Wednesday, December 30

Salahkah kalau Melayu hilang didunia?




“Tak melayu hilang didunia.” Sumpah keramat yang khabarnya berasal dari pahlawan lagenda zaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sesungguhya aku meragui akan fakta ini. Malah asal-usul Hang Bersaudara juga sudah lama diperdebatkan. Berpandukan logik akal, wujudkah keluarga melayu klasik yang nama mereka bermula dengan Hang? Agak ganjil bukan?

Sudah banyak kajian berdasarkan hipotesis yang dibuat untuk menjustifikasikan asal usul Hang Tuah. Kesimpulannya, Hang Tuah itu berbangsa cina. Nama beliau yang sebenar adalah Hang Too Ah. Nama saudara-saudaranya adalah Hang Jee Fatt (Hang Jebat), Hang Lee Ker (Hang Lekir), dan Hang Lee Kiew (Hang Lekiu). Namun asal usul Hang Kasturi dipercayai adalah anak Melayu sejati. Kasturi memakai nama Hang dipermulaan namanya mungkin kerana sudah lama bergaul dengan Hang Bersaudara dan menganggap dirinya adalah bersaudara dengan mereka.

Hang Bersaudara telah datang bersama Tun Perpatih Putih yang menjadi utusan Sultan Mansur Syah ke negeri China. Tun Perpatih Putih telah membawa balik bersama Puteri Hang Li Po yang membawa bersama-sama 500 pengiring. Dipercayai Hang Bersaudara pendekar yang berasal dari keluarga diraja Hang. Nama keturunan Hang adalah nama biasa di China seiring dengan nama-nama lain seperti Tan, Maa dan Lee.

Jika diteliti fakta sejarah penderhakaan Hang Jee Fatt, kita akan terfikir satu hakikat. Pahlawan-pahlawan mahupun pembesar-pembesar Melayu tidak akan sekali-kali menderhaka terhadap Sultan. Pada zaman itu Sultan sangat berdaulat dan dimuliakan hamba jelata. Hakikat ini menguatkan lagi hipotesis bahawa Hang Jee Fatt berbangsa Cina. Oleh yang sedemikian beliau berani menderhaka terhadap Sultan setelah saudaranya Hang Too Ah, kononnya dihukum bunuh. Inilah adalah kajian berdasarkan hipotesis. Tiada bukti saintifik atau bertulis. Terpulang pada anda untuk menghadamnya.

Jadi, jika benar Hang Too Ah adalah berbangsa Cina. Macam mana sumpah “Tak Melayu hilang didunia” boleh terciptakan? Rasanyalah, sumpah ini hanyalah slogan retorik ciptaan sejarawan Melayu untuk menaikkan semangat Kemelayuan kita. Mungkin juga itu sumpah Hang Too Ah yang sakit hati kerana terpaksa membunuh saudaranya sendiri yang menderhaka kerana menuntut bela terhadap ‘kematiannya’. “Tak Melayu hilang didunia” juga boleh bermaksud, biarlah Melayu itu tidak pupus didunia supaya mereka boleh melihat apa yang terjadi pada bangsa mereka hari ini.

Lihat sendiri apa yang berlaku pada Melayu zaman millennium ini. Berpecah belah, rasuah, khianat, malas, jahil dan berbagai-bagai kecelaan lagi. Terlalu jijik untuk aku senaraikan. Takut termuntah di hadapan laptop ni. Sejarah itu akan bakal berulang. Melayu sekarang sudah buta sejarah. Hanyalah belajar sejarah untuk lulus peperiksaan. Jauh sekali mahu mengambil iktibar dan pengajaran. Bukan fakta yang harus dihafal. Bukan tarikh atau nama tokoh yang perlu diingati. Tapi pengajaran. Implikasi.Itu yang harus diajar pada anak-anak Melayu dan rakyat Malaysia. Mari renungi punca kejatuhan empayar Melaka;

1.Peminpin Yang Leka dan Abaikan Negara dan Agama.
Perkara yang sama berulang hari ini. Sedarkah kamu empayar Melaka menjadi hebat apabila Parameswara menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Syah. Islam telah membina tamadun Melaka dan menyebabkan kerajaan Kristian Feringgi (Portugis) tidak senang duduk. Tamadun yang mengabaikan agama adalah tamadun yang sangat rapuh dan pasti tumbang. Empayar Uthmaniyyah pun tersungkur kerana telah tersasar dari ajaran Islam.

2.Pentadbiran Kerajaan Kurang Bijaksana berbanding Tun Perak.
Tiada pemimpin pelapis. Tun Perak sudah tua pada zaman kejatuhan Melaka. Tiada pemimpin muda yang bijaksana dan berkarisma seperti beliau. Kenapa ini berlaku? Kekayaan dan kesenangan menyebaakan pemimpin muda menjadi hanyut, malas berusaha dan malas berfikir.

3.Laksamana Laut Melaka Kurang Beri Tumpuan Kepada Tentera dan Stategi.
Samalah halnya dengan Laksamana Laut yang sibuk mengumpul kekayaan diri dan kroni. Keadaan Melaka yang aman damai menyebabkan beliau terlupa untuk menyediakan payung tatkala hari ribut.

4. Rasuah Berleluasa.
Sehingga hari ini rasuah masih menjadi kurap dan kudis buta pada bangsa Melayu.

5. Perpecahan sesama Melayu, India Muslim, Puak Tua dan Puak Muda.

Melayu itu penuh dengan hasad dengki, bongkak dan iri hati. Islam menyatukan Muhajirin dan Ansar. Aus dan Khazraj. Tapi tidak menyatukan bangsa Melayu. Kenapa agaknya?

6. Pengkhianatan Oleh Rakyat Tampatan dan dibantu oleh Orang Luar.

Pengkhianatan orang-orang Cina dengan membenarkan Portugis menggunakan tongkang-tongkang mereka untuk menyerang Melaka. Perbuatan bodoh Si Kitur kerana membuka pintu tembok Melaka dari dalam. Dan penyaluran maklumat tentang pertahanan Melaka kepada Portugis oleh Raja Mandalia.

Kenapa agak bangsa kita ini digelar meLAYU? Kenapa tidak digelar meLAWAN ker? Lihat orang-orang Melayu di Brunei. Mereka menggelarkan diri mereka MELANAU. Kerana mereka tidak mahu layu seperti Melayu. Jadi, apa salahnya jika Melayu seperti hari ini hilang didunia? Hamba rasa tiada salahnya. Apa signifikan kewujudan bangsa Melayu didunia? Jawapannya ada pada kita semua.

-entry ini ditulis berdasarkan kajian Institut Kajian Dasar.

*Takee is sick and tired of Malaysian Politics

1 comment:

ahmad faiz said...

doh kalu aku lelaki melayu terakhir kat sini, guaner pulok? hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails