Friday, April 23

Putera Lembah Bakkah

Semasa mula membaca buku ini, air mata aku berlinangan. Terasa seperti batu besar sedang menghimpit dada aku. Semakin jauh aku menyelusuri sirah junjungan besar karya Zuraimi Ismail ini, takungan air mata ini tak tertahan lagi dek kelopak mata. Akhirnya aku bercucuran air mata jua..

Sungguh, ini kali pertama aku bercucuran air mata membaca sebuah buku. Kisah awal kelahiran Nabi Muhammad SAW ini begitu menyentuh kalbu. Sungguh indah, penuh dengan dugaan, sarat dengan keajaiban. Buku ini amat berlainan sekali dengan sirah Rasulullah yang pernah aku baca sebelum ini. Penulis memilih untuk menceritakan kisah-kisah awal kehidupan Rasulullah dalam bentuk penceritaan ataupun novel, bukan dalam bentuk fakta sejarah semata-mata.

Terasa sungguh dekat dengan baginda.Jauh disudut hati, aku sedar wujudnya sebuah kerinduan yang telah lama dipinggirkan oleh hati. Kerinduan terhadap baginda Rasulullah. Jadi, pergilah ke toko buku yang berdekatan dan milikilah buku ini. Tidak rugi!

1 comment:

blackssweet said...

Salam...

saya juga ada buku ini.. dah sthn lbh.. enth knp tergerak hati utk membeli buku ini sdgkn bnyk lg buku lain..

betul.. saya jugak menangis bila baca buku ni.. terus terang.. zuraimi ismail mmg penulis yg sgt baik yg tidak begitu popular di sini... bila baca buku ni.. kita terasa seperti kita di bawa k e zaman rasullullah.. trasa dekat Rasulullah di hati kita.. baru la kita sedar sesungghnya Rasullullah adalah insan yg wajar kita rindui dan cintai sekuatnya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails