Tuesday, May 25

Generasi Hamba Hutang

Mari Lihat Piramid Kuasa Dunia

Kadang-kadang simpati bila memikirkan nasib anak-anak muda zaman sekarang (termasuklah diri aku sendiri). Dengan keadaan ekonomi yang tak tentu arah, keadaan politik yang macam sampah, anak-anak muda dilihat hilang arah dalam mengikut arus kehidupan sekarang.

Media dan kerajaan mencanangkan ekonomi kita semakin pulih, namun aku yang buta ekonomi ini pun boleh merasakan bahawa ekonomi kita masih tidak kemana-mana. Peluang-peluang kerja masih sukar untuk direbut, taraf hidup semakin tinggi dengan peningkatan harga barang-barang keperluan asas.

Kadar inflasi sebanyak 1.50% dan kadar pengangguran 3.50% masih menyesakkan rakyat marhein.  Indeks jenayah masih tinggi seakan-akan memerli PDRM khususnya IGP dan Ketua-Ketua Polis Negerinya. Indeks Persepsi Rasuah merosot dengan skor hanya 4.5 berbanding Singapura 9.2, memberi isyarat bahawa kewujudan SPRM tidak dapat membantu membersihkan negara dari barah rasuah.

Anak-anak muda ditipu hidup-hidup. Mereka dipancing dengan pinjaman pembelajaran untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat ijazah. Maka berduyun-duyunlah anak-anak muda melangkah ke menara gading dengan harapan dapat mengubah kehidupan mereka. Seraya memasang angan-angan yang tinggi untuk bekerja sebagai eksekutif atau pegawai sejurus selepas graduasi.

Realitinya pahit, selepas graduasi dan melangkah ke alam pekerjaan, barulah mereka sedar betapa sempitnya ruang pekerjaan untuk graduan-graduan berijazah tidak berpengalaman seperti mereka. Yang mudah mengalah, balik kampung tanam anggur. Yang tabah, memilih untuk terus bekerja walaupun jawatan dan gaji tidak setimpal dengan lulusan. Yang cerdik, mulakan perniagaan sendiri walaupun kecil-kecilan. Yang hilang arah tujuan, sambung belajar lagi ke peringkat Sarjana.

Kenapa aku katakan anak-anak muda ditipu? Kerana belum kerja lagi, mereka telah bergelar penghutang! Ya, penghutang kepada Ah Long yang paling licik, PTPTN. Maka hari ini lahirlah generasi hamba hutang. Bekerja siang malam hanyalah untuk membayar hutang.

Tak cukup dengan itu, baru kerja setahun dah nak berkereta. Berhutang lagi. Gali lubang. Tutup lubang. Kemudian nafsu mengawan dah tak boleh tahan, nak beristeri. Berhutang lagi nak buat majlis kenduri dan hantaran.

Entahlah. Apa agaknya nasib generasi hamba hutang ini. Sama-samalah kita perhatikan hasilnya dalam 10 tahun akan datang. 

Jadi macam ni agaknya...


Monday, May 24

Media yang Membodohkan

Jimat amendenye?

Pernahkan terfikir kenapa agaknya media massa dari dulu hingga kini, kerja mereka asyik melaporkan perkara-perkara yang negatif sahaja. Perasan tak, bila kita dengar atau tengok berita dalam media massa, kita hanyalah mendengar laporan semata-mata. Faham tak maksud saya? Kita hanya dibenarkan menerima dan menghadam segala cerita dan laporan yang disediakan oleh media.

Kita semacam sebiji tong sampah yang terbuka luas. Kita terima apa jua laporan yang disumbat oleh media. Contohnya, apabila berlaku kenaikan harga minyak di Malaysia. Media akan melaporkan bahawa harga minyak telah naik sebanyak sekian sekian sen. Kemudian, siarkan pendapat orang awam yang biasanya berbunyi, “Mak cik setuju la kerajaan naikkan harga minyak ni, sebab dah lama dah tak naik harga kan? Jadi memang tepat apa yang kerajaan buat ni”.

Tak ilmiah langsung. Macam kita dipaksa untuk terima kenyataan bahawa harga minyak dah naik. Kan bagus kalau dibuat sedikit diskusi ilmiah, seperti berikut. “Tindakan Kerajaan menaikkan harga minyak menimbulkan pelbagai reaksi rakyat. Adakah patut kerajaan menaikkan harga minyak? Kita tinjau pendapat orang ramai.” Barulah ada kelas media macam ni. Lepas tu buat undian awam siapa setuju dan siapa tak setuju. Ini tidak, jadi barua pemerintah je koje mereka.

Lagi satu suka sangat melapor kejadian kejadian negatif. Rompak, rogol, bunuh, ragut, pelacuran haram, judi haram..Setiap hari cerita yang sama tapi watak dan tempat sahaja yang berbeza. Eh, masyarakat kita ni memang suka ke dengan cerita-cerita macam ni? Atau media yang paksa kita dengar dan hadam cerita-cerita macam ni. Kenapa tidak dilaporkan cerita-cerita yang positif dan menggembirakan semua orang.

Kenapa asyik ceritakan pada semua orang yang kita ni tinggal dalam dunia yang penuh dengan kejadian jenayah dan keganasan! Padahal banyak lagi cerita-cerita lain yang menarik boleh diutarakan kepada rakyat. Saya suka Yahoo News. Cerita-cerita yang mereka laporkan sangat menarik, kadang-kadang memberi inspirasi dan berinformatif. Tak percaya? Sila buka yahoo.com setiap hari dan baca yahoo news.

Anda akan rasa dunia sebenarnya sangat menarik untuk diterokai!

Sunday, May 23

Two Choices

Choose your path


Dear guys, here's a very moving and motivating story which I want to share with you all. Hope we can get something useful out of it!


Jerry is a restaurant manager. He is always in a good mood no matter what happened to him. When someone would ask him how he was doing, he would always reply, "If I were any better, I would have a twins!". Many of the waiters at the restaurant quit their job when he changed job so they can follow him around from restaurant to restaurant.


Why? Because Jerry was a natural motivator. If an employee was having a bad day, Jerry was always there telling the employee how to look at the bright side of the situation. Seeing this style was made me curious, so one day I went up to Jerry and ask him: "I don't get it! No one can be a positive person all of the time. How do you do it?". Jerry replied: " Each morning I wake up and say to myself, I have two choices today. I can choose to be in good mood or I can choose to be in bad mood. I always choose to be in good mood".


Each time something bad happened, I can choose to be a victim or I can choose to learn from it. I always choose to learn from it. Every time someone comes to me complaining, I can choose to accept their complaining or I can point out the positive side of live. 


I always choose the positive side of live.


"But its not always that easy". I protested. "Yes it is". Jerry said. You can choose how to react to situation. you choose how people will effect your mood. You choose to be in good mood or bad mood. 


Several years later,


I heard that Jerry accidentally did something you never suppose to do in restaurant business. He left the back door of his restaurant open. And then, in the morning. He was robbed by three armed men. What they want? !%$*$$#@@@#%%%!!


While Jerry was trying to open the safe box, his hand shaking from nervousness, slipped of the combination. The robbers panicked and shot him. Luckily, Jerry was found quickly and rushed to the hospital. After 18 hours of surgery and weeks of intensive care, Jerry was released from the hospital with fragments of the bullets still in his body...


I saw Jerry after six month of the accident. When I asked him how he was. He replied: "If I were any better, I'd be twins. Want to see my scars?". I declined to see his wound, but did asked him what had gone through his mind when as the robbery took place.


"The first thing that went through my mind that I should have look the back door," Jerry replied. "Then after they shot me, as I lay on the floor, I remembered that I have two choices: I could choose to live or I could choose to die. I choose to live." Jerry continued, "The paramedics were great. They were keep telling I was going be fine. But when they wheeled me to emergency room, and I saw the expression on the faces of the doctors and nurses, I got really scared. I know i need to take action. 


"What did you do?" I asked. "Well, there was a big nurse shouting question at me," Said Jerry. "She asked if I was allergic to anything."


"Yes" I replied. The doctors and nurses stop working as they waited for my answer. I took a deep breath and yelled, "Bullets!"


Over their laughter I told them, "I am choosing to live. Please operate on me as if I am alive, not dead." Jerry lived thanks to skill of his doctors, but also because of his amazing attitude. I learnt from him that everyday to have the choice to either enjoy your life or to hate it. The only thing that is truly your - that no one can take control or take from you is your attitude, so if you can take care of that, everything else in life becomes much easier. 


Now you have to choices to make. Either you want to be in good mood or bad mood. I choose to be in good mood!

Friday, May 21

Kerja Untuk Apa??

Tak nak jadi macam ini sila kerja dengan Gomen




Ramai yang bekerja siang malam. Bekerja pada hari minggu atau cuti umum. Outstation sana sini. Sampai tiada masa untuk keluarga dan diri sendiri. Tapi ramai juga yang kata, aku buat semua ni untuk keluarga aku. Untuk membahagiakan mereka.

Bahagiakan mereka dengan apa? Adakah dengan memanjakan anak-anak dan isteri dengan kemewahan material mampu membahagiakan mereka? Sedarkah kita, sebenarnya apa yang anak-anak dan isteri perlukan hanya dua perkara. PERHATIAN dan KASIH SAYANG.

Selalu kita perhatikan golongan kelas menengah menyibukkan diri dengan mencari kekayaan material. Tak guna harta tinggi menggunung andai miskin hati dan budi bicara. Tak guna duit berkepuk-kepuk andai hati tak tenang dan rezeki tak berkat.

Kalau tengok macam mana orang-orang yang kurang mampu menyara hidup 10 orang anak dengan pendapatan di bawah RM1000. Anak-anak dan isteri mereka masih mampu untuk hidup dan makan walaupun tidak semewah kita. Sedarlah, yang kita cari ialah keberkatan! Keberkatan dalam rezeki yang kita perolehi setiap hari.

Rezeki yang berkat boleh menyara 10 orang anak. Duit seringgit boleh mengenyangkan 10 perut yang kelaparan. Tak percaya? Percayalah. Andai rezeki kamu berkat, kamu ke pasar untuk membeli ikan buat santapan keluarga. Tidak semena-mena  taukey ikan berkata, ‘Abang ambik la 10 ekor ikan ni, bayar seringgit dah la. Saya nak balik cepat ni. Ada hal.” Nah, begitulah kekuasaan Yang Esa. Dia akan berikan keberkatan rezeki kepada hamba-hambanya yang ikhlas dan tidak lokek.

Berbalik kepada yang bekerja siang malam, kesihatan tak jaga. Hisap rokok berkotak-kotak sehari. Makan main sumbat jer. Janji kenyang. Bersenam setahun 3 kali sahaja. Akhirnya jatuh sakit. Kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Harta dan duit yang dikumpulkan habis begitu sahaja untuk menyara kos rawatan apabila sakit.

Jadi kamu bekerja siang malam untuk apa? Jawapnya, untuk mengumpul duit supaya jatuh sakit nanti senang nak dapat rawatan. Maka kamu bekerja untuk sakit! Sekian.

Sapa stress kerana kerja? Ini ubat die

Sunday, May 16

Selamatkan Guru-Guruku

Ini bukan cikgu aku

Kualiti keperibadian seseorang itu diukur dengan kualiti keperibadian orang di sekelilingnya. Itulah kesimpulan mudah yang dibuat berdasarkan “Hukum Tarikan”. Orang yang hebat akan menarik orang-orang yang hebat untuk berdamping dengannya. Sebab itu ada bijak pandai berkata, kalau hendak tahu bagaimana keperibadian sesorang individu itu, lihatlah keperibadian orang-orang disekelilingnya.

Begitulah hal bagi guru. Guru yang hebat akhlak dan tinggi keperibadiannya akan membentuk anak-anak guruan yang hebat akhlak dan tinggi keperibadiannya. Sebagaimana acuannya, begitulah bekas nya.

Aku bersyukur kerana sepanjang tempoh aku menduduki bangki sekolah sehinggalah ke menara gading, aku dikelilingi guru-guru yang sangat hebat keperibadian mereka. Sehingga kini, kata-kata hikmat, nasihat-nasihat sakti dan denda-denda keramat masih mengalir dalam hemoglobin darah ku.

Aku bukanlah seorang pelajar cemerlang, jauh untuk menjadi pelajar yang terbaik. Namun senakal-nakal aku, tidak pernah aku memaki hamun guru-guruku didepan mahupun belakang. Tidak pernah terlintas untuk memancit atau menoreh kereta guru-guru yang menghukum aku. Segala kutilan keras, hayunan rotan dan penampar mentah, aku tadah sepasrah-pasrahnya.

Sempena hari guru ini aku panjatkan doa kemuliaan dan kerahmatan ke hadrat Ilahi, semoga dosa guru-guruku diampunkan. Semoga guru-guruku sentiasa diberkati dan dilimpahi kenikmatan. Sungguh, pengorbanan dan jasa mereka tidak terbalas oleh kudratku, tidak terpikul oleh pundak ku. Hanya Yang Esa mampu memberi balasan syurga buat mereka keran disitulah layaknya mereka berada.

Kerana guru, aku mengenal erti pahit manis perjuangan kehidupan. Kerana guru jualah, aku terus berdiri walau sebelah kaki, bangkit setelah rebah, dan tabah dikala dilanda kerumitan.

Terima kasih Cikgu...Kerana sudi memanggilku murid mu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails