Friday, December 4
GIVE, DONT EXPECT
Mula-mula ingat nak mengarang dalam bahasa inggeris. Tapi atas semangat patrotisme yang tinggi dan cintakan bahasa ibuanda, maka terlahirlah tulisan ini dalam bahasa melayu.
“Memberi tanpa mengharapkan balasan.”
Ramai yang faham ape yang dimaksudkan memberi tanpa mengharapkan balasan. Tapi berapa ramaikah yang betul-betul faham akan maksud ayat tersebut? Pada dasarnya ramai yang faham maksud disebalik ayat tersebut ialah memberi sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Secara mudahnye, pemberian yang ikhlas.
IKHLAS. Satu konsep yang familiar. Dan dialog yang sentiase kite dengari, “Ambillah, aku ikhlas bagi ko dua henggit ni…”. Itu ikhlas yang selalu dizahirkan dan dieksploitasi oleh orang- orang yang sebenarnye tak ikhlas. Ikhlas ni adalah sesuatu yang berkaitan dengan hati dan hubungan dengan Maha Pencipta. Hanya diri kita dan Allah sahaja yang tahu berapa darjah keikhlasan hati kita.
Ikhlas dalam persahabatan.
“Camni lah member,time ko susah cari aku..time ko senang ntah ke mana.” Dialog standard antara dua orang kenalan. “Asyik aku jer blanjer ko..ko bile nak blanje aku..?” Ungkit seorang kawan yang bengkek asyik kene pau dengan housemate nye. “Siot punye member…habis perfume Bvlgari aku die pakai.” Getus hati yang kepanasan dek perfume beliau kene pau.
Contoh – contoh di atas adalah contoh yang tidak ikhlas dalam persahabatan. Kita berkawan atas dasar bersyarat. Aku susah ko tolong aku, kau susah aku tolong kau. Kite mengharap suatu pulangan apabila kite berkawan dengan seseorang. Dan bila balasan yang diharap tak kunjung tiba, kita marah, kecewa, tensen dan sebagainya. Salah siapa? Salah kite kerana tak ikhlas dalam persahabatan. Salahkah kite belanja kawan tanpa mengharap kita dibelanja balik? Salahkah kite mendengar dan menyelesaikan masalah kawan kite tanpa mengharap dia akan berbuat sedemikian terhadap kite? Tidak salah. Kerana itu yang sebaiknya. Bersahabat kerana ALLAH.
Ikhlas dalam percintaan.
“Sia-sia je aku berhabis kat si polan tu! Last- last break up gak ngan aku!” Ayat putus cinta yang standard. “Sampai hati U buat camni kat I, setelah segalanya I beri…sanggup U berlaku curang!” Ayat dalam drama melayu di tv3. Kenapa ramai yang kecewa dalam percintaan? Jawapan nya kerana tidak ikhlas dan mengharapkan sesuatu. Kita mengharap pasangan kite setia pada kite. Kita mengharapkan si dia menjadi pasangan hidup hingga ke akhir hayat…dan seribu satu lagi pengharapan. Salahkah kite mencintai seseorang tanpa mengharapkan sesuatu? Salahkah bertepuk sebelah tangan?Bercintalah tanpa syarat dan mengharap balasan. Bercintalah kerana Allah. Andai terjadi sesuatu di masa hadapan anggaplah itu qada’ dan qadar. Itu yang sebaiknya.
Ikhlas dalam menjalani kehidupan seharian.
Berkhidmatlah dengan ikhlas. Siapa jua anda. Jadilah manusia yang suka menolong dan mengembirakan orang lain. Jangan ungkit kebaikan kite terhadap seseorang. Berilah dengan hati yang terbuka. Tanpa mengharapkan balasan walau sezarah pun. Aisyah RA pernah berkata, “Aku beribadah bukan kerana aku inginkan saham akhirat iaitu syurga atau kerana takutkan azab neraka Allah. Aku beribadah kerana aku kecintaan aku terhadap Nya.”
Bagi aku secara peribadi,aku tak akan kecewa walau suatu hari nanti anak-anakku berkata padaku, “Papa, kami tak nak jaga papa, kami akan hantar ke rumah orang tua.” Aku akan menjawab, “Baiklah, aku halalkan segala makan minum dan pakai mu.Jagalah diri anak – anakku.” Aku tidak sekali kali akan berkata, “Sia-sia ku membesarkan kamu bagai menatang minyak yang penuh. Ini balasan kamu terhadap papa?” Kenapa tidak aku berkata begitu?Kerana papa membesarkan kamu tanpa sebarang bersyarat!Tanpa mengharap sebarang balasan. Semuanya kerana Allah.
GIVE…DON’T EXPECT..IF YOU DO, YOU’LL BE FRUSTRATED!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment