Wednesday, December 16

KURSUS BTN PART 1

Pada 7 hingga 11 Disember 2009 yang lalu aku telah ‘dipaksa’ untuk menghadiri suatu program usahasama PUNB dengan BTN. Program tersebut diberi nama Program Motivasi Usahawan 2009. Untuk makluman, aku sekarang adalah perantis bagi program Usahawan Siswazah Perantis. Program training attachment ini adalah selama 6 bulan. Dan kursus motivasi ini adalah termasuk dalam syarat sah program perantis tersebut. Makne kate, nak tak nak kene pergi jugak la.

Pada mulanya aku bercadang nak tangguhkan dulu untuk menghadiri kursus ni atas alas an kesihatan. Ya, aku demam pada hari kami bertolak. Tapi bile difikirkan balik, nanti kene jugak dengan batch lain. Maka gagahkan diri pergi jugak. Pada mulanya lokasi kursus dikatakan disekitar kuala selangor. Tup tup , masa naik bas dapat tahu lokasi sebenar kat kem btn kuala lipis. Layan je la. Dalam bas jumpe junior mase kat kospint, Aiman. So dia la teman berborak sepanjang perjalanan kami ke kuala lipis.

Perjalanan ke kuala lipis memakan masa hampir 3 jam. Aku tak tido masa dalam bas coz nak kenal jalan. Tak pernah pergi kuala lipis kate. Teruja la jugak. Akhirnya sampai di kem bina Negara kuala lipis. Sesampai jer di kem, kami disambut dengan sebuah tasik semulajadi. Ni kompem ade aktiviti main air ni. Berkata aku sendirian. Semua turun dengan pelbagai ekspresi muka. Kami didaftarkan, dibekalkan dengan selimut dan cadar. Bentuk muka bumi kem ni berbukit. Memang dibina dilereng bukit pon. So tangga-tangga yang terdapat di sini memang curam nak mampos. Nak turun gayat. Nak memanjat penat. Huhu.

Masuk je dalam dorm, tuu dia. Satu dorm 30 orang. Sungguh tak selasa. Layan je la. Aku ambil port yang paling belakang, katil atas. After that, semua berkumpul di dewan makan. Kami diperkenalkan dengan ketua jurulatih, Pak Samad. Die bagi briefing sket pasal peraturan di dewan makan. Semua orang kene basuh tray, kole dan lap meja. Kat dinding dewan makan ade gambar Pak Lah basuh tray sendiri. Dalam hati aku cakap, poyo lah!

Majlis pembukaan dirasmikan oleh En Azizi, wakil dari punb. Pembahagian kumpulan. Aku dapat group last skali. Group 10. Dengan tak semena-mena aku dilantik jadi ketua kumpulan. Terima je lah. Ketua fasi bagi warning tak boleh bawak masuk sebarang alat perakam video atau suara ke dalam semua ceramah. Hp pon kene off. Mula-mula dia nak ambik semua hp, tapi nego punye nego die bersetuju semua kene off jer ketika ceramah sedang berjalan. If kedengaran bunyi hp dalam ceramah, maka semua hp akan di rampas. Kami diperkenalkan dengan lagu ‘anak kecik main api’. Korang bleh search kat youtube. Setiap kali ceramah kene nyanyi lagu ni dulu.WTF.

Malamnya ade ceramah pertama, tajuk “1 Malaysia”. Aku pon nak tau jugak apedia sebenarnya propaganda Najib ni. Last-last tak sebut langsung pasal 1Malaysia. Ustaz Rujhan yang bagi ceramah ni asyik cakap pasal kene taat pada pemimpin. Siap bagi dalil Al-Quran lagi. Tapi bagi orang yang tahu, ayat yang die bagi tu tak habis. Memang kene taat dengan pemimpin, tapi pemimpin yang taat pada Allah. Bukan macam Najis Razak! Pastu disebut Pas sebagai punca perpecahan melayu. Kuasa melayu diparlimen berkurang coz keangkuhan Pas tak nak bergabung dengan UMNO. Pas tak mampu untuk mentadbir Negara coz tak mampu untuk bertanding kerusi yang sama banyak dengan UMNO. Disebut jugak Anwar itu sebagai pengkhianat bangsa. Die ade agenda tersendiri. Siapa dia yang sebenar? Itulah lebih kurang yang aku ingat. Terpulang kepada akal yang waras untuk menilainya.

Demam aku pada malam tu dah makin teruk. Aku decide nak pergi hospital keesokan harinya. Pagi tu esoknya aku skipped ceramah pasal keselamatan Negara. Tapi aku yakin isi nya tetap same. Nak memperbodohkan orang melayu. Tengahari kami di assignkan dengan seorang fasi. Name die Fazley. Aku panggil pok de jer. Die ni memang fulltime ngan btn. Penolong pengarah bahagian mane ntah. Die ni rilek jer. Aktiviti ldk cam bese la. Dah borink dah aku buat. Bla blab la…nak cite pon malas coz bende yang same.

Yang bestnye hanyalah masa kuliah maghrib and subuh. Ustaz nawawi ajar pasal pengurusan jenazah siap ngan praktikal skali. Tu je la ilmu bermanfaat yang aku dapat dari kursus ni. Aktiviti fizikal memang best. Malam fist kene pergi kembara malam. Tapi aku skipped jugak coz demam…hampeh. Flaying fox pon aku tak maen coz dah banyak kali maen. So bagi chance kat yang xpernah try. Yang aku btol2 buat ngan group aku kembara perlembagaan.

Kembara ni lain macam sket. Setiap check point ni akan brainwash kite pasal hak-hak keistimewaan orang melayu, agama Islam, bahasa Melayu, dan raja-raja Melayu. Aku malas nak argue ngan dorg aku dengar je la most of the time. Tapi ade satu check point ni yang kate kite ni memang Negara Islam. Kite dah ade mahkamah syariah. So nak buat ape hudud lagi. Yang fasi sorang ni aku argue kaw-kaw. Sejam lebih group aku stuck kat check point die. Last-last die mengalah and lepaskan kami. Lepas pada tu si fasi ni dah macam lain sket ngan aku. Selisih bahu pon tak pandang pon aku. Hahaha…

Petang tu ade water confident. Terjun tasik ikot group. Terkejut aku ingat tasik tu cetek jer. Tp dalamnya lebih kurang 5 meter. Hoho…lepas habis men air. Kitorang dipaksa makan peria, garam, limau nipis dan gula batu. Ni mainan psikologi. Ade yang muntah-muntah. Aku rilek jer. Tapi memang nak muntah pon bile makan garam kasar tu. Sialan. Pastu kene cari gula-gula dalam tepung. Habis muke kene tepung. Masuk mulut and hidung. Aku ingat nak sembur jerk at fasi tu. Last-last budak yang duk sebelah yang kene. Hahaha…sian.

To be concluded...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails