Friday, February 26

Hari kelahiran Yang Terpilih


Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah…


Hari ni adalah hari kelahiran insan yang paling agung merangkap kekasih Allah, Muhammad Ya Rasolullah ( s.a.w ).


Hari ini juga secara kebetulan adalah hari kelahiran insan yang hina merangkap hamba Allah, Muhammad Takiyuddin Abdul Ghani.


Ramai teman-teman yang wish. Terima kasih banyak-banyak kepada semua. Tapi secara jujurnya bila umur semakin jauh meniti usia dewasa ni, keghairahan untuk menyambut birthday ni dah semakin terhakis. Sekarang ni bila tiba saja hari lahir, dah tak fikir mana nak celebrate, hadiah apa yang akan dapat. Cuma terfikir, usia semakin meningkat, apa yang telah dicapai sepanjang kewujudan aku di alam dunia ini. Menilai pencapaian diri sendiri, muhasabah diri.


Terasa diri sangat kerdil jika dibandingkan dengan Rasoolullah ( s.a.w ). Terasa hari kelahiran aku dimuka bumi ini tak layak pon disambut atau diperbesarkan jika dibanding dengan hari kelahiran baginda.


Aku bukannya siapa-siapa. Hanyalah seorang hamba yang masih mencari erti kehidupan dan erti kewujudannya di dunia ini.


Juga kadang-kadang terfikir kenapa meraikan hari lahir ya? Siapa yang mulakan budaya ini. Yang pastinya Rasoolullah tak pernah mengajar ummatnya menyambut hari kelahiran. Mungkin Yahudi Laknat yang memulakan budaya ini? Wallahu’alam.


Kenapa juga perlu berarak ke sana ke mari membawa sepanduk besar gajah, selawat macam nak pecah anak tekak? Kononnya nak tunjukkan sayang kepada Rasoolullah ( s.a.w ). Walhal, sunnahnya, hadithnya dan ajarannya dah lama dipinggirkan. Dah lama ditinggalkan. Dah lama dipersendakan. Siapa juga yang memulakan budaya ini ya? Yahudi laknat juga kah? Wallahu’alam.


Selamat Hari Lahir Ya Rasoolullah ( s.a.w ). Aku bukanlah antara ummat mu yang soleh atau terbaik. Namun hati ini sentiasa tegar untuk menegakkan sunnah dan ajaranmu. Semoga aku diberi kekuatan dan petunjuk.Semoga kita dipertemukan jua suatu saat nanti, Ya Muhammad Khairu Khalkillah.

Wednesday, February 10

Lunturnya Demokrasi di hati anak-anak muda


Syor usia 21 tahun automatik jadi pengundi


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang mewajibkan warga negara berusia 21 tahun ke atas menjadi pengundi berdaftar secara automatik dan dikenakan tindakan jika tidak mengundi pada pilihan raya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata langkah itu perlu berikutan lebih 4.38 juta atau 28.3 peratus daripada kira-kira 15.4 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Malah, beliau berkata, jumlah mereka yang tidak berdaftar dijangka terus meningkat berikutan secara purata hampir 500,000 rakyat Malaysia mencapai berusia 21 tahun setiap tahun...

(sumber:www.bharian.com.my)

Bila SPR dedahkan yang 65 % atau 2.85 juta daripada 4.38 juta warganegara yang berusia 21 tahun ke atas tidak mendaftar sebagai pengundi, aku ketawa berdekah-dekah. Yang paling melucukan angka tersebut adalah merujuk pada pengundi Bumiputra. Dan lagi menggelikan hati ialah apabila Selangor menjadi juara bagi pengundi Bumiputra tidak mendaftar iaitu sebanyak 787, 500.


Semua malaon-malaon besar SPR konon-kononnya gelabah dan kalut. Maka terkinja-kinjalah keluar idea-idea bangang untuk mengatasi “masalah” ni. Ada malaon cakap kita patut hukum warganegara yang tidak mendaftar. Ada malaon lain cakap plak kita syorkan pengundi ini didaftarkan secara automatik ikut alamat pada kad pengenalan.


Tapi yang peliknya, tak pernah terfikirkah oleh malaon-malaon ni kenapa anak-anak muda kita sudah muak denga demokrasi ala Malaysia? Kenapa anak-anak muda sekarang ramai yang bersikap atas pagar? Lebih menyanyat hati lagi ramai yang tak ambil tahu langsung perkembangan politik tanah air?Kenapa?


Agaknya anak-anak muda muak dan mual dengan drama liwat-meliwat, lompat melompat dan maki hamun. Agaknya anak-anak muda lebih gemar pergi clubbing, konsert dan bermain futsal dari ambil tahu pasal bontot Sayfool kene cocok. Agaknya anak-anak muda lagi suka melayan porno di kafe siber dari membaca fitnah-fitnah politik oleh blogger-blogger kerajaan.


SPR kata orang yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak mengundi adalah orang yang menentang Demokrasi. Maka boleh disimpulkan disini bahawa 2.85 juta anak-anak muda yang tidak mendaftar dan tidak mengundi adalah berhaluan kiri dan berfahaman komunis?


Aku juga termasuk dalam 2.85 juta anak-anak muda yang menentang Demokrasi. Kenapa? Kerana Demokrasi adalah sistem pembodohan yang membodoh-bodohkan. Kenapa? Kerana Presiden UMNO jer boleh jadi perdana menteri. Kerana perdana menteri itu hanyalah dilantik oleh rakyat di Pekan, bukannya dipersetujui oleh seluruh rakyat marhaen. Bukankah itu bodoh lagi membodohkan?

Tuesday, February 9

Menuju Puncak


Maha Suci Allah menciptakan setiap makhluk di alam semesta ni berpasang-pasangan. Tidak seperti sifat Yang Maha Pencipta, setiap makhluk yang wujud tidak mampu berdiri dengan sendirinya. Ia perlukan sokongan dan bantuan makhluk yang lain.


Contoh yang paling mudah difahami akal ialah hubungan istimewa bulan dan bintang. Sebagaimana bulan memerlukan matahari untuk menyinari malam supaya kita tidak bergelita, begitulah jua matahari memerlukan bulan supaya tugasnya untuk memberi cahaya kepada penduduk bumi dapat diteruskan tatkala malam menjelma.


Seperti itulah jua manusia. Saling memerlukan antara satu sama lain. Tiada manusia yang mampu hidup secara sendirian dalam dunia ini. Itulah hakikatnya. Itulah fitrahnya. Namun kadang-kadang aku terfikir betapa kita ini sering kali lupa terhadap tanggungjawab kita untuk berbakti dan memberi kepada manusia yang lain. Kita hidup bermasyarakat. Kita hidup dalam satu sosiobudaya dan sistem yang sama. Tapi kita tidak bersatu hati dan berfungsi sepertimana sepatutnya.


Semua manusia impikan kejayaan dalam hidup. Tidak kiralah dalam apa jua lapangan. Semua mahu berada puncak kejayaan. Lantaran itu dalam pendakian tangga-tangga kejayaan, kita memijak kepala manusia lain untuk sampai ke puncak kejayaan. Kita tolak, kita tarik dan kita jatuhkan insan-insan yang mendaki bersama kita. Dengan satu harapan, supaya kita sampai ke puncak kejayaan dengan cepat. Itulah kononnya persaingan.


Terkadang kita terlupa hidup ini adalah putaran roda. What you give, you get back. Jika kita sampai ke puncak kejayaan dengan memijak kepala orang lain, dengan menjatuhkan orang lain, maka kita tidak akan lama berada di puncak. Percayalah, suatu hari nanti akan tiba waktu yang mana orang lain akan memijak kepala kita dan menjatuhkan kita sebagaimana yang kita lakukan untuk mengecapi kenikmatan berada dipuncak...


Sedarkah anda sebenarnya kejayaan anda diukur dengan kejayaan orang-orang di kiri dan kanan jua didepan dan dibelakang anda. Kejayaan seorang ibu atau ayah mendidik zuriat mereka diukur dengan sejauhmana anak-anaknya berjaya dalam hidup. Kejayaan seorang guru mengajar pelajar-pelajarnya diukur dengan sehebat mana keputusan peperiksaan pelajar-pelajarnya. Kejayaan seorang boss diukur dengan kejayaan dan prestasi kerja anak-anak buahnya.


Makna kata, tolong orang untuk berjaya dahulu baru kita akan berjaya. Tapi ramai jugak yang tak paham konsep ni. Atau buat-buat tak paham. Itulah namanya jual ikan (selfish). Hidup untuk diri sendiri, nak senang sorang diri,nak kaya sorang diri. Tapi bila susah baru terhegeh-hegeh cari teman, cari sahabat, cari komuniti. Baru terpekik terlolong mintak tolong. Bangang punya orang.


Dah tu apa konklusinya? Bermula pada saat ini, tolong la orang untuk berjaya. Tolong la orang-orang susah. Tolong la orang-orang yang memerlukan. Macam mana nak tolong?. Tolong dengan wang, air liur (nasihat), bagi pinjam telinga (mendengar), kudrat, dan sebagainya. Ikut kemampuan kita. Semoga dengan pertolongan kita itu, Allah akan balas dengan pertolongan Nya. Amin…


P/s: berhati-hati jugak kalau nak tolong orang ni. Orang sekarang ni suke menangguk di air keruh. Jangan tolong orang sampai diri kita merana. Tips mudah, tolong orang yang mahu tolong diri sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails