Friday, March 26

Unwanted Child:Mari buang Bayi

Dilarang Buang Bayi Di Sini
 
Menurut statistik JPN, seramai 17 000 bayi luar nikah didaftarkan pada tahun 2009. secara puratanya seramai 46 orang bayi luar nikah lahir pada setiap hari pada tahun lepas.

Dan akhir-akhir ini kalut seluruh Negara apabila media melaporkan beberapa kes buang bayi sedang berlaku disekeliling kita. Sebenarnya kalau kita perhatikan setiap tahun akan ada ‘musim’ membuang bayi secara beramai-ramai.

Kebanyakkan kes berlaku sekitar bulan Februari dan March 2010. Janin berada dalam kandungan ibu selama 9 bulan sebelum lahir sebagai bayi. Maka jika kita imbas kembali  beberapa bulan ke belakang sebelum bayi ini lahir dan dibuang, kita boleh anggarkan bahawa bayi-bayi ini ‘tercipta’ pada awal Januari 2009 atau akhir Disember 2008. Ini adalah pemerhatian dan hipothesis yang tiada sokongan dari sebarang fakta mahupun kajian ilmiah.

Senang cerita la, ibu bapa mereka telah melakukan hubungan seks tanpa kontrasepsi antara bulan Disember 2008 dan Januari 2009. Apa yang berlaku antara waktu ini? Sambutan tahun baru dan sambutan Krismas. Anak muda biasanya akan mengambil kesempatan ini untuk berseronok dan berhibur dengan pasangan masing-masing. Dan biasanya aktiviti ini akan berakhir dengan hubungan seks di mana-mana jua ceruk yang dirasakan boleh dan ‘line-clear’. Namun anak yang terhasil tidak dapat dibuktikan dengan tepat adalah hasil daripada waktu itu. Mungkin pada malam ambang tahun baru itulah mereka pertama kali melakukan hubungan seks yang membawa kepada hubungan seks yang lebih kerap dan menyebabkan persenyawaan berlaku.

Maka natijahnya, berlaku kekalutan sepertimana hari ini.

Buang bayi secara professional.

Pembuangan bayi secara professional adalah dengan menggugurkannya. Golongan ini biasanya golongan yang berpendidikan dan ada ongkos (duit). Khidmat pengguguran bayi ini boleh didapati secara mudah di klinik atau rumah-rumah bidan tradisi. Sayangnya tiada data atau statistik yang merekodkan kadar pengguguran bayi di Malaysia.

Buang bayi secara bijaksana

Bayi dibuang secara sembunyi-sembunyi seperti menanam mereka di ladang getah atau kelapa sawit. Golongan ini biasanya kurang berduit tetapi bijak dalam menutup dosa-dosa mereka. Mungkin juga mungkin mendapat khidmat nasihat dari yang berpengalaman atau melalui pengalaman sendiri.

Buang bayi secara terdesak

Dilakukan oleh golongan yang berpendidikan rendah, tidak berduit, tidak berpengalaman dalam aktiviti membuang bayi, dan biasanya dari keluarga yang porak poranda. Biasanya dah terdesak dan tiada jalan keluar yang lain.

Yang biasa dilaporkan oleh media adalah pembuangan bayi secara terdesak. Dan kategori ini biasanya direkodkan. Pada tahun 2009 sebanyak 83 kes pembuangan bayi direkodkan. 79 kes buang bayi yang baru dilahirkan dan 4 kes buang janin.

Mana datangnya bayi-bayi ini?

Bayi yang dibuang biasanya adalah hasil daripada aktiviti seks luar nikah. Pada masa kini seks luar nikah seakan menjadi trend? Tak percaya. Googlekan di internet, berlambak-lambak video seks Melayu yang majortinya adalah bukan suami isteri. Dan percayalah bayi-bayi yang dibuang ini adalah majoritinya hasil dari persetubuhan anak-anak remaja yang berumur belasan tahun yang masih mentah dan tiada arah tujuan hidup.

Golongan dewasa juga biasa dengan aktiviti seks luar nikah. Namun mereka lebih matang dan berpengalaman dalam aktiviti ini. Ada yang mengambil penyelesaian dengan berkahwin, gugurkan janin, atau diberikan kepada keluarga angkat.

Kenapa aktiviti seks luar nikah semakin menjadi-jadi?

Pengaruh media dan tiada penghayatan agama. Jika dikupas dari sudut penghayatan agama, para ibu bapa tidak semestinya dipersalahkan. Ada yang mendapat didikan agama yang secukupnya namun masih tewas ditangan hawa nafsu. Umum tahu, yang bertudung litup atau berjilbab labuh itu belum tentu masih perawan jika dibandingkan dengan yang berambut blonde atau berseluar hot pant.

Medialah sebenarnya memainkan peranan utama dalam kekusutan ini. Sedari kanak-kanak, kita dihidang dengan pelbagai filem,drama, dan telemovie yang mempromosikan gaya hidup berseronok dan pergaulan bebas. Sejak dari era filem hitam putih lagi aktiviti berdating dipromosikan kepada kita. Maka itulah yang berlaku hari ini. Setiap yang mempunyai pasangan akan mencari ruang dan peluang untuk berdua-dua memadu asmara. Filem – filem barat pula mempromosikan gaya hidup anak muda yang suka berseronok dn berhibur. Adengan cium molot dah menjadi adengan wajib bagi pasangan kekasih, yang akan berakhir diranjang. Biasanya dipotong LPF. Tapi message yang mengatakan adengan ini berakhir dengan hubungan seks telah berjaya diterima oleh otak kita.

Kalau dilihat, pada iklan pada media mahupon billboard masakini. Bentuk badan wanita yang menggiurkan biasanya dimanipulasikan media. Tak kiralah apa produk, mesti ada wanita cantik berpakaian seksi. Kadang-kadang tak ada kaitan langsung dengan produk! Suis – suis nafsu ini selalu dipetik dan internetlah akan menjadi sumber untuk mencari “maklumat” yang lebih lanjut (pornografiti).
Iklan haruman untuk lelaki yang memanipulasikan tubuh wanita

Iklan seluar yang menyampaikan message seks

Maka kalau hari ini anak-anak muda dikutuk, dihina, dan dicerca kerana keruntuhan moral dan akhlak mereka. Seharusnya medialah yang patut persalahkan dan diheret ke muka pengadilan!

*aku dapat rasakan trend buang bayi ini akan kembali hangat penghujung tahun ini kerana anak-anak luar nikah natijah malam merdeka 2009 bakal lahir.

p/s: aku tersalah fakta.Ibu mengandung bayi selama 9 bulan bukan 12 bulan!Thanx to saudara azo kerana perasan.maafkan hamba ya. =)



8 comments:

Anonymous said...

maaf mencelah.. setakat pengetahuan biologi saya, tempoh kandungan biasanya paling lama 40 minggu.. tapi tak tahu lah kalau ada sampai 12 bulan.. apatah lagi lebih.. (jan 2009 to mac 2010 ialah 14 bulan)

sekadar berkongsi..

~azo~

Takeey @ Adin said...

aramak...ok.thanx for the correction!

Anonymous said...

btul2x...sedangkn haiwan sygkan anak.Kdg2 sy menangis mlihat kjadian yg blaku skrg.Mcm da ala2 zmn jahilliah bnuh2 anak..masyaAllah,dunia di akhir zmn.. (^_^)

ahmad faiz said...

weh ki..
havent read your post in a while. sorry about that. nway, i like the one that u wrote about being yourself. thats a good post bro.

Takeey @ Adin said...

thanks brother!

anyway, i wish i can read an UPDATE or what are doing or what are you thinking.you haven't update your blog for ages!

ixora said...

aden, u know what.. kat britain ade social security tuk single parent for their 1st child. i think this help them a lot in managing thier 1st child especially mereka yg single-unmarried-parent. dah wat dosa 1, jgn tambahkan dosa anda lg.. paling sedeyh baca kes tangan baby kne gonggong ngan anjing kat area kg melayu subang tu. mau nanges rasanye...

Takeey @ Adin said...

itulah sya, masyarakat kita tak boleh terima unwed mother. tersangat lah taboo jika dalam masyarakat kita jika ada unwed mother.

stop blaming,start accepting and start solving.

PuanChristina said...

menarik pOst ni..nanti bykkn la pOst pasal kes ni..
entah smpai ble la kes2 cmni na b'laku..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails