Nilai adalah taksiran harga sesuatu benda, mutu, taraf, atau ukuran. Nilai sesuatu benda adalah bergantung kepada si penilai. Dan penilaian nilai terhadap sesuatu adalah berbeza.
Sedarkah kita bahawa kita sekarang sedang mengalami krisis nilai. Tak mengerti? Senang cakaplah.
Melayu Islam menganggap meminum arak adalah haram manakala Melayu Sekular menganggap minum arak adalah sekadar menghilangkan haus sahaja.
Orang kampong mementingkan gotong royong dan ukhwah masyarakat. Orang Bandar mementingkan material dan privasi.
Dah faham? Sesungguh setiap individu mempunyai nilainya yang tersendiri.
Sesungguhnya krisis nilai inilah yang selalu menimbulkan konfik dan perselisihan. Kerana kita tidak hormat kepada nilai orang lain. Kerana kita hendak orang lain sama nilai dengan kita. Dari situlah perlu nya toleransi dan saling menghormati.
Kau tak boleh paksa aku terima nilai kau. Dan aku tak boleh paksa kau terima nilai aku. Cukuplah sekadar kau menghormatinya.
Maka hari ini kalau aku tidak setuju dengan sesuatu perkara, janganlah mengatakan aku ini salah kerana engkau setuju dengan perkara itu. Tiada siapa yang betul dan tiada siapa yang salah. Raikanlah perbezaan ini. Kalau mahu berdebat, debatlah. Tapi ada etika dan adabnya.
p/s: there is no right or wrong in argument. That’s the beauty of argument. It is about who argued the best!
No comments:
Post a Comment