 12 jam sehari! Ya, hanya 12 jam sehari.

Kalau ada yang bertanya, nak buat apa ya masa-masa terluang ni? Aku akan jawab, "There's a whole world waited to be explore, there's ocean of books to be read, there's thousand of new discovery to be made, and there is million of unsolved mysteries and puzzles." Tak faham lagi? Kalau tak tahu nak buat apa sangat tu, carilah hobi. Tak kesahlah apa jua jenis hobi. Asalkan memberi manfaat kepada kita.

Seorang teman pernah memarahi aku suatu ketika dulu. Aku mengeluh dihadapan beliau, "Aku tak tahu nak buat apa lah hari. Bosan tahap lipan." Dengan nada yang sinis beliau menjawab, "Kau dah hafal 30 juzuk Al-Quran? Dah baca kitab-kitab tulisan Imam-Iman utama? Dah kaji setiap ayat dan perkataan dalam setiap surah?" Aku terdiam sambil tersenyum pahit. Lantas menjawab dalam nada serak-serak itik, "Belum..."

Sedarlah teman-teman, kita hanya 24jam sehari, pastikan kita guna sepenuhnya masa tersebut! Dan gunakanlah dengan bijaksana dan berhemah.

Tuesday, May 25

Generasi Hamba Hutang

Mari Lihat Piramid Kuasa Dunia

Kadang-kadang simpati bila memikirkan nasib anak-anak muda zaman sekarang (termasuklah diri aku sendiri). Dengan keadaan ekonomi yang tak tentu arah, keadaan politik yang macam sampah, anak-anak muda dilihat hilang arah dalam mengikut arus kehidupan sekarang.

Media dan kerajaan mencanangkan ekonomi kita semakin pulih, namun aku yang buta ekonomi ini pun boleh merasakan bahawa ekonomi kita masih tidak kemana-mana. Peluang-peluang kerja masih sukar untuk direbut, taraf hidup semakin tinggi dengan peningkatan harga barang-barang keperluan asas.

Kadar inflasi sebanyak 1.50% dan kadar pengangguran 3.50% masih menyesakkan rakyat marhein.  Indeks jenayah masih tinggi seakan-akan memerli PDRM khususnya IGP dan Ketua-Ketua Polis Negerinya. Indeks Persepsi Rasuah merosot dengan skor hanya 4.5 berbanding Singapura 9.2, memberi isyarat bahawa kewujudan SPRM tidak dapat membantu membersihkan negara dari barah rasuah.

Anak-anak muda ditipu hidup-hidup. Mereka dipancing dengan pinjaman pembelajaran untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat ijazah. Maka berduyun-duyunlah anak-anak muda melangkah ke menara gading dengan harapan dapat mengubah kehidupan mereka. Seraya memasang angan-angan yang tinggi untuk bekerja sebagai eksekutif atau pegawai sejurus selepas graduasi.

Realitinya pahit, selepas graduasi dan melangkah ke alam pekerjaan, barulah mereka sedar betapa sempitnya ruang pekerjaan untuk graduan-graduan berijazah tidak berpengalaman seperti mereka. Yang mudah mengalah, balik kampung tanam anggur. Yang tabah, memilih untuk terus bekerja walaupun jawatan dan gaji tidak setimpal dengan lulusan. Yang cerdik, mulakan perniagaan sendiri walaupun kecil-kecilan. Yang hilang arah tujuan, sambung belajar lagi ke peringkat Sarjana.

Kenapa aku katakan anak-anak muda ditipu? Kerana belum kerja lagi, mereka telah bergelar penghutang! Ya, penghutang kepada Ah Long yang paling licik, PTPTN. Maka hari ini lahirlah generasi hamba hutang. Bekerja siang malam hanyalah untuk membayar hutang.

Tak cukup dengan itu, baru kerja setahun dah nak berkereta. Berhutang lagi. Gali lubang. Tutup lubang. Kemudian nafsu mengawan dah tak boleh tahan, nak beristeri. Berhutang lagi nak buat majlis kenduri dan hantaran.

Entahlah. Apa agaknya nasib generasi hamba hutang ini. Sama-samalah kita perhatikan hasilnya dalam 10 tahun akan datang. 

Jadi macam ni agaknya...


Monday, May 24

Media yang Membodohkan

Jimat amendenye?

Pernahkan terfikir kenapa agaknya media massa dari dulu hingga kini, kerja mereka asyik melaporkan perkara-perkara yang negatif sahaja. Perasan tak, bila kita dengar atau tengok berita dalam media massa, kita hanyalah mendengar laporan semata-mata. Faham tak maksud saya? Kita hanya dibenarkan menerima dan menghadam segala cerita dan laporan yang disediakan oleh media.

Kita semacam sebiji tong sampah yang terbuka luas. Kita terima apa jua laporan yang disumbat oleh media. Contohnya, apabila berlaku kenaikan harga minyak di Malaysia. Media akan melaporkan bahawa harga minyak telah naik sebanyak sekian sekian sen. Kemudian, siarkan pendapat orang awam yang biasanya berbunyi, “Mak cik setuju la kerajaan naikkan harga minyak ni, sebab dah lama dah tak naik harga kan? Jadi memang tepat apa yang kerajaan buat ni”.

Tak ilmiah langsung. Macam kita dipaksa untuk terima kenyataan bahawa harga minyak dah naik. Kan bagus kalau dibuat sedikit diskusi ilmiah, seperti berikut. “Tindakan Kerajaan menaikkan harga minyak menimbulkan pelbagai reaksi rakyat. Adakah patut kerajaan menaikkan harga minyak? Kita tinjau pendapat orang ramai.” Barulah ada kelas media macam ni. Lepas tu buat undian awam siapa setuju dan siapa tak setuju. Ini tidak, jadi barua pemerintah je koje mereka.

Lagi satu suka sangat melapor kejadian kejadian negatif. Rompak, rogol, bunuh, ragut, pelacuran haram, judi haram..Setiap hari cerita yang sama tapi watak dan tempat sahaja yang berbeza. Eh, masyarakat kita ni memang suka ke dengan cerita-cerita macam ni? Atau media yang paksa kita dengar dan hadam cerita-cerita macam ni. Kenapa tidak dilaporkan cerita-cerita yang positif dan menggembirakan semua orang.

Kenapa asyik ceritakan pada semua orang yang kita ni tinggal dalam dunia yang penuh dengan kejadian jenayah dan keganasan! Padahal banyak lagi cerita-cerita lain yang menarik boleh diutarakan kepada rakyat. Saya suka Yahoo News. Cerita-cerita yang mereka laporkan sangat menarik, kadang-kadang memberi inspirasi dan berinformatif. Tak percaya? Sila buka yahoo.com setiap hari dan baca yahoo news.

Anda akan rasa dunia sebenarnya sangat menarik untuk diterokai!

Sunday, May 23

Two Choices

Choose your path


Dear guys, here's a very moving and motivating story which I want to share with you all. Hope we can get something useful out of it!


Jerry is a restaurant manager. He is always in a good mood no matter what happened to him. When someone would ask him how he was doing, he would always reply, "If I were any better, I would have a twins!". Many of the waiters at the restaurant quit their job when he changed job so they can follow him around from restaurant to restaurant.


Why? Because Jerry was a natural motivator. If an employee was having a bad day, Jerry was always there telling the employee how to look at the bright side of the situation. Seeing this style was made me curious, so one day I went up to Jerry and ask him: "I don't get it! No one can be a positive person all of the time. How do you do it?". Jerry replied: " Each morning I wake up and say to myself, I have two choices today. I can choose to be in good mood or I can choose to be in bad mood. I always choose to be in good mood".


Each time something bad happened, I can choose to be a victim or I can choose to learn from it. I always choose to learn from it. Every time someone comes to me complaining, I can choose to accept their complaining or I can point out the positive side of live. 


I always choose the positive side of live.


"But its not always that easy". I protested. "Yes it is". Jerry said. You can choose how to react to situation. you choose how people will effect your mood. You choose to be in good mood or bad mood. 


Several years later,


I heard that Jerry accidentally did something you never suppose to do in restaurant business. He left the back door of his restaurant open. And then, in the morning. He was robbed by three armed men. What they want? !%$*$$#@@@#%%%!!


While Jerry was trying to open the safe box, his hand shaking from nervousness, slipped of the combination. The robbers panicked and shot him. Luckily, Jerry was found quickly and rushed to the hospital. After 18 hours of surgery and weeks of intensive care, Jerry was released from the hospital with fragments of the bullets still in his body...


I saw Jerry after six month of the accident. When I asked him how he was. He replied: "If I were any better, I'd be twins. Want to see my scars?". I declined to see his wound, but did asked him what had gone through his mind when as the robbery took place.


"The first thing that went through my mind that I should have look the back door," Jerry replied. "Then after they shot me, as I lay on the floor, I remembered that I have two choices: I could choose to live or I could choose to die. I choose to live." Jerry continued, "The paramedics were great. They were keep telling I was going be fine. But when they wheeled me to emergency room, and I saw the expression on the faces of the doctors and nurses, I got really scared. I know i need to take action. 


"What did you do?" I asked. "Well, there was a big nurse shouting question at me," Said Jerry. "She asked if I was allergic to anything."


"Yes" I replied. The doctors and nurses stop working as they waited for my answer. I took a deep breath and yelled, "Bullets!"


Over their laughter I told them, "I am choosing to live. Please operate on me as if I am alive, not dead." Jerry lived thanks to skill of his doctors, but also because of his amazing attitude. I learnt from him that everyday to have the choice to either enjoy your life or to hate it. The only thing that is truly your - that no one can take control or take from you is your attitude, so if you can take care of that, everything else in life becomes much easier. 


Now you have to choices to make. Either you want to be in good mood or bad mood. I choose to be in good mood!

Friday, May 21

Kerja Untuk Apa??

Tak nak jadi macam ini sila kerja dengan Gomen




Ramai yang bekerja siang malam. Bekerja pada hari minggu atau cuti umum. Outstation sana sini. Sampai tiada masa untuk keluarga dan diri sendiri. Tapi ramai juga yang kata, aku buat semua ni untuk keluarga aku. Untuk membahagiakan mereka.

Bahagiakan mereka dengan apa? Adakah dengan memanjakan anak-anak dan isteri dengan kemewahan material mampu membahagiakan mereka? Sedarkah kita, sebenarnya apa yang anak-anak dan isteri perlukan hanya dua perkara. PERHATIAN dan KASIH SAYANG.

Selalu kita perhatikan golongan kelas menengah menyibukkan diri dengan mencari kekayaan material. Tak guna harta tinggi menggunung andai miskin hati dan budi bicara. Tak guna duit berkepuk-kepuk andai hati tak tenang dan rezeki tak berkat.

Kalau tengok macam mana orang-orang yang kurang mampu menyara hidup 10 orang anak dengan pendapatan di bawah RM1000. Anak-anak dan isteri mereka masih mampu untuk hidup dan makan walaupun tidak semewah kita. Sedarlah, yang kita cari ialah keberkatan! Keberkatan dalam rezeki yang kita perolehi setiap hari.

Rezeki yang berkat boleh menyara 10 orang anak. Duit seringgit boleh mengenyangkan 10 perut yang kelaparan. Tak percaya? Percayalah. Andai rezeki kamu berkat, kamu ke pasar untuk membeli ikan buat santapan keluarga. Tidak semena-mena  taukey ikan berkata, ‘Abang ambik la 10 ekor ikan ni, bayar seringgit dah la. Saya nak balik cepat ni. Ada hal.” Nah, begitulah kekuasaan Yang Esa. Dia akan berikan keberkatan rezeki kepada hamba-hambanya yang ikhlas dan tidak lokek.

Berbalik kepada yang bekerja siang malam, kesihatan tak jaga. Hisap rokok berkotak-kotak sehari. Makan main sumbat jer. Janji kenyang. Bersenam setahun 3 kali sahaja. Akhirnya jatuh sakit. Kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Harta dan duit yang dikumpulkan habis begitu sahaja untuk menyara kos rawatan apabila sakit.

Jadi kamu bekerja siang malam untuk apa? Jawapnya, untuk mengumpul duit supaya jatuh sakit nanti senang nak dapat rawatan. Maka kamu bekerja untuk sakit! Sekian.

Sapa stress kerana kerja? Ini ubat die

Sunday, May 16

Selamatkan Guru-Guruku

Ini bukan cikgu aku

Kualiti keperibadian seseorang itu diukur dengan kualiti keperibadian orang di sekelilingnya. Itulah kesimpulan mudah yang dibuat berdasarkan “Hukum Tarikan”. Orang yang hebat akan menarik orang-orang yang hebat untuk berdamping dengannya. Sebab itu ada bijak pandai berkata, kalau hendak tahu bagaimana keperibadian sesorang individu itu, lihatlah keperibadian orang-orang disekelilingnya.

Begitulah hal bagi guru. Guru yang hebat akhlak dan tinggi keperibadiannya akan membentuk anak-anak guruan yang hebat akhlak dan tinggi keperibadiannya. Sebagaimana acuannya, begitulah bekas nya.

Aku bersyukur kerana sepanjang tempoh aku menduduki bangki sekolah sehinggalah ke menara gading, aku dikelilingi guru-guru yang sangat hebat keperibadian mereka. Sehingga kini, kata-kata hikmat, nasihat-nasihat sakti dan denda-denda keramat masih mengalir dalam hemoglobin darah ku.

Aku bukanlah seorang pelajar cemerlang, jauh untuk menjadi pelajar yang terbaik. Namun senakal-nakal aku, tidak pernah aku memaki hamun guru-guruku didepan mahupun belakang. Tidak pernah terlintas untuk memancit atau menoreh kereta guru-guru yang menghukum aku. Segala kutilan keras, hayunan rotan dan penampar mentah, aku tadah sepasrah-pasrahnya.

Sempena hari guru ini aku panjatkan doa kemuliaan dan kerahmatan ke hadrat Ilahi, semoga dosa guru-guruku diampunkan. Semoga guru-guruku sentiasa diberkati dan dilimpahi kenikmatan. Sungguh, pengorbanan dan jasa mereka tidak terbalas oleh kudratku, tidak terpikul oleh pundak ku. Hanya Yang Esa mampu memberi balasan syurga buat mereka keran disitulah layaknya mereka berada.

Kerana guru, aku mengenal erti pahit manis perjuangan kehidupan. Kerana guru jualah, aku terus berdiri walau sebelah kaki, bangkit setelah rebah, dan tabah dikala dilanda kerumitan.

Terima kasih Cikgu...Kerana sudi memanggilku murid mu.

Friday, May 14

Piala Thomas


Sekarang ini musim piala Thomas. Di sana sini semua bercakap tentang piala Thomas. Tak kiralah yang mengutuk, mengkritik, menggossip, mahupun meramal sejauh mana skuad Malaysia mampu pergi dalam kejohanan paling berprestij dalam arena badminton ini.

Secara peribadi, saya tidaklah menaruh harapan yang tinggi buat skuad Malaysia untuk menjulang kembali piala Thomas. Bukan memandang rendah, tetapi hakikat kita masih tiada suatu skuad yang mantap daan seimbang. Hanya berharap pada Lee Chong Wei dan beregu Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong. Sudah, saya bukan hendak mengulas tentang piala Thomas ini.

Cuma ingin mengimbas kembali sewaktu masih anak-anak kecil. Kemanisan menjulang piala Thomas 1992 oleh skuad Malaysia dirasai oleh semua rakyat marhein. Pada masa itu, semua rakan-rakan sebaya ingin menjadi sehebat Rashid, Razif, dan Jailani. Maka demam badminton melarat lah ke seluruh pelusuk negara.

Di kampung saya, kalau siapa yang ajak main bola pada masa ini pasti tidak dilayan! Semua sibuk mengusung reket. Masa itu reket boleh dibeli kat kedai runcit. Harga pun dalam RM1.50 je. Reket kayu. Canggih sikit reket besi. Berat. Nak tercabut tangan bila nak smash macam Rashid Sidek. Bulu tangkis boleh beli satu-satu.Pukul sampai lebam. Bila bulu tangkis tu dah togel, baru beli baru. Murah je. 50 sen jer satu. Jenama cap ayam jantan.

Pantang ada kawasan lapang, kompem akan jadi gelanggang badminton. Line buat dengan tali rafia jer. Net? Jala atau pukat buruk. Janji ada.Siap ada liga lagi tu. Memang meriah. Tak kira lelaki ke perempuan ke, tua ke muda ke, semua akan berjangkit demam piala Thomas ni. Sangat seronok masa tu.

Tapi sejak zaman kejatuhan Malaysia dalam arena badminton ni, demam piala Thomas dah lama kebah. Mungkin budak-budak sekarang main badminton guna PS2 atau X-Box je kot. Zaman berubah. Dan manusia pun ikut sama berubah. Ikut arus perubahan la kononnya. Ikut kemodenan la kononnya.

Habis demam piala Thomas, demam World Cup plak. Haa...ni cite lain. Kita story bile World Cup dah mula nanti. Adios Amiga...!!

Untuk korang yang lupa atau belum lahir lagi. Ni tengok final Malaysia vs Indonesia.

Thursday, May 13

Hidup Adalah Perjuangan

Ramai yang menyangkakan hidup ini adalah suatu perlumbaan. Jadi semua orang berlumba-lumba untuk mengejar sesuatu. Kadang-kadang tidak mengerti apa yang dikejar, apa yang dicari-cari.

Berduyun-duyun lah manusia mahu menyertai perlumbaan ini. Mencuba sedaya upaya untuk berada di depan dan terus   mendahului manusia-manusia lain. Sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadu juara. Apakah dia perlumbaan ini?

Kenapa perlu berlumba-lumba mencari kekayaan? Kenapa perlu berlumba-lumba mengejar kesenangan? Kenapa perlu berlumba-lumba untuk mencari kemasyhuran? Sebenarnya, tiada siapa yang ingin berlumba dengan siapa. Kita berlumba bagai nak gila, namun garisan penamat tidaklah zahir dimana ia berada. Dan akhirnya kita kepenatan, rebah dipertengahan perlumbaan, dan menarik orang lain supaya rebah bersama kita.

Hidup ini bukan perlumbaan. Garisan penamat kita berbeza. Dan gelanggang kita juga tidak sama. Kudrat kita tidak sama. Kehebatan intelektual kita juga berbeda beda.

Hidup ini adalah suatu perjuangan. Perjuangan yang tidak akan selesai selagi masih belum tercabut roh dari jasad. Apa yang kau mahu perjuangkan?? Terpulang...Yang pasti sepanjang perjalanan hidup ini, kau harus perjuangkan sesuatu. Perjuangan yang boleh kau bawa sehingga ke nyawa-nyawa ikan.

Hari ini, bangkitlah dengan suatu perjuangan. Semoga hidup kau lebih bermakna. Lebih bererti. Dan lebih memberi manfaat.

kemenangan hari ini bukanlah berarti
kemenangan esok hari
kegagalan hari ini bukanlah berarti
kegagalan esok hari

hidup adalah perjuangan tanpa henti-henti
usah kau menangisi hari kemarin
ahha ...

tak ada yang jatuh dari langit
dengan cuma-cuma
semua usaha dan doa
kebenaran saat ini 
bukanlah berarti kebenaran saat nanti
kebenaran bukanlah kenyataan


hidup adalah perjuangan
bukanlah arah dan tujuan
hidup adalah perjalanan
hidup adalah perjuangan


DEWA - Hidup Adalah Perjuangan

Sunday, May 9

"Tembak maka Selesai"

Jangan Gerakk! Nanti kene tembak.

Harap-harap indeks jenayah di Malaysia selepas ini semakin menurun. Ya lah, polis mutakhir ini nampaknya mengambil pendekatan “tembak maka selesai”. Kerap kali kedengaran berita mengenai penjeyah mati ditembak polis.

Skripnya agak sama. Polis dapat kesan suspek, adengan kejar mengejar berlaku, polis tembak tayar untuk memberhentikan kereta suspek, suspek cuba menyerang polis dengan senjata tajam; parang, pisau, dsbgnya,polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

Penjayah mati ditembak dan kes-kes yang boleh dikaitkan dengan penjenyah tersebut dianggap selesai.  Masuk tv, semua tepuk tangan.

Tapi pernah tak terfikir, apa jenis penjenayah agaknya yang berani menyerang polis dengan mengguna senjata tajam setelah mengetahui polis mempunyai senjata “sepower” M16. Mungkin juga penjayah-penjenayah di Malaysia  terlalu rendah IQ mereka sehingga menyangkakan parang atau pedang samurai boleh melawan AK47 atau M16 polis.

Atau mungkin benar polis menggunakan pendekatan “tembak maka selesai”. Pendekatan ini lagi mudah dan pantas. Tak perlu nak soal siasat. Tak perlu nak tahan lokap. Juga boleh jimatkan ruang dalam penjara dan kos memelihara bakal banduan ini. Hakim dan pendakwa raya pun tak la banyak sangat kes nak diuruskan. Agaknya la.

Jika benar pendekatan ini yang sedang diambil oleh polis, maka orang awam juga perlu berhati-hati. Polis bukan sahaja akan menembak penjenayah, tapi juga boleh menembak sesiapa sahaja yang dianggap suspek penjeneyah. Itulah yang berlaku kepada arwah adik Aminulrasyid Amzah. Polis mungkin tidak mengetahui yang memandu kereta itu adalah remaja berusia 15 tahun. Disangkakan rusa yang ditembak, rupa orang asli yang sedang melepaskan hajat dalam semak.

Terbaru, remaja berusia 17 tahun, Mohd Azizi Azri Aziz ditembak oleh seorang anggota polis. Azizi adalah orang awam yang tiada rekod jenayah. Maka terbuktilah polis boleh tembak orang awam yang dianggap suspek. Oleh itu berhati-hatilah, sebagai orang awam, kita masih ada kemungkinan akan ditembak kerana ada kemungkinan kita boleh menjadi suspek penjenayah.

Oleh itu marilah kita beramai-ramai memakai jaket kalis peluru. Politikus juga boleh mengusulkan kepada parlimen supaya orang awam diberi subsidi untuk membeli jaket kalis peluru. Ok. Dah merapu. Sekian.
Undergoing MyBlogLog Verification

Wednesday, May 5

Life is a GIFT

Today  
Before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.
 Before 
You complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.
 Before 
You complain about your husband or wife - Think of someone
who's crying out to GOD for a companion.

 Today 
Before you complain about life - Think of someone who died
too early on this earth.

 Before 
You complain about your children - Think of someone who
desires children but they're barren.

 
Before 
You argue about your dirty house someone didn't clean or
sweep - Think of the people who are living in the streets.


 Before 
Whining about the distance you drive Think of someone who walks the same distance with their feet.
 And when 
You are tired and complain about your job - Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.
 
But  
Before you think of pointing the finger or condemning another - Remember that not one of us is without imperfection.
 And when 
Depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on your face and think: you're alive and still around.

Hanya kerana kau berbeza

Kadang-kadang terfikir kenapa agaknya di Malaysia ini bila kita berbeza pendapat dan ideologi, kita akan ditohmah dan dilabel dengan pelbagai perkara yang buruk.

Di Malaysia ini kalau berkumpul ramai-ramai untuk menyuarakan sesuatu lebih-lebih lagi bantahan, dianggap sebagai perosak keharmonian Negara. Di Negara demokrasi lain aktiviti ini dianggap sebagai menyuarakan suara dan pendapat. Tak perlu permit polis mahupun kebenaran mana-mana pihak.

Hanya kerana kau mengundi parti selain Kerajaan, kau akan dicop sebagai pengkhianat, tak tahu dek untung, tak mengenang budi dan sebagainya. Bukankah ini menunjuk demokrasi berjalan secara sihat?

Hanya kerana kau tidak setuju dengan dasar atau pimpinan Kerajaan, kau akan dilabel sebagai mengancam keselamatan Negara. Bukankah berbeza pendapat itu adalah perkara normal?

Hanya kerana kau memperjuangkan untuk menegakkan agama Allah, kau akan dikatakan sebagai ekstrimis. Bukankah perjuangan menegakkan agama Allah itu adalah tanggugjawab semua penganutnya?

Hanya kerana kau memperjuangkan hak kaum lain, kau akan dilabel sebagai pengkhianat bangsa. Bukankah semua hak patut diperjuangkan tanpa mengira warna kulit?

Hanya kerana kau berhalauan kiri, mengangkat panji tukul dan sabit, kau akan dilabel komunis, tidak percaya pada agama dan tuhan. Hanya kerana perbezaan itu kau ditohmah sebagai jahil, sesat dan sebagainya. Tapi sedarkah kau yang berbeza cuma pendapat dan ideologi, sedangkan kita bernafas dalam syahadah yang sama.

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Lain padang, lainlah belalangnya. Pelik kalau semua orang pakai baju biru. Mestilah ada yang berbaju hijau, berbaju kuning, berbaju biru dan berbaju merah. Itu lumrah.

Entahlah. Mungkin di Malaysia ini berbeza pendapat adalah tidak dibenarkan. Semua kene angguk-angguk dan geleng-geleng jer. Kalau macam itulah keadaannya, tak perlu ada parlimen. Tak perlu juga pilihanraya. Membazir duit dan buang masa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails