Sejak akhir-akhir ini ramai sangat teman-teman yang berkongsi pelbagai cerita. Semuanya berkisar tentang masalah, dugaan, dan cabaran dalam hidup. Mudah kata, ujianlah. Ada yang kukuh berdiri, ada yang tersungkur layu, hanyut dalam ombak ujian. Saya pun sebagai insan biasa lebih-lebih lagi hamba kepada Sang Pencipta, tidak lekang dengan ujian.
Ujian itu perlu.
Rasulullah SAW bersabda:
Kenapa ujian itu perlu? Kerana dengan ujianlah kita akan belajar sesuatu yang baru. Denga ujianlah kita dapat ukur kemampuan kita, tahap keimanan kita. Tanpa ujian, kita tidak akan menjadi dewasa dan matang. Kalau kita perhatikan ayah atau atuk kita, disebalik sehelai uban dirambut mereka, terselit pelbagai kepahitan dan kemanisan. Disebalik kedutan pada wajah mereka, tersembunyi seribu kesengsaraan dan kemenangan.
Namun, ujian ini perlu diurustadbir dengan cara yang betul. Supaya kita akan dapat menyelami hikmah atau sudut positif daripada setiap ujian. Supaya ujian mendekatkan kita dengan Nya, bukan menjauhkan kita daripada Nya.Macam mana nak mengurustadbir ujian?
- Jangan cepat melatah. Apa sahaja yang berlaku, jangan cepat melatah. Kalau kita tengah marah, redakan dulu kemarahan itu. Berdiam diri seketika. Ambik wudhuk ke. Yang penting kita mesti bertenang supaya tak terbit perlakuan yang tak sepatutnya.
- Optimistik. Berfikiran positif sangat perlu. Supaya syaitan tidak memasukkan jarum-jarumnya kedalam hati kita. Beringatlah bahawa setiap apa yang berlaku telah ditakdirkan. Dan setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bersangka baiklah pada Nya.
- Senyum. Walau apa pun terjadi, mesti kena senyum. Senyum itu perlu walau pun pahit. Senyum itu melambangkan kekuatan mental. Memang susah untuk senyum dikala ditimpa ujian. Kenapa susah nak seyum? Kerana kita jarang senyum. Oleh itu mula pada hari ini, bangun tidur je terus senyum depan cermin setiap hari.
- Jangan terburu-buru untuk menyelesaikan sesuatu konflik atau masalah. Ambil masa untuk bertenang. Supaya keputusan yang dibuat nanti rasional dan tidak berbaur emosi.
- Minta nasihat. Berceritalah dengan teman rapat mahupun sesiapa sahaja yang sudi mendengar. Belum orang lain boleh tolong selesai masalah kita itu, namun dengan bercerita, kita dapat meringankan bebanan yang tertanggung dalam hati kita. Luahkanlah, jangan tahan-tahan.
- Menangislah kalau perlu. Tak salah untuk menangis. Banyakkan menangis daripada ketawa. Tapi jangan bersedih. Bersedih dan menangis adalah suatu perkara yang sangat berbeza.
- Berserah dan bertawakkallah. Andai itu yang terbaik untuk kita, terimalah dengan hati yang terbuka, dada yang lapang
Sesungguhnya kita harus bersyukur kerana diuji dengan kesulitan, kekecewaan, dan kesengsaraan. Biasanya ujian-ujian seperti ini akan mengingatkan kita untuk kembali kepada Nya. Saya takut benar andai suatu hari nanti saya diuji dengan kesenangan, kebahagian dan kekayaan. Ramai yang hanyut terus, tak jumpa jalan pulang. Semoga Allah kuatkan hati-hati kita. Semoga segala ujian daripada Nya tidak melemahkan kita, sebaliknya akan menguatkan kita.
Macam mana kamu katakan kamu beriman sedangkan kamu belum diuji? Sekadar berkongsi.