Wednesday, December 30

Main Gitar Haram??


Entry ini ditujukan untuk seorang teman sekelas aku dulu. Beliau bertanyakan tentang hukum bermain gitar. Ramai yang konon-kononnya alim mengatakan bahawa bermain gitar itu haram. Tapi mana nas atau dalilnya? Tentu jawapannya tiada. Yang ada hanyalah pendapat-pendapat ulamak muktabar. Namun berlaku percanggahan pendapat. Biasa la tu. Ulamak-ulamak besar ni selalu bercanggah pendapat. Sebab percanggahan pendapat merekalah yang menyebabkan ummah hari ini terbahagi kepada berbagai-bagai mazhab dan aliran.

Jika berlaku percanggahan, makan kembali pada yang pasti iaitu Al-Quran dan Hadith. Aku cuba mencari nas-nas dalam Al-Quran tentang pengharaman alat muzik bertali. Memang aku tak jumpa. Hadith soheh pun tak ade.Akhirnya aku googlekan aje di internet. Terjumpalah pelbagai hukum dan pendapat. Namun pendapat yang paling sederhana dan menarik hati aku ialah pendapat yang ditulis diblog Ustaz Azhar. http://ustazazhar.com

Menurut beliau, ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan. Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :

1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.

2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.

3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Kalau yang memang minat main gitar macam aku ni eloklah diambil yang keempat. Kalau main gitar sampai lupa solat maka jadi haram la main gitar tu. Senang dan mudah. Memang Islam itu mudah. Pendapat ini juga terpakai untuk seruling. Tapi kita yang suka menokok tambah sesuatu perkara yang kita tak pasti. Maka jadilah susah.

Kalu pergi gig ke konsert ke pergilah. Masuk waktu pergi la solat jap. Yang penting disini NIAT. Kalau niat pergi konsert nak cari meraba-raba, nak bercumbu cumbuan, maka haram la pergi ke konsert itu. Kalau niat pergi gig/konsert untuk menikmati karya anak-anak muda tempatan yang fresh dan mendalami apa message yang cuba dikongsi, pergilah! Kalau ade yang menghukumkan haram, tunjukkan mana dalil nya? Surah mana? Hadith mana?


*rindu la nk pergi gig and jamming session…uhu.

4 comments:

nur said...

gig xde campor perempuan kew? juz curios -> bukan ape~ pelaksanaan gig nie asing laki pom ke x? saye xthu~
pastuh ikot pelaksaanyer jugak jamin ke gig ni xde aktiviti maksiat?? niat kite nk pegi baik , tp ape yg owang yg kurang ilmu wat, x menjadikan kite nie bersetongkol kew~

Anonymous said...

eerr... perempuan tu haram? Apa kah pendapat kaum ibu kalian yang menyamakan perempuan itu dengan babi yang juga haram. Ulamak ape tu? Perempuan itu tak haram. Yang haram kalau kita niat tak baik...(menghampiri haram)... lantas terus buatpekerjaan haram. Kaumperempuan adalah ibu kita..., kakak dan adik kita, sedara kita dan juga pemimpin kita. Yang mustahak adalah serdehana.

Anonymous said...

perempuan bukan muhrim je yg haram..

Unknown said...

btol2 . kwn2 sy pun ckp men gitar tu haram .

btw, sy bru je nak blaja men gitar .
tp bila dah keluar kenyataan psal haram ni rase mcm was was .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails