*Sila baca entry ini sambil mendengar lagu Revolusi: Bunkface
Revolusi. Yeah aku tersangatlah teruja apabila bercakap tentang revolusi. Entah mengapa, sedari usia awal remaja (kini masih remaja tetapi lewat remaja), aku cukup tertarik dengan revolusi. Dari sekolah lagi kite telah diperkenalkan dengan revolusi. Iaitu revolusi perindustrian di Eropah.
Tetapi revolusi perindustrian tidak lah cool. Revolusi yang cool bagi aku adalah revolusi untuk menjatuhkan sesuatu pemerintahan, dinasti, atau diktator.
Dan aku tersangatlah menghargai jasa pak cik Google dan took-toko buku yang menyediakan segala mak nenek cerita tentang revolusi-revolusi yang telah berlaku diseluruh dunia. Cerita yang pasti kita tidak akan dapat dalam buku teks sejarah tingkatan satu mahupun buku subjek Kenegaraan di peringkat universitas. Mana nak dapat derr? Cerita kemerdekaan sendiri pun tak tahu. Hari-hari kena tipu. Setakat baca buku sejarah untuk SPM, tak payah cakap banyaklah, Soalan SPM tak tanya bila Hari Hartal berlaku. Apa itu Perlembagaan Rakyat. Siapa Rejimen Askar Melayu Ke-10. Kesian kitakan? Sila Tanya Professor Dr Google.
Sedikit lontaran persoalan, korang percaya ke perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu tidak menumpahkan setitik darah pun? Korang percaya ke yang UMNO sahaja yang menjadi hero dalam menumbangkan British? Sendiri jawab ok.
Hah! Pastinya entry ini didedikasikan buat anak-anak muda Tunisia yang telah menjayakan Revolusi Jasmin. Dan juga buat jutaan anak-anak muda Mesir yang sedang berjuang di atas jalanan bagi menjayakan Revolusi Kemarahan rakyat Mesir. Semoga Berjaya! Aku begitu terinspirasi dengan kejayaan anak-anak muda Tunisia Salut buat mereka. Dan sekalung doa buat yang telah gugur. Namun, gugurnya mereka bertilamkan kemenangan bagi rakyat marhein.
Bagaimana sesuatu revolusi terjadi? Senang sahaja. Apabila rakyat ditindas sehingga mendesak mereka untuk bersuara. Apabila demokrasi tidak lagi mewakili suara mereka, apabila pemimpin sibuk membolot dan merompak harta Negara, maka waktu itu rakyat akan mengadakan pilihanraya di atas jalan raya. Dah nama pun pilihanraya, patutnya atas jalan raya la kan ? Haha.
Tapi orang cakap kan ada demokrasi. Kenapa tak guna saluran yang betul? Ok. Cuba Tanya soalan itu kepada rakyat Tunisia mahupun rakyat Mesir. Kompem kene ketuk ngan sepanduk. Tak pun kene ludah kat pipi belah kanan. Hakikatnya, demokrasi belum terbukti mampu memberi keadilan kepada rakyat jelata. Tengok sahaja negara yang ribuan tahun mendokong demokrasi seperti Amerika. Masih ada golongan rakyat yang tertindas.
Orang kata rakyat yang berbagai bangsa ini susah nak bersatu. Memang susah. Tapi tidak mustahil. Jadi ramailah kang kong memberi cadangan macam mana hendak menyatukan rakyat. Dari segi bahasalah, pendidikanlah. Namun mereka terlepas pandang suatu perkara. Ini juga hakikat. Rakyat berbilang kaum akan bersatu padu apabila ketidakadilan berlaku. Ketidakadilan mahupun penindasan tidak akan mengenal warna kulit.
Kenapa anak muda? Yes, anak muda adalah kunci atau picu kepada revolusi. Anak-anak muda lah yang akan berada dibarisan hadapan. Menjadi pelawan tirani. Kalau kita kaji semua revolusi yang telah terjadi diseluruh dunia, dari Revolusi Islam di iran mengunjur kepada Revolusi Bolivia (anak-anak muda yang pakai baju Che Guevara sila ambil tahu kisah revolusi ini!) sehinggalah revolusi jasmine di Tunisia …Ish, jauh sangat tu. Kite lihat sebelah dah la, revolusi mahasiswa di Indonesia . Nama pun revolusi mahasiswa, tentu-tentu anak-anak muda yang memulakannya. Mahasiswa Indonesia telah menjatuhkan rejim Seoharto yang dikatakan sangatlah berkuasa. Tolonglah baca kisah revolusi ini, ia tersangatlah menarik dan menyayat hati. Sila lah buat sedikit homework. Sambil-sambil mencari gambar lucah artis Malaysia , boleh juga google tentang kisah ini.
Oleh itu para pemimpin, silah tindas rakyat ye. Silalah naikkan harga barang. Dan silalah tinggikan kadar pengangguran. Tunggulah, “hari itu” bakal berlaku. Ingat, rakyat yang menaikkan kamu. Dan rakyat jualah yang mampu menjatuhkan kamu.
Oklah, letih dah menaip. Nanti aku merepek panjang-panjang bukan korang faham pun. Aku cakap pasal capitalism korang duk faham pasal panty liner dan keputihan. Hadoi…Dah lah. Choww..!
No comments:
Post a Comment