Wednesday, April 7

Memujuk Hati

Dah lumrah alam, mesti ada ribut, dan mesti ada hujannya. Tak selalu langit itu cerah. Dan tak selalu malam itu berbintang. Seperti itu jualah kehidupan. Kita terkadang cemburu melihat kehidupan orang lain. Alangkah bahagia kalau…Alangkah gembiranya jika…

Namun percayalah. Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Semua orang ada cabaran dan dugaan tersendiri. Cuma ia pasti berbeza-beza mengikut kemampuan kita. Kalau orang-orang yang kuat dan tabah hatinya, tentulah dugaan dan cabaran merek lebih besar dan berat. Selamilah kisah para anbiya’. Bayangkan kalau kita, sebagai insan biasa diuji sebegitu rupa. Nescaya tak tertanggung rasanya.

Ramai yang menganggap konflik yang berlaku dalam hidup mereka adalah masalah. Jadilah mereka manusia yang bermasalah. Dan ada sekumpul kecil yang menganggap konflik yang berlaku dalam hidup mereka adalah cabaran. Maka jadilah mereka manusia yang penuh dengan cabaran.

Aku juga tidak terlepas dari dugaan dan cabaran itu. Tetap bersyukur kerana masih ada cabaran dan masalah yang perlu diselesaikan. Lantas memberi pengisian dan pengertian dalam hidup aku. Ya Rabb, tabahkanlah hati ini.

Aku serahkan segala-galanya pada Mu Ya Rahman. Soal hidup ajalku, dan jodoh rezekiku. Aku terima seada adanya. Kerana aku tahu Kau lebih mengerti apa yang tersirat di sebalik cermin hati dan kanta mata ini.

Tidaklah pula aku mengalah dan berputus asa. Aku punya impian dan cita-cita. Andai patah sayap rajawali pun bertongkat jua kan ku kejar impian dan cita-citaku…

“Hati, tabahlah. Agar kaki ini bisa gagah melangkah. Hati, tenanglah. Agar akal ini sentiasa waras. Hati, berhati-hatilah. Agar langkah tidak terpelecok diperjalanan”.

2 comments:

Unknown said...

like3x~

i love this entry =)

Takeey @ Adin said...

thanks Dr...

=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails