Syor usia 21 tahun automatik jadi pengundi
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang mewajibkan warga negara berusia 21 tahun ke atas menjadi pengundi berdaftar secara automatik dan dikenakan tindakan jika tidak mengundi pada pilihan raya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata langkah itu perlu berikutan lebih 4.38 juta atau 28.3 peratus daripada kira-kira 15.4 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih.
Malah, beliau berkata, jumlah mereka yang tidak berdaftar dijangka terus meningkat berikutan secara purata hampir 500,000 rakyat Malaysia mencapai berusia 21 tahun setiap tahun...
(sumber:www.bharian.com.my)
Bila SPR dedahkan yang 65 % atau 2.85 juta daripada 4.38 juta warganegara yang berusia 21 tahun ke atas tidak mendaftar sebagai pengundi, aku ketawa berdekah-dekah. Yang paling melucukan angka tersebut adalah merujuk pada pengundi Bumiputra. Dan lagi menggelikan hati ialah apabila Selangor menjadi juara bagi pengundi Bumiputra tidak mendaftar iaitu sebanyak 787, 500.
Semua malaon-malaon besar SPR konon-kononnya gelabah dan kalut. Maka terkinja-kinjalah keluar idea-idea bangang untuk mengatasi “masalah” ni.
Tapi yang peliknya, tak pernah terfikirkah oleh malaon-malaon ni kenapa anak-anak muda kita sudah muak denga demokrasi ala
Agaknya anak-anak muda muak dan mual dengan drama liwat-meliwat, lompat melompat dan maki hamun. Agaknya anak-anak muda lebih gemar pergi clubbing, konsert dan bermain futsal dari ambil tahu pasal bontot Sayfool kene cocok. Agaknya anak-anak muda lagi suka melayan porno di kafe siber dari membaca fitnah-fitnah politik oleh blogger-blogger kerajaan.
SPR kata orang yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak mengundi adalah orang yang menentang Demokrasi. Maka boleh disimpulkan disini bahawa 2.85 juta anak-anak muda yang tidak mendaftar dan tidak mengundi adalah berhaluan kiri dan berfahaman komunis?
Aku juga termasuk dalam 2.85 juta anak-anak muda yang menentang Demokrasi. Kenapa? Kerana Demokrasi adalah sistem pembodohan yang membodoh-bodohkan. Kenapa? Kerana Presiden UMNO jer boleh jadi perdana menteri. Kerana perdana menteri itu hanyalah dilantik oleh rakyat di Pekan, bukannya dipersetujui oleh seluruh rakyat marhaen. Bukankah itu bodoh lagi membodohkan?
1 comment:
ya, pendaftaran secara automatik lebih praktikal dan mudah.
Secara tidak langsung, tiada undi POS. Sebab yg jd askar/polis tidak perlu lagi daftar sebagai pengundi POS.
tapi itulah, yg mudah ada...hendak disusah-susahkan.
Post a Comment