Wednesday, June 9

Mesin Masa

Andai aku bisa mencipta mesin masa macam wayang Back to the Future, aku hanya ada satu hasrat.Aku tidak mahu pergi ke masa hadapan. Biarlah ia terus menjadi teka-teki supaya aku akan terus menerus berusaha mencorakkannya.  Aku mahu kembali ke waktu kanak-kanak ku.

Pasti. Segala yang berlaku dikala aku masih anak-anak, kawan-kawan yang aku temui, tempat yang aku kunjungi, dan pengalaman yang aku alami, telah membentuk keperibadian aku pada hari ini. Tanpa semalam, hari ini tidak akan wujud. Tanpa hari ini, sudah tentu tiada hari esok.

Dalam kesamaran aku masih upaya untuk mengimbas kembali kenangan-kenangan di zaman anak-anak kecil. Waktu itu aku rasakan hidup ini sangat indah. Hari-hariku penuh dengan gelak tawa dan angan-angan. Ya, aku sangat suka berangan. Aku suka bermain dengan imiginasiku sendirian.

Aku yakin semua orang pernah menjadi seorang kanak-kanak yang periang. Yang hidupnya hanyalah untuk bermain, bermain, dan bermain. Tidak pernah diendahkan permasalahan dunia mahupun politik domestik. Tidak pernah terfikir pun apa kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan. Kanak-kanak adalah jiwa yang suci. Jiwa yang belum tercemar dengan dosa.

Masa kecil, kita ingat kita boleh jadi apa sahaja yang kita nak. Cikgu cakap apa saja, mesti kita ikut dan percaya bulat-bulat. Berkawan dengan rakan sebaya tanpa sebarang syarat dan kepentingan. Tak pernah terfikir untuk memburuk-burukkan orang lain, tikam belakang, mahupun jatuh menjatuhkan. Kalau bergaduh sakan pun, bila nak bermain bersama, masih boleh bergelak ketawa semula. Dari kaca mata mereka, semua nya sangat ‘simple’ dan positif.

Namun sedihnya, apabila kita semakin jauh meniti usia, kita berubah. Kita lupa bagaimana rasanya menjadi kanak-kanak. Kita menjadi semakin bosan dan serius. Kita mulai memandang hidup ini secara ‘sophisticated’. Segalanya membebankan. Segalanya memeningkan kepala. Kita dikelilingi hasad dengki, iri hati, hipokrasi dan mementingkan diri sendiri.

Kenapa agaknya ya? Entahlah. Seorang teman berkata, tanggungjawab yang mengubah kita menjadi sepertimana kita hari ini. Mungkin ada benar kata-kata beliau. Atau kita memang diciptakan Allah untuk menjadi pelupa. Sehingga kita lupa kita bagaimana rasanya menjadi kanak-kanak. Tetapi tidak bagi aku, aku tidak pernah lupa. Dan aku akan sentiasa menjadi anak-anak! ;)

3 comments:

Anonymous said...

smemangnya zman knak2 la yg paling best..kalau boleh nak sentiasa jd knak2..tp dah Allah tentukan hidup kita dari Dia kita dtg dan pada Dia juga kita akan kembali..entry yg menarik..

nis n4d (*_~) said...

sy nk mesin masa jgk... =D

nizang said...

filem terhebat pernah aku tonton

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails