Tahu tak betapa pentingnya kita mulakan hari kita dengan semangat positif? Tahu tak yang mood kita apabila bangun pagi akan mempengaruhi mood kita seharian? Dan tahukah anda apa rahsia untuk kekal ceria, positif dan bertenaga sepanjang hari? Ini ada sedikit tips yang saya amalkan dan terbukti membantu saya untuk sentiasa positif dan ceria sepanjang hari tak kira apa yang akan berlaku. Yang penting, kita bangun pagi pergi kerja dengan senyuman, kita pulang pun dengan senyuman.
Amalan Sesudah Bangun dari Tidur:
- Susah nak bangun pagi walaupun dah tidur awal? Senang sahaja. Kunci jam sebanyak yang mungkin! Kalau jam loceng tak membantu, kunci jam telefon bimbit sekali. Kalau tak jadi juga, tambah lagi jam loceng. Kalau tak jadi jugak, letakkan bom C4 kat bawah bantal. Pasti akan bangun sepantas kilat.
- Baca doa bangun tidur, panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang sekali lagi untuk menghirup udara di atas muka bumi Nya ini.
- Sesudah bangun, geliat. Berdiri depan cermin dengan muka ketat dan rambut berserabai, senyum selama beberapa minit. Menurut kajian, senyuman ini akan menghantar isyarat kepada otak untuk merembeskan hormon-hormon yang akan menyebabkan kita rasa ceria dan positif.
- Lakukan sedikit senaman meregengkan badan. Supaya otot kita menjadi longgar dan senang untuk kita memulakan aktiviti seharian. Dan senaman yang paling power ialah Solat Subuh dua rakaat.
- Sebelum gosok gigi, minum air suam segelas. Ia akan membantu mengoptimumkan sistem pencernaan dalam badan kita.
- Bersarapan. Jangan sekali-kali skip sarapan kerana sarapan sangat penting kepada badan kita. Tak perlu ambil sajian yang berat. Memadai hanya dua biji telur separuh masak dan jus buah buahan.
InsyaAllah, kalau kita amalankan selalu, akan ada orang yang bertanya, "Aku tengok kau ni ceria je sentiasa. Apa rahsianya ya?". Selamat mencuba! :)
No comments:
Post a Comment