Saturday, December 5

ATTITUDE OF GRATITUDE


Gratitude. Atau penghargaan, kesyukuran, juga boleh diertikan sebagai terhutang budi. Aku lebih senang menggunakan istilah BERSYUKUR. Alhamdulillah. Ekspresi pujian kepada Maha Esa yang digunakan untuk menunjukkan kesyukuran dari segi lisan. Senang diungkapkan dan menjadi satu ayat standard bile terima anugerah atau menjawab pertanyaan khabar. Namun ramai yang gagal memahami erti syukur dalam penghidupan seharian.

Syukur itu diciptakan pasangannya iaitu redha. Tanpa dua elemen penting ini hidup kite tak akan pernah cukup. Tak pernah sejahtera. Terumbang ambing dalam sampan yang tiada pendayung. Kerana pendayung kehidupan itu adalah syukur dan redha. Redha itu menerima ketentuan Nya tanpa sebarang soal bicara. Menerima sebulat-bulatnya. Dan bertawakkal akan melengkapkan lagi penyerahan kite terhadap Rabbul Izzati.

Kenapa perlu bersyukur? Aku tiada jawapan untuk persoalan itu. Gunakanlah anugerah akal untuk mencari jawapan kepada teka teki itu. Tiada jawapan yang salah jua tiada yang betul. Kenapa tidak kite bersyukur? Lihat lah dicermin. Lihat kejadian diri sendiri. Cukup sempurna. Cukup indah saling melengkapi. Lihat ke langit. Lihat lah bintang-bintang dan bulan. Lihat lah lautan yang tak pernah kering walau hujan tidak turun walau setitik. Andai seluruh lautan di jadikan tinta untuk menulis satu list nikmat-nikmat kurnian Allah, nescaya masih belum cukup hatta seluruh lautan diguna untuk melengkapkan list tersebut.

Nah, masih belum mau bersyukur?

Bangun pagi, kau liat untuk bangkit. Aduh…malasnye nak pegi kerja. Apetah lagi untuk menunaikan solat subuh! Andai kau tahu erti kesyukuran nescaya kau akan bangun dengan menitiskan air mata. Alhamdulillah…aku masih diberi peluang untuk melihat dunia buat sekali lagi. Saat kau malas untuk pergi kerja, kau bersyukurlah kerana kau masih mempunyai pekerjaan. Fikirkan lah tentang insan lain-lain yang masih terkial-kial mencari sesuap nasi!

Dalam perjalanan ke pejabat, traffic jam. Kau marah –marah tak tentu pasal. Kau cemburu melihat motosikal mencilok sane sini dengan girangnya. Andai kau tahu erti bersyukur nescaya kau akan sedar yang kau mempunyai kereta! Yang ade aircond, yang boleh dengar radio. Kau tersangat selesa berbanding penunggang motosikal yang terpaksa memperjudikan nyawa berlindung bawah flyover di kala hujan.

Pulang ke rumah kau lihat bil bertimbun –timbun. Bil elektrik, bil air, bil astro dan sebagainya. Kau mengeluh dan merengus. Andai kau tahu erti bersyukur kau akan sedar yang kau hidup di dalam rumah yang ade karen, ade air dan astro! Ade fakir yang tak pernah tengok bil api dan air seumur hidup mereka. Kenapa? Sebab rumah mereka takde pon tu semua.

Saat merasa malas untuk belajar. Kau mengeluh assaingment banyak. projek banyak. Itu lah ini lah. Andai kau tahu cara bersyukur nescaya kau akan menggunakan seluruh kesempatan di menara gading untuk memburu secebis ilmu buat bekalan. Tak pernah terfikirkah oleh kau berapa ramai yang mengidam untuk menjejakkan kaki ke tempat mu namun hanya mampu berkata, " Cita-cita saya dulu nak sambung blajar...tapi keluarga tak mampu, mak pulak sakit takde orang nak jaga..." Berlinangan air mata yang dahagakan ilmu.

Kau mengeluh hidup ini tak pernah adil. Tuhan itu kejam. Kau tak pernah dapat ape yang kau impikan. Namun sedarkah kau ape yang kau mahukan itu belum tentu yang terbaik buat kau. Sesungguhnya antara perancangan kita dan perancangan Allah, perancangan Allah lah yang lebih utama.

Bersykurlah!!
Nescaya kau akan lebih banyak memberi dari meminta. Redhalah.Nescaya kau akan menemui kebahagian disebalik dugaan,ujian, mahupun kesengsaraan.

1 comment:

Healmie Zahari said...

Salam,
awang nano leh tahan best. Terharu baca citer diari abah tue. Tahniah!

http://pandaisimpan.blogspot.com
http://pandaipandai.blogspot.com

Kalu sudi leh kita tukar link and follow.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails