Tuesday, January 19

Budaya Pembodohan


Apa itu membudayakan ilmu? Budaya menurut kamus dewan - kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb). Membudayakan - menjadi kebiasaan atau kelaziman. Maka boleh disimpulkan disini membudayakan ilmu adalah menjadikan ilmu itu suatu kebiasaan atau kelaziman dalam masyarakat.

Jika digantikan hujung perkataan tersebut dengan pembodohan, maka jadilah ia membudayakan pembodohan. Dan membudayakan pembodohan bermaksud menjadikan kebodohan itu suatu kebiasaan atau kelaziman dalam cara berfikir, berkelakuan, dsb.

Dewasa ini budaya pembodohan dalam masyarakat semakin berleluasa. Tidak percaya? Beliakkan mata, lihat sekeliling. Apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Masih belum nampak? Celikkan akal. Pandanglah dengan hati yang ingin mengerti.

Akur bahawa terlalu banyak berlaku kepincangan dalam masyarakat kita. Lihatlah keruntuhan moral dan perpecahan keluarga.

Akurlah bahawa kita hidup dalam masyarakat yang tidak makmur. Lihat sajalah ketegangan dan ketidakharmonian hubungan antara kaum.

Akurlah bahawa kita mendokong ekonomi yang menekan. Lihatlah kadar jenayah yang tinggi dan kemiskinan yang makin membarah.

Akurlah bahawa politikus-politikus kita penuh dengan kebobrokkan dan kebebalan. Lihat bagaimana rasuah dan politik buruk memburukkan orang menjadi medan mereka bersilat.

Akurlah bahawa kita hidup dalam suatu sistem yang punah ranah.

Bagaimana virus kekalutan ini bermula? Virus ini bermula dalam diri kita sendiri. Virus malas. Malas untuk mendampingi ilmu. Virus ini menyebabkan penyakit jahil membarah dalam diri. Maka lahirlah suatu institusi keluarga jahil yang mudah diporak porandakan. Hasil dari porak poranda keluarga maka lahirlah masyarakat yang kaya dengan perpecahan dan kejahilan. Bila masyarakat jahil membentuk tamadun. Maka lahirlah sistem ketamadunan yang sarat dengan kejahilan tahap dewa.

Hari ini sistem pendidikan kita lebih banyak melahirkan defect product. Lebih ramai mat rempit, mat lepak, mat kutu dan pelbagai mat lagilah lahir ke alam masyarakat. Jauh mengatasi bilangan mat pemikir, mat cendiakawan dan mat budayawan. Sistem pendidikan yang mementingkan score A ini telah meminggirkan budaya berfikir dan cintakan ilmu. Hasilnya juga pegawai kerajaan yang rasuah. Politikus yang bebal. Pendidik yang jahil. Doktor yang tidak beretika. Dan jurutera yang jumud.

Anak-anak muda hari ini lebih suka mengejar keseronokkan. Jika ditanya apa impian kamu? Ramai yang mahu menjadi artis reality daripada menjadi aktivis social. Artis diagung-agungkan dan diangkat menjadi idola berbanding cendiakawan dan pemikir-pemikir. Itulah budaya pembodohan.

Budaya menangis bila artis reality pujaan tersingkir dari pertandingan. Budaya tidur ternganga dan melangut dalam LRT. Budaya si mak bapak mengamuk bila anak tak dapat masuk program reality. Budaya angguk dan geleng bila baca akhbar dan tengok berita arus perdana. Budaya suka membaca gossip dan cerita dalam kelambu selebriti.Budaya suka baca akhbar cerita sensasi seperti harian metro. Budaya lantak kau lah janji aku dapat gaji bulan-bulan.

Dah tu camne nak ubah budaya pembodohan ni? Dampingilah ilmu. Budayakan ilmu. Dengan ilmu, kita akan dapat merevolusikan minda. Minda menjadi celik dan segar. Jika dipandang ke belakang, sebesar mana pun suatu revolusi itu, ianya bermula dengan revolusi minda. Revolusi pemikiran.

Maka hari ini, pergilah ke toko buku. Belilah seberapa banyak ilmu yang ada. Dan revolusikan pemikiran kita. Good Luck. May the force be with youuuu……( Echoing Endlessly ).

Justify Full*jauh disudut hati aku terfikir bagaimana generasi tom tom bak dan idola kecil ini akan membesar…semoga mereka diselamatkan dari budaya pembodohan ini.

4 comments:

leena said...

oh, aku baru teringat,

kalau kita tengok kat friendster ke apa ke, ada ruang profile yang suh kita nyatakan fav books. tapi byk yang aku jumpa "i don't read books"

apa sudah jadi? kalau nk diikutkan kat MPH ke POPULAR ke kalau kat trg PSI ah. hahaha. byk giler buku2 yang menarik. serious.

kalau takde duit, just duduk kat situ 4,5jam pn takdek orang halau. lainla kalu duk tengah jalan. haha.

ahmad faiz said...

a concern shared by many Americans- what do we tell our kids? As the competition for jobs stiffens, how do we prepare them for the increased competition?-- so they compete. compete in a way guided by the very soul that takes this nation to stupidity culture. budaya pembodohan. fu**in politikus yg nak bersaing,driven by a temporary motivator, which belongs to the people, called money.
-if they cud just know the right way to get money,if they cud just know how to compete, if they cud just implement in the people's mind of membudayakan ilmu, and speak the truth,... we cud see a better place to raise our kids.
Syukurlah Malaysia tak separak negara2 jahil yg lain. -prevent

-good post ki.

ijja1912 said...

Yupp..u r rite..

Sampai bila agaknya budaya ini akan membodohkan kita?

Mungkin, setiap kita perlu mengkaji dan menilai secara jujur diri masing2, mungkinkah kita juga penyebab kepada budaya pembodohan ini.. As we called it > Butterfly effect..<

Nice Posts, Nice Sharing, Thanks!
Wassalam.

Anonymous said...

asas agama sedari kecil juga kena kuat. baru kukuh pokok yg tumbuh kalau asas akar juga kukuh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails