Gambar dari Malaysiakini.com |
Menurut laporan Malaysiakini model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno yang disabitkan dengan kesalahan meminum arak ditempat awam akan menjalani khidmat masyarakat selama tiga minggu.
Keputusan untuk tidak meneruskan hukuman sebat terhadap Kartika dibuat setelah beliau pergi mengadap Sultan Pahang.
Implikasinya mudah. Ummat Islam yang meneguk arak ditempat awam selepas ini akan dikenakan hukuman khidmat masyarakat. Cukup tidak menggerunkan peminum-peminum arak di kalangan Melayu Islam.
Secara peribadinya, aku sangat berharap hukuman sebat akan dilaksanakan kepada Karitika supaya message meminum arak adalah haram di sisi Islam dan menjadi kesalahan menurut undang-undang syariah sampai kepada ummat Melayu Islam di Malaysia ini. Daripada hukuman sebat itulah ummat Melayu Islam akan sedar yang Mahkamah Syriah masih wujud dicelah-celah undang-undang sekular yag lain.
Tidak dapat dinafikan, kita adalah Negara secular yang menuju kea rah liberalisasi. Hukuman sebat ke atas Kartika pada masa dan ketika ini mungkin tidak sesuai kerana keadaan ummat Islam yang masih jahil dan secular. Andai hudud dikuatkuasakan pun, hukuman masih belum boleh dilaksanakan berdasarkan keadaan masyarakat kita sekarang.
Teringat sebuah kisah pada zaman Rasulullah. Selepas Madinah dibuka dan hudud dilaksanakan, ada seorang wanita pergi mengadap baginda. Wanita tersebut telah berkahwin dan mengaku telah melakukan zina. Wanita tersebut meminta dirinya dihukum. Baginda bertanya adakah dia mempunyai anak, maka wanita itu mengiyakannya. Baginda kemudian menyuruhnya pulang. Selang beberapa hari wanita tersebut datang lagi dan meminta perkara yang sama. Rasulullah menyuruhnya pulang sekali lagi. Kali yang tiga wanita tersebut datang lagi dan minta dihukum, Rasulullah berkata, “Pulanglah kepada anak-anak kamu. Didik serta ajarlah mereka supaya tidak menjadi penzina seperti kamu. Sesungguhnya itulah hukuman bagi kamu”.
Mungkin juga ada betul tindakan Sultan Pahang sekadar mahu memberi pengajaran kepada Kartika. Bayangkan tekanan yang dihadapi oleh pimpinan kerajaan jikalau hukuman sebat dilaksankan. Kita akan menyampaikan message kepada dunia bahawa kita adalah Negara Islam yang menjunjung undang-undang Islam.
Sudah tentulah pemodal-pemodal Yahudi akan memberi tekanan kepada pimpinan negara kita yang sememangnya tidak ada pendirian dan perjuangan.
No comments:
Post a Comment