Mana silapnya bila bangsa Malaysia terutamanya keturunan Melayu tidak minat membaca. Paling mudah nak faham, malas membaca. Bila tengok iklan promo kerajaan yang anak-anak muda bermotosikal pergi ke perpustakaan berjemaah, aku tergelak besar. Betapa orang yang buat iklan ini pun tak faham apa itu budaya membaca sebenarnya. Ada lagi satu iklan yang anak-anak duduk diam membaca tatkala Si ayah sedang memandu. Lagi aku tegelak besar.Kah…Kah…Kah…!
Budaya membaca bukan semata-mata mengadap buku 24jam sehari. Ataupun bertapa dalam perpustakaan tujuh hari tujuh malam. Budaya membaca adalah budaya ilmu. Budaya ilmu adalah budaya berfikir, memerhati, dan mencari. Dan buku itu adalah salah satu daripada medium membudayakan ilmu.
Kenapa wajib membaca? Kerana bahan-bahan ilmiah itu majoritinya adalah bertulis! Al-Quran adalah bertulis. Injil adalah bertulis. Taurat adalah bertulis. Hikayat Ramayana dan Mahabrata juga adalah bertulis. Maka kalau kita tidak mahu membaca akan jahil buat selama-lamanya.
Dari pengalaman dan pemerhatian empunya diri, ilmu yang didapati dari membaca mudah dihadam dan disimpan dalam kepala otak. Kalau masa belajar dulu, apa yang pensyarah atau guru-guru sampaikan secara lisan tidaklah begitu cepat ditangkap oleh otak berbanding dengan slideshow atau tulisan pada papan hitam.
Menurut kajian, secara puratanya seorang umat Malaysia dikatakan hanya membaca dua muka surat sahaja setahun berbanding dengan 40 hingga 50 buah buku setahun bagi umat Sweden atau Finland. Itu kajian secara ilmiah. Secara tak ilmiahnya cuba tengok profile kawan-kawan anda kt facebook contohnya. Masih ramai yang menulis di ruangan favourite books: I DON’T READ. Ataupun membiar blank sahaja. Sadis bukan? Tapi itulah hakikat.
Bagi yang mengaku beragama sama dengan Muhammad bin Abdullah (S.A.W), mari renungi sepotong ayat ini:
Terjemahan: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan"
Ayat pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah. Allah memerintah kita supaya membaca. Ulama mentafsirkan bahawa Al-Quran yang wajib dibaca oleh setiap muslim. Tapi bagi pemahaman aku yang jahil ini, ayat ini memerintahkan supaya ummat Islam membaca! Bukan sekadar Al-Quran semata-mata.
Oleh itu hari ini marilah kita mula membaca. Membaca kerana Allah, tuhan yang menciptakan!
p/s:Kalau lah perpustakaan awam di Malaysia ni macam MPH atau Kinokuniya...Alangkah bahagianya!
p/s:Kalau lah perpustakaan awam di Malaysia ni macam MPH atau Kinokuniya...Alangkah bahagianya!
No comments:
Post a Comment