Masing-masing ada alasan dan niat tersendiri untuk menjadi blogger dan mempunyai sebuah blog.
Terpulang pada individu lah. Tepuk dada tanya hati. Jika baik sekeping daging itu maka baik la juga tuan empunya sekeping daging itu.
Yang penting disini kau tahu apa yang kau mahu. Jangan sekadar mengikut trend semasa. Jika trend terkini memakai seluar nampak bontot, kau pun selak bontot. Tersembul ketuat dan kurap.
Tujuan asal aku menulis didalam blog ini untuk berkongsi pandangan, meluahkan idea, dan berkomunikasi dengan sesiapa yang membaca tulisan aku. Mungkin tak ramai yang setuju dengan karangan-karangan aku. Namun itulah hakikat. Setiap manusia harus berbeza-beza. Peliklah nanti kalau semua pakai baju putih dan berambut hitam. Yang penting kita harus punya pendirian. Jangan jadi lalang.
Saat entry ini ditulis, blog aku mempunyai 9 follower. Terkejut jugak.
Bila melihat blog-blog awek cun yang mempunyai riban riban pengikut yang majoritinya lelaki, membuatkan aku terfikir…Bestnya jadi awek cun. Buat apa pun orang mesti follow.He He He. Itu belum jadi artis. Sadisnya. Budaya pembodohan.
Akhir kata, blog ini adalah untuk kamu semua yang membaca. Blog ini bukanlah tentang aku semata-mata. tapi tentang engkau, dia dan juga mereka. Tentang kita semua. Selamat membaca. =)
2 comments:
beshnye jd awek cun? blog mamat2 ensem pon ramai gak follower dr aweks2. hehe... fitrah...
bestu kalo yg x cun camne? =(
Tp kan Dr tasya, apa yg saya tgk blog awek2 cun ni, diorg merepek ape pun kt blog sti ramai yg baca dan berebut nk comment.
Kalau xcun, bersyukurlah.Sekurang2nya kita cukup lengkap anggota badan dn sihat sejahtera! =)
Post a Comment