Friday, April 30

Azan kembali berkumandang di ERA.FM



Sebenarnya sudah sekian lama aku tak mendengar siaran radio Era.fm. Bagi aku mantan radio tersohor di Malaysia ini sudah hilang daya penarik. Kelibat Allahyarham Din Beramboi dan Pak nil pun masih belum mampu mengembalikan Era kepada saat-saat kegemilangannya.

Stesen radio yang lebih adik kepad Era iaitu Hot fm terus laju meluncur popularity dan mendapat rating pendengar yang tinggi di tanah air. Namun bukan itu isu nya, isu nya ialah azan ketika masuk waktu solat.

Masih segar dalam ingatan tatkala Era pada awal-awal kemunculan mereka, azan sentiasa berkumandang apabila masuknya waktu solat bagi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya ( ayat standard beb). Sebelum dan selepas azan akan diperdengarkan dengan lagu nasyid merdu yang meruntun jiwa dan melembutkan  hati yang keras macam titanium nih. Kemudian akan kedengaran tazkirah daripada Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah.

Molek. Memang sangat cantik benchmark yang ditunjukkan oleh Era. Namun apabila mereka sedang mendaki puncak popularity dan kemasyhuran, azan mula tidak kedengaran. Hanya tinggal pengumuman masuk waktu sahaja. Lagu-lagu nasyid mula payah mendapat tempat untuk diperdengarkan. Era hilang identitinya. Lupa daratan. Lupa untuk menjenguk ke bawah apabila mereka sedang berada di atas. Natijahnya mereka jatuh di saat berada dipuncak.

Cuma baru-baru ini hati ini terasa nyaman mendengar kembali alunan nasyid sebelum dan sesudah masuk waktu. Hati ini longlai apabila mendengar alunan azan yang diazankan oleh bekas vokalis utama Raihan, Nazrey Johani ( agaknye la ). Tersenyum aku sendirian.


Haiyya ‘Alassolah. Haiyya ‘Alalfalah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails