Thursday, January 14
Tuhan...Aku terima Seadanya.
Pernahkah kaki mu tersadung batu ketika sedang berjalan-jalan? Kamu marahkan batu itu, lalu disepaknya jauh-jauh. (Pastu sakit kaki)Pernahkah kamu keluar rumah tapi terpaksa masuk balik kerana tertinggal wallet? Kamu marahkan wallet itu kerana tak mampu berjalan sendiri dan masuk ke dalam poket seluar kamu?? (Apekebangangnya.HaHaHa) Pernahkah kamu tertinggal kunci di dalam rumah/bilik? Kamu marahkan pintu, lalu diflyingkicknya pintu rumah sekuat hati. Mesti kebanyakkan dari kita pernah mengalami kejadian seperti tersebut. Tapi reaksinya harus berbeza-beza.
Pernahkah kamu merasai bahawa segala yang kamu cita-citakan tidak pernah menjadi nyata? Lalu kamu menyalahkan Dia kerana tidak adil. Pernahkah kamu merasai kegagalan disaat kamu terlalu mengidamkan kejayaan? Lalu kamu berputus asa dan malas untuk bangkit semula. Pernahkah kamu mengeluh kerana ujian yang kamu hadapi terlalu berat untuk digalas dipundak mu? Jika YA jawapannya, bersyukurlah kerana Tuhan masih menghiraukan kamu. Pernah seorang sahabat Rasulullah menangis teresak esak kerana tidak demam seminggu. Bila ditanya, “Kenapa kamu menangis?” Lalu dijawabnya, “Sudah seminggu aku tidak demam atau sakit, aku bimbang kalau-kalau Allah tidak lagi mengendahkan ku.” Kagum. Itu yang mampu aku ucapkan.
Kalau tidak sakit, kita tak akan tahu betapa nikmatnya sihat. Kalau tak gagal, kita tak pernah tahu betapa indahnya kejayaan. Cuba bayangkan jika segala yang kita inginkan dalam hidup ini akan menjadi kenyataan tanpa perlu bersusah payah, maka kita tidak akan tahu erti berterima kasih dan bersyukur. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sebarang ujian dan konflik. Sudah tentu character kita tidak akan menjadi lebih baik. Without conflict, there is no growth in human character. No improvement.
Situasi-situasi yang aku kemukakan di atas adalah perkara biasa yang terjadi dalam rutin seharian. Namun persoalannya disini, berapa ramaikah yang mahu berfikir akan hikmah disebalik kejadian-kejadian tersebut. Mungkin peristiwa tertinggal kunci nampak seperti kecil dan tak penting, tapi sedarkah kamu itu juga termasuk dalam perancangan Allah. Dan Allah tidak akan membuat sesuatu dengan sia-sia. Semua bersebab dan ada hikmahnya.
Bersangka baiklah kamu pada Nya. Belum tentu apa yang kamu cita-citakan adalah terbaik buatmu.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
Bagaimana mahu bersangka baik pada Tuhan? Berfikirlah secara positif. Jadilah manusia yang optimistic. Sentiasa menganggap apa yang berlaku pada dirinya adalah yang terbaik buatnya. Orang-orang yang optimistic tidak pernah mengeluh jika diuji dengan sesuatu ujian. Kerana mereka tahu ujian itu adalah peluang untuk memperbaiki dan menilai kemampuan diri.
REDHA. Perkara simple yang diajar dalam Islam tapi jarang kita aplikasikan. Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. Terima seadanya. Usah mengeluh dan percayalah bahawa Allah tidak akan sekali-kali menganiaya hamba-Nya.
Kenapa ramai yang merasakan hidup mereka tidak aman, tidak tenteram, dan tidak bahagia. Kerana tiada sifat redha dalam hati mereka. Tanpa keredhaan, kita tidak akan mengerti erti kesyukuran. Kita selalu mempersoalkan ketentuan Allah. Padahal siapalah kita untuk mempersoalkan ketentuan atau sunnah Yang Maha Mengetahui. Alangkah bahagianya hidup apabila menyerahkan segala-galanya pada Dia.
Namun bukanlah itu menjadi alasan untuk malas berusaha untuk mendapatkan sesuatu. If you want something. Go get it. If you have a dream. Protect it. Don’t ever let anyone take your dream from you. Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri yang mengubahnya.
Aku pernah bercita-cita ingin meneruskan pengajian ke luar Negara. Namun cita-cita itu tidak pernah menjadi nyata. Rasa iri hati apabila melihat gambar rakan-rakan di benua-benua lain Aku kecewa dan bermasygul kerana tidak berpeluang merasai semua itu. Banyak lagi la perkara-perkara aku rasakan terbaik buat aku tapi tidak kesampaian. Tapi apabila aku sedari akan hikmah-hikmah nya aku bersyukur kerana aku tidak mengambil ijazah di luar Negara. Tersenyum aku sendirian memikirkan tentang kebijaksaan Allah merancang perjalanan hidup ku.
Sekarang aku tidak lagi mengeluh bila aku tidak mendapat apa yang aku inginkan. Aku tahu Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Cuma kadang-kadang terfikir apa agaknya perancangan Dia. Aku menanti dengan penuh keterujaan dan sedikit cemas.
Do you realize that everything which occurred around you will affect your life directly or indirectly? All the places you’ve been, all the people you’ve met, all the things you’ve done will affect your character and personal growth. With all the experiences, it will shape us to be someone that we eventually destined to be.
Maka kalau hari ini sedang kamu berjalan-jalan…keceburrr!!! Kamu terjatuh dalam longkang. Malu pada yang memandang. Bangkitlah semula dengan senyuman. Aku redha ya Allah andai ini yang terbaik buat ku. Alhamdulillah…nasib baik jatuh dalam longkang, kalau dalam lubang penglupusan uranium? Tak ke aku jadi Mutant nanti?
Hehehe.. Salam. Peace. Love. Harmony.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
good2..
membuatkan aku menangis..eh tak jugak
tp insaf lah..
5 stars
The clothesline of cold eyes
Is washing away the face before
Now tell me what's wrong you see everyone's gone
You gotta do your best to decorate this dying' day
This dying' day
All over a bowl of bitter beans
And outside way, way up high I got a quarter moon misthanging' over me
And now, I want that rocking chair outta there
Cause he's no longer living here
It's no longer needed here
All over a bowl of bitter beans
And I got a corner store and that's all the more
For me to praise upon the holidays
And now I'll close my eyes really, really tight
And make you all go away,
I'll make you all go all go away
-lyric from; blind melon.. 'change'
sewaktu praktikal bos aku penah ofer aku keja. tapi bila aku memikirkan keadaan persekitaran kerja yang tidak sesuai dengan aku, aku menolak. kemudian, aku tny pada diri, hati dan akal. apa yang aku mahu utk hidup. then, aku rasa aku mahu sgt jadi tukang jahit buat baju. lalu aku cakap kat senior aku, aku xnak sambung keja kat sini sbb aku nak belajar menjahit. dia dgn selamba badaknye gelak kuat2 tahap gaban xingat dunia smbil cakap " u took 4yrs struggling in accounting then suddenly u end up with tukang jahit?? nonsense! she said. sekarang, walaupun aku MASIH lagi tidak menjadi tukang jahit, tapi aku masih lagi simpan impian itu. skrg tgh kumpul duit nak buat byr belajar menjahit nanti. hehehe.. if u hv dream, u go for it! yeahhhh....
*u inspired me somehow, somewhere! =)
Post a Comment