Malam last lagi best. Kami dikumpulkan dalam dewan ikot group. Tetibe diorang reveal markah group. Aku tak tau plak ade markah untuk group and bile mase diorang nilai kami. Group aku paling last! Diorang pon buat kuiz untuk tambahkan markah. Dan fasi ni berhak nak tambah or tolak markah. Apelagi huru hara la group-group lain nak menambah markah. Semua macam kene rasuk jer. Especially group 2 yang markah paling top.Aku rilek jer. Group member aku pon rilek gak. Group 2 memang hebat. Semua soalan yang ustaz Rujhan bagi sume diorang jawab dengan selamba jer. Aku kagum gak mula-mula.
Pastu diorang umumkan satu game last. Markah die 5000. Sape yang menang game kompem die jadi champion. Sume orang dah excited nak menang. Game ni ade 3 syarat jer. Pertama, tak boleh bercakap. Kedua, tak boleh berdiri. Ketiga, tak boleh meminta tapi boleh memberi. Fasi-fasi akan jadi polis yang memantau game. If langgar peraturan kite kene duk luar dewan aka penjara.Pastu setiap group diberikan satu sampul surat. Group aku dapat dua helai kain panjang bewarna merah dan putih. Arahannya senang. Bentukkan dengan bahan yang diberikan tadi satu symbol yang bermakna bagi kite. Aku pon buat la bentuk bulan dan bintang melambangkan Islam. Diorang cakap macam bendera yahudi. Aku tengok group lain dapat kain yang berbeza-beza. Ade kuning, ade biru. Baru aku faham rupenye semua group kene bergabung untuk membentuk bendera Malaysia.
Dengan merangkak aku cuba panggil group lain. Tapi polis dah tangkap aku dan heret pergi ke luar dengan tuduhan aku meminta. Aku terkedu. Sakit hati. Terpaksa la keluar. Kat luar makin ramai yang tewas. Polis yang jaga penjara cuba menprovokasikan emosi pesalah-pesalah ni. Aku rilek je. Tunggu dan lihat. Semua yang ade kat luar tu nak masuk ke dalam dewan coz nak tolong kawan-kawan yang lain siapkan bendera. Tapi polis cakap yang kawan-kawan dalam dewan tak nak pon kami masuk tolong dorang.Polis kat dalam dewan tu buat macam-macam untuk gagalkan usaha mencantumkan bendera Malaysia. Diorang tutup lampu la. Baling kertas la. Simbah air la. Yang kat luar ni hanya mampu mendengar hiruk pikuk kawan-kawan yang berjuang dalam dewan.
Polis yang jaga pesalah ni terus provoke. Kami jadi makin semangat. Last-last semua pakat buat riot hasil hasutan aku. Hahaha…nak pecah pintu dewan tu kene serang ngan geng-geng pesalah. Polis sume bergabung tenaga tahan ‘pintu penjara’ tu dari kene pecah. Aku dimaki kerana jadi penghasut riot. Again, aku wat rileks jer. Then, ketua polis pun keluar untuk nego dengan wakil kami. Harry jadi orang tengah. Polis bagi syarat if nak masuk dalam dewan semula kene serahkan 10 bendera group. Aku terus bersetuju. Tapi leader group lain yang dalam penjara ni membantah. Harry cuba masuk ke dalam dewan tapi kene tolak ngan geng-geng dalam dewan.
Rupanya dorang yang dalam dewan ni dah kene brain wash dah ngan polis. Polis cakap pesalah2 kat penjara wat riot nak rampas bendera Malaysia. Siot jer. 2 3 kali jugak Harry masuk nak nego ngn dorang. Aku plak cuba convince leader2 dalam penjara ni supaya serahkan bendera group masing2. Tapi diorang cakap bendera tu maruah la, lambang kesatuan group la. So tak leh bagi macam tu saje. Aku cakap kalau nak masuk tolong siapkan bendera Malaysia tu kite kene korbankan semangat group kite and bersatu bawah 1 bendera. Bendera Malaysia. Akhirnya dorang setuju la. So tujuh group serahkan bendera masing2.
Aik! Tujuh jer?? Apedehal? Rupenye ade 3 group yang berkeras tak nak bagi bendera dorang. Jam masa tu dah 1.30 pagi. So polis2 ni bagi la masuk pesalah2 yang group mereka dah serahkan bendera tu. Kire diampunkan la ni.Tinggallah 3 group lagi kat dalam penjara. Ketiga-tiga leader group memang dah kene brain wash kaw2. Bagi dorang bendera group ni adalah segalanya. Last-last tinggal group 2 jer. Undi punye undi, majority ahli group 2 setuju serahkan bendera dorang. So kami semua bersatu la dibawah satu bendera.
Semua kene bangun. Junjung bendera Malaysia tu sambil nyanyi lagu jalur gemilang. Last skali semua nyanyi lagu warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Semua bertenang. Aku dipanggil ke depan untuk bagi rumusan. I did share my mind. Malas nak cite ape yang aku bebelkan. Semua bersetuju dengan rumusan aku. Pastu fasi pon bagi rumusan dorang plak. Dan ade menyokong sedikit point2 yang aku utarakan.
Kami kat dorm, cam biase lah. Rumusan sesame kami plak. Geng group 2 datang jumpe aku and minta maaf coz sebab dorang jadi penghalang penyatuan dan melambatkan proses pengampunan pesalah2. aku cakap kat diorang, korang memang hebat la. Kuiz leh jawab semua, pastu group memang mantap, semua bersatu. Kire memang semangat habis la group 2 nih! Tapi aku pelik kenapa dorang tetap berkeras tak nak serahkan bendera group dorang… Mula2 cam dorang serba salah nak cite. Last2 Faris and Asrul cite jugak.
Asrul ni leader group 2. Die dapat fasi ustaz Rujhan. Rupenye memang dorang dah kene brainwash ngan ustaz ni dari awal lagi. Mase mula2 jumpe ustaz dah pesan yang diorang kene jaga bendera macam jaga nyawa. Pastu semua kene bersatu buat aktiviti coz fasi akan nilai. Yang group lain tak tau pon akan kene nilai.Oww…patut la bukan main payah nk bagi bendera dorang! Then dorang cakap diorang memang dah tau semua jawapan kuiz2 tu dari awal lagi coz ustaz Rujhan dah buat dalam ldk dorang! Shit! Memang group 2 ni jadi bahan eksperimen para fasi! And dorang berjaya meracun group 2 ni dari awal lagi. Hahaha…aku tergelak besar.
Aku cakap kat diorang. Tu la orang melayu, mudah diprovokasikan. Mudah dipecahbelahkan. Mudah digula-gulakan dan mudah diperbodohkan. Lain kali gunakan AKAL. Berfikir. Jangan main sedut jer ape orang bagi! Sekian.
No comments:
Post a Comment