Wednesday, January 27

Pembodohan melalui Pendidikan


Falsafah Pendidikan Negara.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Jika direnungi secara mendalam, sudah tiada sumbangnya Falsafah Pendidikan Negara ini. Namun apa yang menyedihkan apabila realitinya produk-produk yang lahir tidak seperti spesifikasi yang ditetapkan. Maka boleh disimpulkan bahawa terdapat kepincangan dalam proses pembuatan produk akademik kita. Lebih menyayat hati, produk-produk rosak ini yang menjadi mangsa kejian dan hinaan para pembuatnya. Anehnya, tidak pula kita mahu menyiasat apa yang berlaku semasa proses pembuatan produk ini.

Bila anak-anak muda sudah hilang jati diri, mereka menyalahkan pengaruh budaya kuning. Bila anak-anak muda runtuh moralnya mereka menyalahkan kurang didikan agama dari ibu bapa. Bila anak-anak muda ramai merempit dan berpelesaran, mereka menyalahkan masyarakat yang tidak prihatin.Tapi mereka lupa. Ibu bapa anak-anak muda ini juga lahir dari sistem pendidikan yang sama. Mereka juga lupa, masyarakat yang anak-anak muda ini bergaul juga lahir dari sistem pendidikan yang sama. Sudah tentulah yang patut dipersalahkan adalah sistem pendidikan itu, bukannya pengetua atau ketua bidang mahupun tukang kebun sekolah.

Sebagaimana acuannya, begitulah bentuk kuihnya. Guru kencing berdiri. Anak murid kencing berlari. Apa yang nak dihairankan bila pelajar merakam aksi seks apabila ustaz yang mengajar pendidikan Islam pun asyik melayan porno? Macam mana agaknya anak-anak muda mahu menjadi generasi berketrampilan dan berakhlak mulia bila guru-guru mereka dua kali lima? Jangan pula dilupa guru-guru ini juga lahir dari sistem pendidikan yang sama. Tak kiralah yang Guru Sandaran Tak Terlatih mahupun Guru-Guru Terlalu Terlatih. Itulah halnya bila ditanya mengapa kedudukan guru dalam masyarakat tidak lagi dipandang tinggi dan dihormati.

Modal atau aset paling berharga bagi sesebuah tamadun ialah generasi mudanya. Kelangsungan suatu ketamadunan bergantung kepada kualiti generasi pelapisnya.Jika hancur generasi muda ini, maka runtuhlah tamadun itu. Sebab itulah Zionis mengebom sekolah-sekolah , tadika-tadika dan rumah-rumah anak yatim. Mereka telah sedar, anak-anak kecil yang membaling batu ke arah tentera dan kereta kebal meraka itulah yang membesar dan menubuhkan HAMAS, lalu menyatukan rakyat Palestin. Anak-anak kecil itulah yang menjadi pemimpin hebat seperti As-Syahid Abdul Aziz Al-Rantisi. Anak-anak kecil itulah yang menjadi komander-komander Bridget Al-Aqsa!

Andai dikaji secara teliti, sesuatu gerakan revolusi samaada Revolusi Islam Di Iran hinggalah kebangkitan Toliban menjatuhkan kerajaan korup Mujahiddin bermula dengan gerakan pelajar. Usah dilupa, HAMAS juga lahir daripada gerakan pelajar. Jatuhnya Rejim Jeneral Soeharto juga akibat daripada kebangkitan Mahasiswa Indonesia.

Presiden Soekarno pernah berkata, “Berikan aku 10 pemuda, akan aku goncangkan dunia!”. Tidak ternafi lagi bahawa peranan anak-anak muda amatlah penting. Sesungguhnya pembentukan jati diri dan peribadi anak-anak muda ini bermula dari prasekolah hinggalah ke universiti. Oleh itu, peranan sistem pendidikan dilihat tersangatlah utama jauh mengatasi kepentingan cukong-cukong asing dan Ketua Cawangan UMNO.

Saya tidak punyai ilmu yang tinggi untuk mencadangkan KBSM atau KBSR yang baru. Cukuplah dengan merevolusikan silibus pendidikan kita dengan menyemai budaya ilmu dan berfikir. Bagaimana? Cedoklah acuan-acuan dari Negara yang telah membangun. Mudah bukan? Jika ada yang berkata, itu tidak sesuai dengan budaya majmuk masyarakat kita. Sesuaikanlah! Mana ada kemahuan disitu kita akan cari jalan. Bukan hanya asyik mencari alasan.

Pokoknya, jika Kerajaan mahu merevolusikan sistem pendidikan kita, dah lama dah mereka buat. Tapi kenapa tidak buat? Kerana takut lahir generasi yang berintelektual dan berilmu. Kenapa takut kepada generasi cerdik dan pandai? Kerana merekalah yang akan merevolusikan sistem politik Negara kita. Merekalah yang akan memperbaharui model ekonomi kita. Mereka jualah yang akan berusaha mewujudkan sebuah Negara berkebajikan.

Konklusinya mudah, demi untuk terus berada ditampuk kuasa, Kerajaan akan terus memastikan rakyat yang diperintahnya lebih bebal dan dungu dari mereka. Segala saluran dikerahkan untuk menbodoh-bodohkan rakyat. Terutamanya media massa dan agensi-agensi kerajaan. Disinilah punca budaya pembodohan ini. Mana tidaknya, jika rakyat berilmu, maka kerajaan yang jahil akan tumbang ke longkang!

p/s:aku juga hasil dari sistem pendidikan pembodohan ini. jika tidak tentu aku sepintar Adi Putra.Keh..Keh..

Tuesday, January 26

Bila raja dihina oleh pacal yang hina.

Saat ini sedang berlaku kekalutan mengenai isu menghina Almarhum Sultan Johor. Memang kalut sungguh. Mana-mana je semua bercakap pasal kekalutan ni. Kat kedai kopi ke, kat beranda surau ke, atau kat bilik gerakan Pemuda UMNO sekalipon. Semua maklum blogger Aduka Taruna (AT) menyerah diri setelah beberapa laporan polis dibuat ke atas tulisannya yang jelas menghina Sultan Johor.


AT hanyalah satu watak dalam drama kekalutan ini. Namun tulisannya menbuatkan aku terfikir. Berapa ramai lagikah AT yang bersembunyi dalam hati rakyat marhaen. AT hanyalah pacal yang hina, namun berani meluahkan isi hatinya yang jelas merasa sangat jijik terhadap Almarhum. Entah apa dosa Almarhum terhadapnya.. Aku rasa ramai lagi yang sependapat dengan AT. Tapi terdiam bisu,tertunduk malu. Hanya memendam rasa. Takutkan isa. (bukan Isa Samad.tapi ISA)


Raja-raja dahukala selalu dikaitkan dengan Tuhan. Jelmaan Tuhan la. Anak Tuhan la. Raja-raja selalu dimomokkan mempunyai keramat dan sakti. Jika menderhaka pada Raja-raja, nescaya muntah berdarahlah tujuh keturunan. Jika hamba rakyat yang dipanggil mengadap kebawah duli, maka tercabutlah sendi-sendi dan bergetarlah rusuk-rusuknya kerana takutkan Raja itu.


Hakikatnya pada zaman kegemilangan empayar Melayu Melaka, Sultan adalah tulang belakang disebalik kemegahan tamadun Melaka yang diasaskan pada 1400. Sultan-sultan yang memerintah empayar Melaka bermula dengan Sultan Iskandar Syah sehinggalah Sultan Mahmud Syah adalah pemimpin yang hebat. Kaya dengan ilmu agama, ilmu alam, dan ilmu hisab. Pakardalam ilmu persilatan mahupun strategi ketenteraan. Pendek kata memang tersangat wajarlah mereka dihormati, diagung-agungkan, dan disembah rakyat jelata yang majoritinya tidak mendapat pendidikan tinggi.


Kenapa agaknya dizaman ini hamba rakyat sudah berani menderhaka? Sudah berani menghina dan mengkritik Sultan. Mungkin rakyat jelata sudah jelak melihat krisis yang menimpa istana semenjak dua ini.Mungkin juga rakyat jelata mulai sangsi dengan fungsi Sultan dan Raja ini. Mungkin rakyat jelata melihat kewujudan Sultan pada hari ini hanyalah semata-mata satu simbolik terhadap kuasa Raja-Raja Melayu. Sedangkan pada hakikatnya kuasa Raja-Raja Melayu sudah lama terhapus dek revolusi pemodenan Tun Mahathir. Yang tinggal hanyalah angkatan tentera Diraja Malaysia dan polis Raja diMalaysia.


Aku juga terfikir. Apa sumbangan besar Raja-Raja Melayu pada zaman moden ini? Sekadar ketua adat istiadat dan agama sahajakah? Atau sekadar penaung negeri dan menjaga kesinambungan warisan nenek moyang dahulu kala? Kalaupun begitu, tidaklah aku menentang institusi Beraja ini. Cuma harus diperhalusi akan fungsi-fungsinya dan risionalnya.


Hamba rakyat sekarang sudah berpendidikan tinggi. Mungkin rakyat merasakan mereka lebih cerdik dan terpelajar dari sultan-sultan dan raja-raja zaman moden ini. Oleh itu golongan istana perlu mengambil inisiatif. Lahirkanlah kembali Sultan dan Raja yang berkarisma, berkreadibiliti dan berilmu persis Almarhum Sultan Iskandar Syah. Agar nanti hamba rakyat kembali merasa tenang dan selamat dibawah naungan istana.


nota penulis: tak kiralah Sultan, Perdana Mentri hatta Makcik Kantin sekali pun, jika tuan punya badan sudah dipanggil mengadap Ilahi, janganlah dihina dan diaibkannya dengan dosa-dosanya yang silam. Apatah lagi jika dia adalah seagama dengan kita. Berdoalah agar Allah ampunkan dosa-dosa nya.Sekadar renungan.



cadangan: tengok wayang cina bertajuk Bodyguards and Assasins. bagaimana peritnya Dr Sun Yat Sen untuk menjatuhkan Dinasti Beraja terakhir China, Dinasti Ming.provokasikan minda untuk berfikir.



Monday, January 25

WE ARE DIFFERENT…


We are different, but we share the same parent.

That’s why they called us sibling.


We are different, but we share the same toys and playground.

That’s why they called us playmate.


We are different, but we share the same classroom.

That’s why they called us classmate.


We are different, but we share the same school.

That’s why they called us schoolmate.


We are different, but we share the same house.

That’s why they called us housemate.


We are different, but we share the same goal.

That’s why they called us teammate.


We are different, but we share the same boss.

That’s why they called us colleague.


We are different, but we share the same residential area.

That’s why they called us neighbor.


We are different, but we share the same flag.

That’s why they called us countrymen.


We are different, but we share the same faith.

That’s why they called brothers and sisters.


We are different, but we want to annihilate the same evil ring.

That’s why they called us the fellowship of the ring.

(For LOTR fan only.gahahaha...)


No doubt. We are surely different. Nevertheless, we share at least one thing in common. All we have to do is to put aside our discrepancies and start looking for our similarities.


After all, we came from the same blood, the same parent which is Adam and Eve.



P/s:

Don’t believe in politicians, they always tell us that we are different and we cannot be united.


Don’t believe in newspaper and evening news. They always tell us negative things which made us down and upset before we could get up.


Don’t believe in capitalist. They always tell us that we are paying the cheapest price for everything compare to other country.


Don’t believe in Majlis Fatwa, they always tell us what we cannot do instead of telling what to do and how to do it.

Friday, January 22

Bukan tentang aku.Tapi tentang kau,dia dan mereka.

Masing-masing ada alasan dan niat tersendiri untuk menjadi blogger dan mempunyai sebuah blog. Ada yang ingin mencari publisiti didunia maya, ada yang ingin berkongsi pendapat dan pandangan, ada yang menulis pasal aktiviti diri, dan ada juga yang merepek meraban tanpa arah tujuan.


Terpulang pada individu lah. Tepuk dada tanya hati. Jika baik sekeping daging itu maka baik la juga tuan empunya sekeping daging itu.


Yang penting disini kau tahu apa yang kau mahu. Jangan sekadar mengikut trend semasa. Jika trend terkini memakai seluar nampak bontot, kau pun selak bontot. Tersembul ketuat dan kurap.


Tujuan asal aku menulis didalam blog ini untuk berkongsi pandangan, meluahkan idea, dan berkomunikasi dengan sesiapa yang membaca tulisan aku. Mungkin tak ramai yang setuju dengan karangan-karangan aku. Namun itulah hakikat. Setiap manusia harus berbeza-beza. Peliklah nanti kalau semua pakai baju putih dan berambut hitam. Yang penting kita harus punya pendirian. Jangan jadi lalang.


Saat entry ini ditulis, blog aku mempunyai 9 follower. Terkejut jugak. Ada juga yang mahu membaca ngomelan aku rupanya. Tapi bukanlah cita-cita aku untuk mempunyai follower yang beriban riban. Cukuplah andai seorang sekalipun yang membaca tulisan aku namun ianya meninggalkan kesan. My ultimate objective is to inspire someone, somewhere and somehow.


Ada teman-teman yang mengatakan aku ada bakat menulis. Mungkin. Adalah menjadi cita-cita aku untuk memiliki sebuah tulisan yang berbuku. InsyaAllah. Memang sedari kanak-kanak aku sangat suka mengarang.Bersamalah teman-teman doakan ye.


Bila melihat blog-blog awek cun yang mempunyai riban riban pengikut yang majoritinya lelaki, membuatkan aku terfikir…Bestnya jadi awek cun. Buat apa pun orang mesti follow.He He He. Itu belum jadi artis. Sadisnya. Budaya pembodohan.


Akhir kata, blog ini adalah untuk kamu semua yang membaca. Blog ini bukanlah tentang aku semata-mata. tapi tentang engkau, dia dan juga mereka. Tentang kita semua. Selamat membaca. =)

Tuesday, January 19

Budaya Pembodohan


Apa itu membudayakan ilmu? Budaya menurut kamus dewan - kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb). Membudayakan - menjadi kebiasaan atau kelaziman. Maka boleh disimpulkan disini membudayakan ilmu adalah menjadikan ilmu itu suatu kebiasaan atau kelaziman dalam masyarakat.

Jika digantikan hujung perkataan tersebut dengan pembodohan, maka jadilah ia membudayakan pembodohan. Dan membudayakan pembodohan bermaksud menjadikan kebodohan itu suatu kebiasaan atau kelaziman dalam cara berfikir, berkelakuan, dsb.

Dewasa ini budaya pembodohan dalam masyarakat semakin berleluasa. Tidak percaya? Beliakkan mata, lihat sekeliling. Apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Masih belum nampak? Celikkan akal. Pandanglah dengan hati yang ingin mengerti.

Akur bahawa terlalu banyak berlaku kepincangan dalam masyarakat kita. Lihatlah keruntuhan moral dan perpecahan keluarga.

Akurlah bahawa kita hidup dalam masyarakat yang tidak makmur. Lihat sajalah ketegangan dan ketidakharmonian hubungan antara kaum.

Akurlah bahawa kita mendokong ekonomi yang menekan. Lihatlah kadar jenayah yang tinggi dan kemiskinan yang makin membarah.

Akurlah bahawa politikus-politikus kita penuh dengan kebobrokkan dan kebebalan. Lihat bagaimana rasuah dan politik buruk memburukkan orang menjadi medan mereka bersilat.

Akurlah bahawa kita hidup dalam suatu sistem yang punah ranah.

Bagaimana virus kekalutan ini bermula? Virus ini bermula dalam diri kita sendiri. Virus malas. Malas untuk mendampingi ilmu. Virus ini menyebabkan penyakit jahil membarah dalam diri. Maka lahirlah suatu institusi keluarga jahil yang mudah diporak porandakan. Hasil dari porak poranda keluarga maka lahirlah masyarakat yang kaya dengan perpecahan dan kejahilan. Bila masyarakat jahil membentuk tamadun. Maka lahirlah sistem ketamadunan yang sarat dengan kejahilan tahap dewa.

Hari ini sistem pendidikan kita lebih banyak melahirkan defect product. Lebih ramai mat rempit, mat lepak, mat kutu dan pelbagai mat lagilah lahir ke alam masyarakat. Jauh mengatasi bilangan mat pemikir, mat cendiakawan dan mat budayawan. Sistem pendidikan yang mementingkan score A ini telah meminggirkan budaya berfikir dan cintakan ilmu. Hasilnya juga pegawai kerajaan yang rasuah. Politikus yang bebal. Pendidik yang jahil. Doktor yang tidak beretika. Dan jurutera yang jumud.

Anak-anak muda hari ini lebih suka mengejar keseronokkan. Jika ditanya apa impian kamu? Ramai yang mahu menjadi artis reality daripada menjadi aktivis social. Artis diagung-agungkan dan diangkat menjadi idola berbanding cendiakawan dan pemikir-pemikir. Itulah budaya pembodohan.

Budaya menangis bila artis reality pujaan tersingkir dari pertandingan. Budaya tidur ternganga dan melangut dalam LRT. Budaya si mak bapak mengamuk bila anak tak dapat masuk program reality. Budaya angguk dan geleng bila baca akhbar dan tengok berita arus perdana. Budaya suka membaca gossip dan cerita dalam kelambu selebriti.Budaya suka baca akhbar cerita sensasi seperti harian metro. Budaya lantak kau lah janji aku dapat gaji bulan-bulan.

Dah tu camne nak ubah budaya pembodohan ni? Dampingilah ilmu. Budayakan ilmu. Dengan ilmu, kita akan dapat merevolusikan minda. Minda menjadi celik dan segar. Jika dipandang ke belakang, sebesar mana pun suatu revolusi itu, ianya bermula dengan revolusi minda. Revolusi pemikiran.

Maka hari ini, pergilah ke toko buku. Belilah seberapa banyak ilmu yang ada. Dan revolusikan pemikiran kita. Good Luck. May the force be with youuuu……( Echoing Endlessly ).

Justify Full*jauh disudut hati aku terfikir bagaimana generasi tom tom bak dan idola kecil ini akan membesar…semoga mereka diselamatkan dari budaya pembodohan ini.

Thursday, January 14

Tuhan...Aku terima Seadanya.


Pernahkah kaki mu tersadung batu ketika sedang berjalan-jalan? Kamu marahkan batu itu, lalu disepaknya jauh-jauh. (Pastu sakit kaki)Pernahkah kamu keluar rumah tapi terpaksa masuk balik kerana tertinggal wallet? Kamu marahkan wallet itu kerana tak mampu berjalan sendiri dan masuk ke dalam poket seluar kamu?? (Apekebangangnya.HaHaHa) Pernahkah kamu tertinggal kunci di dalam rumah/bilik? Kamu marahkan pintu, lalu diflyingkicknya pintu rumah sekuat hati. Mesti kebanyakkan dari kita pernah mengalami kejadian seperti tersebut. Tapi reaksinya harus berbeza-beza.

Pernahkah kamu merasai bahawa segala yang kamu cita-citakan tidak pernah menjadi nyata? Lalu kamu menyalahkan Dia kerana tidak adil. Pernahkah kamu merasai kegagalan disaat kamu terlalu mengidamkan kejayaan? Lalu kamu berputus asa dan malas untuk bangkit semula. Pernahkah kamu mengeluh kerana ujian yang kamu hadapi terlalu berat untuk digalas dipundak mu? Jika YA jawapannya, bersyukurlah kerana Tuhan masih menghiraukan kamu. Pernah seorang sahabat Rasulullah menangis teresak esak kerana tidak demam seminggu. Bila ditanya, “Kenapa kamu menangis?” Lalu dijawabnya, “Sudah seminggu aku tidak demam atau sakit, aku bimbang kalau-kalau Allah tidak lagi mengendahkan ku.” Kagum. Itu yang mampu aku ucapkan.

Kalau tidak sakit, kita tak akan tahu betapa nikmatnya sihat. Kalau tak gagal, kita tak pernah tahu betapa indahnya kejayaan. Cuba bayangkan jika segala yang kita inginkan dalam hidup ini akan menjadi kenyataan tanpa perlu bersusah payah, maka kita tidak akan tahu erti berterima kasih dan bersyukur. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sebarang ujian dan konflik. Sudah tentu character kita tidak akan menjadi lebih baik. Without conflict, there is no growth in human character. No improvement.

Situasi-situasi yang aku kemukakan di atas adalah perkara biasa yang terjadi dalam rutin seharian. Namun persoalannya disini, berapa ramaikah yang mahu berfikir akan hikmah disebalik kejadian-kejadian tersebut. Mungkin peristiwa tertinggal kunci nampak seperti kecil dan tak penting, tapi sedarkah kamu itu juga termasuk dalam perancangan Allah. Dan Allah tidak akan membuat sesuatu dengan sia-sia. Semua bersebab dan ada hikmahnya.

Bersangka baiklah kamu pada Nya. Belum tentu apa yang kamu cita-citakan adalah terbaik buatmu.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Bagaimana mahu bersangka baik pada Tuhan? Berfikirlah secara positif. Jadilah manusia yang optimistic. Sentiasa menganggap apa yang berlaku pada dirinya adalah yang terbaik buatnya. Orang-orang yang optimistic tidak pernah mengeluh jika diuji dengan sesuatu ujian. Kerana mereka tahu ujian itu adalah peluang untuk memperbaiki dan menilai kemampuan diri.

REDHA. Perkara simple yang diajar dalam Islam tapi jarang kita aplikasikan. Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. Terima seadanya. Usah mengeluh dan percayalah bahawa Allah tidak akan sekali-kali menganiaya hamba-Nya.

Kenapa ramai yang merasakan hidup mereka tidak aman, tidak tenteram, dan tidak bahagia. Kerana tiada sifat redha dalam hati mereka. Tanpa keredhaan, kita tidak akan mengerti erti kesyukuran. Kita selalu mempersoalkan ketentuan Allah. Padahal siapalah kita untuk mempersoalkan ketentuan atau sunnah Yang Maha Mengetahui. Alangkah bahagianya hidup apabila menyerahkan segala-galanya pada Dia.

Namun bukanlah itu menjadi alasan untuk malas berusaha untuk mendapatkan sesuatu. If you want something. Go get it. If you have a dream. Protect it. Don’t ever let anyone take your dream from you. Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri yang mengubahnya.

Aku pernah bercita-cita ingin meneruskan pengajian ke luar Negara. Namun cita-cita itu tidak pernah menjadi nyata. Rasa iri hati apabila melihat gambar rakan-rakan di benua-benua lain Aku kecewa dan bermasygul kerana tidak berpeluang merasai semua itu. Banyak lagi la perkara-perkara aku rasakan terbaik buat aku tapi tidak kesampaian. Tapi apabila aku sedari akan hikmah-hikmah nya aku bersyukur kerana aku tidak mengambil ijazah di luar Negara. Tersenyum aku sendirian memikirkan tentang kebijaksaan Allah merancang perjalanan hidup ku.

Sekarang aku tidak lagi mengeluh bila aku tidak mendapat apa yang aku inginkan. Aku tahu Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Cuma kadang-kadang terfikir apa agaknya perancangan Dia. Aku menanti dengan penuh keterujaan dan sedikit cemas.

Do you realize that everything which occurred around you will affect your life directly or indirectly? All the places you’ve been, all the people you’ve met, all the things you’ve done will affect your character and personal growth. With all the experiences, it will shape us to be someone that we eventually destined to be.

Maka kalau hari ini sedang kamu berjalan-jalan…keceburrr!!! Kamu terjatuh dalam longkang. Malu pada yang memandang. Bangkitlah semula dengan senyuman. Aku redha ya Allah andai ini yang terbaik buat ku. Alhamdulillah…nasib baik jatuh dalam longkang, kalau dalam lubang penglupusan uranium? Tak ke aku jadi Mutant nanti?
Hehehe.. Salam. Peace. Love. Harmony.

Wednesday, January 13

Evolusikan Kejahilan Diri

Situasi A (bukan situasi Bunkface):

Ayah dan ibu ingin mendaftarkan anak mereka di sebuah tadika sekitar Bandar Baru Bangi. Dialog ini berlaku antara cikgu tadika yang menjaga kaunter perdaftaran dan Si Ayah seorang murid yang baru mendaftar.

Si Ayah: Erm…cikgu, nak tanye sikit bleh?

Si Cikgu: Boleh. Silakan.

Si Ayah: Kat tadika ni ade tekankan pasal ilmu agama tak?

Si Cikgu: Owh…Ade. Memang kite tekankan jugak ilmu agama. Insyaallah anak-anak akan diperkenalkan dengan pengetahuan agama yang asas. Itu memang polisi kita. Dan kita tak abaikan ilmu duniawi seperti membaca dan menulis.

Si Ayah: Oww…Baguslah.Tapikan cikgu, kawan saya cakap kat tadika si polan tu ajar fahaman wahabi. Sampai anak kawan saya tu membaca tak pandai tapi hafal macam-macam hadith!

Si Cikgu: Yeke? Wahabi tu ape?(cuba menguji Si Ayah)

Si Ayah: Alah, yang hafal-hafal hadith tu…

Si Cikgu: Salah ker kalau ajar anak-anak hadith?

Si Ayah: Tak salah cikgu, tapi tak perlu sampai nak hafal. Cukup la sekadar tahu jer.
Yang penting anak-anak pandai membaca dan mengira. Wahabi ni macam sesat jugak la.

Si Cikgu: Ow…macam tu ker.

Si ibu mencuit bahu si ayah menisyaratkan sesuatu. Si cikgu hanya senyum. Dialog tamat.

Jahil. Itu perkataan paling tepat untuk mendiskripsikan Si Ayah. Dia bukan dobo*. Kerana dobo bermaksud belum mengetahui. Tapi jahil bermaksud tak mahu mengetahui! Malas membaca, membuat sedikit kajian, bertanya, mahupun berfikir berkenaan sesuatu hal atau perkara.

Unik bukan? Ditengah-tengah kemajuan teknologi, maklumat dihujung jari,masih ada yang malas mencari ilmu atau maklumat itu. Rasanya tak susah nak cari maklumat pasal wahabi atau apa sahaja. Googlekan aje. Tapi dek kerana malas mencari dan lembap untuk berfikir, maka lahirlah generasi yang berpendidikan tinggi tapi jahil.

Kadang-kadang kita dah rasa kita tahu semua benda. Sebab itu kita malas untuk membaca, memerhati, menyelidik, dan berfikir. Kebanyakkan dari kita masih tidak menggunakan sepenuhnya akal yang dikurniakan oleh Maha Bijaksana. Ahh…buat apa sakitkan kepala nak fikir semua benda tu. Buang masa jer. Bagi la orang lain fikir. Kesimpulannya, pergi padang makan rumput. Cucuk tali kat hidung. Jadi lembu. Apa beza kita dengan bintang? Akal. Kalau tak gunakan akal tak ada beza pun dengan binatang. Agak kasar bukan? Tapi itu hakikat yang tersirat disebalik yang tersurat.

FASA-FASA KEJAHILAN DIRI.

FASA 1: SAYA TAK TAHU APA YANG SAYA TAK TAHU

Termanggu-manggu. Melopong. Tidak tahu apa yang perlu dicari. Tidak mengerti apa yang dikejar-dikejarkan. Majoriti umat manusia masih berada di fasa ini. Tak kiralah yang berijazah atau berdoktor falsafah, jika tidak mahu berfikir dan mencari, tidak akan keluar dari fasa ini. Orang-orang difasa ini jenis macam Si Ayah. Malas berfikir. Hidup sekadar mahu enjoy. Tak nak ambil tahu apa yang berlaku sekeliling. Senang kata, BODOH SOMBONG. Aku pon pernah melalui zaman ini. Zaman sekolah menengah. Tapi selepas sekolah, aku sudah mulakan pencarian erti hidup. Maka aku sudah keluar dari fasa ini lama dahulu.

FASA 2: SAYA TAHU YANG SAYA PERLU TAHU

Saat kita sedar yang kita ini penuh dengan kejahilan dan kekurangan diri. Kita mula dahagakan ilmu. Kepingin akan perubahan dalam diri. Kita mula melihat dunia dari perspektif yang berbeza. Saat itulah bermula fasa ini dalam hidup. Sesudah tamat alam persekolahan, aku melihat hidup ini bukan sekadar belajar dan mencari kerja untuk rezki sesuap nasi. Aku mula merasakan ilmu itu bukan sekadar yang bertulis, yang diajarkan guru atau pensyarah. Aku mula mencari EQ instead of IQ. Kerana hakikat hidup tidak bergantung kepada kebijaksaan IQ. Namun kecerdikan EQ.

FASA 3: SAYA TAHU APA YANG SAYA TAK TAHU

Ramai juga yang tersangkut pada fasa 2. Apabila kita sudah merasakan bahawa ilmu kita sudah cukup tinggi, maka kita tidak akan mara ke fasa ini. Orang-orang yang mula merasa bahawa ilmu yang mereka ada tidak juga membantu kehidupan mereka, mereka mula mencari apa yang sebenarnya mereka perlukan dalam hidup. Berdasarkan pengalaman yang lepas, mereka sedar apa yang mereka perlukan untuk berjaya dalam apa jua yang diceburi. Mereka sudah merasai kegagalan. Dan mahu bangkit menuju kejayaan.

FASA 4: SAYA TAHU DAN SAYA MULA MENUNJUKKAN HASIL

Apabila anda menyedari anda kekurangan kemahiran hidup dan mula mendisiplinkan diri untuk perkembangan personal gowth anda, maka fasa ini akan mula merasai hasil daripadanya. A lot of exciting things will happen. Banyak peluang-peluang akan terbongkar didepan mata. Kita mula mengusai flow kehidupan and can get a control of our own life.

FASA 5: SAYA PERCAYA APA YANG SAYA TAHU.

Pada fasa ini anda sudah ada apa yang diperlukan untuk menyelesaikan apa jua permasalahan yang timbul. Semua tampak amat mudah bagi anda. Anda mempunyai kreadibiliti dan gerak hati yang sangat bagus. Tiada lagi halangan. Hanyalah peluang untuk berjaya.

Menuju Kematangan Hidup

Pernah seorang teman berkongsi bertanyakan apa definisi maturity. Life is about finding answers. When you woke up in the morning, you have one question. Then you went out to find out the answer. But when you come back home, instead of having one answer, you found out two new question. Then you went out again to find the two answer. And when you come back home, you have two answer and four new questions. This will keep on repeating until one day you said to yourself, “That’s it. Enough! I don’t want to know anymore!” That is called maturity. You are matured when you stop searching for the answer.

Sementara itu berlaku, ayuh kita mencari jawapan. Ayuh evolusikan kejahilan diri!!

*dobo = bodo

Tuesday, January 5

RINDUku pada teman-teman


“What is a friend? A single soul dwelling in two bodies”
-Aristotle-

Sungguh indah pengertian kawan yang keluar dari benak Aristotle. Beliau meletakkan kawan itu pada suatu tempat yang sangat mulia disisinya. And from that beautiful quote, we can derive a simple understanding about friend.

“Friend is a single soul. Dwelling in separate bodies.”

Apa maksudnya? Kawan itu berkongsi soul @ roh yang sama didalam jasad yang berbeza. Apabila roh itu sakit, jasad-jasad itu semua akan turut merasai kesakitannya. Apabila roh itu sedih, jasad-jasad itu semua akan turut merasai kesedihannya. Dan apabila roh itu gembira, maka jasad-jasad itu semua akan turut bergembira bersama-sama.

Berdasarkan pengertian kawan di atas, berapa ramaikah antara anda semua yang mempunyai kawan sepertimana yang disebut Aristotle? Ada bukan? Namun bilangannya sangatlah sedikit. Mampu dibilang dengan jari. Bila direnungi, mungkin ada yang akan berkata, “Andai itu pengertian kawan, lantas tiadalah aku seorang pun daripadanya.” Sedih.

Dalam bahasa Melayu, kawan itu boleh disamaertikan dengan teman, sahabat, kenalan, dan saing. Namun pengertian setiap darinya berbeda-beda. Umum setuju sahabatlah yang paling mulia dan dekat dihati kite.

Begitu juga dalam bahasa Inggeris. Besides friend, there is soul mate, best friend, buddy and the latest urban term is BFF. Best Friend Forever. Of course all the terms mentioned has a different meaning.

Lantaran itu, kenapa perlunya kita berkawan? Entahlah. Bukankah manusia itu penuh dengan iri hati, hasad dengki, dan tipu muslihat? Aren’t we all very selfish? We just care about our self more than we care about others. Ada yang berkawan dengan pelbagai tujuan dan kepentingan. Sebab itulah kita cuba membezakan kenalan-kenalan kita. Ada housemate, classmate, subordinate, colleagues, and etc. Kerana apa? Kerana belum tentu semua ikhlas berkawan dengan kita.

Ketidakikhlasan ini akan mewujudkan kawan yang hipokrit. Kawan yang tikam belakang. Kawan yang musuh dalam selimut. Kawan yang makan kawan. But on the surface, we cannot differentiate any of them among our friends. We will learn about their existence when they show their true colors. Renungi sepotong ayat ini:

(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

Sehingga hari ini, pelbagai kawan telah aku jumpai. Just name it. Namun aku masih terus mencari kawan yang disebut-sebut Aristotle. Sudah ku temui yang persis dan iras-iras nya. Belum puas mencari. Akan ku teruskan. Lantas, sahabat seperti mana yang kau idam-idamkan? Sahabat sejati. Yang bagaimanakah sahabat sejati?

Yang apabila kenyangnya dia tertanya-tanya, apakah aku turut kenyang sepertinya. Lalu mengajak ku untuk merasai nikmat kenyang bersama-sama.

Yang apabila laparnya, dia berdoa agar aku tidak lapar bersama-samanya. Lalu dia menyembunyikan kelaparan itu demi untuk tidak melihat aku bersedih kerananya.

Yang apabila dia bergembira, dia datang berlari-lari ke arah ku. Lalu dia memeluk dan mencium pipi ku supaya aku turut gembira bersama-samanya.

Yang apabila sedihnya, dia datang untuk menangis di bahuku. Lalu dia menahan tangisannya kerana tidak mahu melihat aku teresak-esak bersamanya.

Yang apabila sihatnya, dia tak jemu menziarahi aku. Lalu pantas menziarahi aku dirumah kerana bimbang aku menziarahinya terlebih dahulu.

Yang apabila sakitnya, dia mendoakan ku agar sihat sejahtera. Lalu disembunyikan kesakitannya kerana tidak mahu melihat aku bersugul.

Indah bukan jika punyai sahabat seperti itu. Cukuplah jika ada seorang seperti itu. Nescayalah kita akan bahagia dalam segala sengasara. Tenang dalam segala kekalutan. Gembira dalam setiap kesedihan. Realitinya tidak begitu indah. Kawan ketawa senang dicari. Apabila menangis seorang diri.

Seseorang pernah berkata, andai engkau marah apabila sahabatmu mengambil duit kamu secara sembunyi-sembunyi, maka kamu bukanlah sahabat buatnya. Sepatutnya kamu bertanya pada dia, cukupkah duit yang kau ambil tadi?

Andai engkau mengamuk apabila sahabatmu memakai kasut kesayanganmu tanpa kebenaran, maka kamu bukanlah sahabat buatnya. Sepatutnya kamu bertanya, kamu sukakah kasut itu? Jika suka, pakailah. Renungilah secebis nukilan ini. Buat pedoman kita dalam mencari seorang insan bergelar sahabat sejati.

And maybe someone will say that he searched heaven and earth but never he find a friend who wanted to share his soul with them. Yeah. That’s true. A friend which described by Aristotle is no where to be found. So I stopped searching. And eventually, I come to realize.

You cannot search for a TRUE FRIEND. You have to be a TRUE FRIEND. So others can found you. And make you as their TRUE FRIEND.

*rindukan teman-teman yang bertebaran dipelusuk dunia. Semoga kalian bahagia selalu. Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails