Maha Suci Allah menciptakan setiap makhluk di alam semesta ni berpasang-pasangan. Tidak seperti sifat Yang Maha Pencipta, setiap makhluk yang wujud tidak mampu berdiri dengan sendirinya. Ia perlukan sokongan dan bantuan makhluk yang lain.
Contoh yang paling mudah difahami akal ialah hubungan istimewa bulan dan bintang. Sebagaimana bulan memerlukan matahari untuk menyinari malam supaya kita tidak bergelita, begitulah jua matahari memerlukan bulan supaya tugasnya untuk memberi cahaya kepada penduduk bumi dapat diteruskan tatkala malam menjelma.
Seperti itulah jua manusia. Saling memerlukan antara satu sama lain. Tiada manusia yang mampu hidup secara sendirian dalam dunia ini. Itulah hakikatnya. Itulah fitrahnya. Namun kadang-kadang aku terfikir betapa kita ini sering kali lupa terhadap tanggungjawab kita untuk berbakti dan memberi kepada manusia yang lain. Kita hidup bermasyarakat. Kita hidup dalam satu sosiobudaya dan sistem yang sama. Tapi kita tidak bersatu hati dan berfungsi sepertimana sepatutnya.
Semua manusia impikan kejayaan dalam hidup. Tidak kiralah dalam apa jua lapangan. Semua mahu berada puncak kejayaan. Lantaran itu dalam pendakian tangga-tangga kejayaan, kita memijak kepala manusia lain untuk sampai ke puncak kejayaan. Kita tolak, kita tarik dan kita jatuhkan insan-insan yang mendaki bersama kita. Dengan satu harapan, supaya kita sampai ke puncak kejayaan dengan cepat. Itulah kononnya persaingan.
Terkadang kita terlupa hidup ini adalah putaran roda. What you give, you get back. Jika kita sampai ke puncak kejayaan dengan memijak kepala orang lain, dengan menjatuhkan orang lain, maka kita tidak akan lama berada di puncak. Percayalah, suatu hari nanti akan tiba waktu yang mana orang lain akan memijak kepala kita dan menjatuhkan kita sebagaimana yang kita lakukan untuk mengecapi kenikmatan berada dipuncak...
Sedarkah anda sebenarnya kejayaan anda diukur dengan kejayaan orang-orang di kiri dan kanan jua didepan dan dibelakang anda. Kejayaan seorang ibu atau ayah mendidik zuriat mereka diukur dengan sejauhmana anak-anaknya berjaya dalam hidup. Kejayaan seorang guru mengajar pelajar-pelajarnya diukur dengan sehebat mana keputusan peperiksaan pelajar-pelajarnya. Kejayaan seorang boss diukur dengan kejayaan dan prestasi kerja anak-anak buahnya.
Makna kata, tolong orang untuk berjaya dahulu baru kita akan berjaya. Tapi ramai jugak yang tak paham konsep ni. Atau buat-buat tak paham. Itulah namanya jual ikan (selfish). Hidup untuk diri sendiri, nak senang sorang diri,nak kaya sorang diri. Tapi bila susah baru terhegeh-hegeh cari teman, cari sahabat, cari komuniti. Baru terpekik terlolong mintak tolong. Bangang punya orang.
Dah tu apa konklusinya? Bermula pada saat ini, tolong la orang untuk berjaya. Tolong la orang-orang susah. Tolong la orang-orang yang memerlukan. Macam mana nak tolong?. Tolong dengan wang, air liur (nasihat), bagi pinjam telinga (mendengar), kudrat, dan sebagainya. Ikut kemampuan kita. Semoga dengan pertolongan kita itu, Allah akan balas dengan pertolongan Nya. Amin…
P/s: berhati-hati jugak kalau nak tolong orang ni. Orang sekarang ni suke menangguk di air keruh. Jangan tolong orang sampai diri kita merana. Tips mudah, tolong orang yang mahu tolong diri sendiri.
2 comments:
agreed 100%!
thx aden sbb sokmo tulun saya =D
doh kalu matahari wi cahaye ke bulang, bulang wi nder ke matahari? haha..
doh kalu aku dok leh tulong dri sndiri, guane pulok? tapi aku tulong org lain sokmo doh brase.
Post a Comment