Wednesday, June 9

Armada Kapal Kecil Keamanan

Pasti ramai yang tahu misi kemanusiaan Lifeline 4 Gaza. Dan aku pasti ada juga yang masih tak tahu menahu tentang misi kemanusiaan ini. Terpulanglah kalau tak mahu ambil tahu. Itu hak masing-masing. Sekadar mahu berkongsi pengalaman empunya diri menyambut ketibaan aktivis-aktivis kemanusiaan yang bertarung nyawa diatas MV Mavi Marmara

Shahdu dan sayu sekali suasana pagi itu. Bertolak dari Bandar Baru Bangi seawal jam 4 pagi, aku meredah embun halus dengan semangat yang berkobar-kobar. Sesampai di KLIA, aku agak hairan melihat keheningan dan kesunyian KLIA. "Aih, tak kan tak ade orang kot". Getus sang hati.

Rupanya-rupanya para aktivis mendarat di Kompleks Bunga Raya. Begitu istimewa sekali layanan yang kerajaan berikan terhadap "hero-hero" kita ini. Sedarkah kalian? Mereka berangkat tidak dilambai tetapi pulang dijulang sebagai wira. Hentikanlah berhipokrasi wahai pemerintah.


Kepulangan aktivis disambut dengan gema "ALLAH HU AKHBAR!". Serta alunan "THOLA'AL BADRU A'ALAINA". Mungkin sebab itulah media kerajaan tidak menyiarkan rakaman visual detik para aktivis menjejakkan kaki ke dalam lobi Kompleks Bunga Raya.



Lihat sepanduk dan bena yang mencacak dibelakang Muhyiddin Yassin. Cameraman terpaksa menfokuskan lensa kamera nya tepat pada muka Muhyiddin kerana tidak mahu sepanduk dan bena itu "dibaca" oleh rakyat jelata. Hahahahahaha...

Yang lagi kelakar, kebanyakkan daripada kita tidak tahu pun siapa sebenarnya aktivis-aktivis NGO ini. Tidak diceritakan sama sekali oleh mana-mana media siapa sebenarnya MAPIM, Haluan, mahupun Aqsasyarif. Kenapa? Kerana NGO-NGO ini kebanyakkannya adalah tidak "sehaluan" dengan perjuangan kerajaan BN. 

Yang pastinya, aktivis yang menyertai misi ini bukanlah sembarangan orang. Mereka terdiri daripada profesionalis dan intelektualis yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Mereka pergi untuk berjuang. Mereka pergi dengan persiapan seolah-olah tidak akan kembali. Mereka pergi untuk syahid dijalan Allah. Sungguh mulia perjuangan mereka. Sungguh suci niat mereka.


Suatu hari nanti, aku akan jadi salah seorang yang mengepalai misi kemanusian ke GHAZA. InsyaAllah. Oh ya, armada kapal kecil keamanan adalah Freedom Flotilla. Kali ini Zionist bolah merompak dan memperkosa Freedom Flotilla, nantilah kemunculan* Freedom Gran Flota!

* Armada Kapal Besar Keamanan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails