Friday, January 21

Kapitalism dan Manipulasi Wanita.



Umum tahu kapitalism berkiblatkan keuntungan maksimum. Maka, perkara-perkara lain seperti kebajikan awam, tanggungjawab social  dan perikemanusian tiada tertulis dalam rukum iman kapitalism.

Umum juga mengetahui seluruh dunia sekarang ini sedang didominasi oleh para kapilatis-kapitalis. Siapa dia kapitalis? Kapitalis adalah kaum pemodal yang mempunyai harta kekayaan yang menggunung. Kaum-kaum ini sentiasa berfikir untuk mewujudkan seberapa banyak peluang untuk mereka mencipta lebih banyak kekayaan.

Akhirnya kaum cukong (kapitalis) ini terjumpa lubuk kekayaan yang tiada jangka hanyat iaitu dengan memanipulasikan sejenis kaum yang paling lemah; iaitu wanita.

Mungkin ada yang tersinggung dengan kenyataan ini terutamanya activist-aktivist hak asasi wanita. Namun itu adalah hakikat. Tidak percaya? Buktinya wanita tidak boleh meniru kaum lelaki membuang air kecil secara berdiri. Ok. Mungkin contoh ini agak lemah. Dalam Islam, wanita diletakkan ditempat yang mulia dan tinggi. Kerana apa? Kerana mereka lemah dan mesti dilindungi. ( Puas hati?)

Oleh kerana kelemahan itu, para cukong telah memanipulasikan kaum wanita sejak beratus-ratus tahun dahulu. Dan industri yang paling tua wujud dimuka bumi ini ialah industri pelacuran.

Kini pada tahun millennium, industri kecantikan, fesyen, dan apa sahaja yang berkaitan dengan wanita, adalah industri yang menyumbang paling banyak keuntungan kepada kaum cukong. Sedarkah anda bahawa wanita sedang dimanipulasi dan akan terus kekal sebegitu?

Rancangan mereka bermula dengan era mengidolakan selebriti. Selebriti-selebriti ini diangkat, dipuja, dan dikatakan paling cantik serta sempurna dari segala segi. Maka, pada hari ini, setelah kita di brainwash berhari-hari, kita, baik lelaki mahupun wanita, telah menerima secara tidak sedar bahawa selebriti-selebriti ini adalah model kecantikan manusia yang sebenar.

Ramailah wanita cuba menjadi seperti mereka. Mahukan rambut seperti mereka. Kulit mulus seperti mereka. Buah dada seperti mereka. Ketiak putih dan tidak berbulu seperti mereka. Disinilah cukong mula memasukkan jarum mereka melalui penghasilan produk-produk kecantikan dan fesyen pakaian yang kadang bila kita fikir-fikirkan, apekejadahnya pakai macam ni?

Ya. Jika difikirkan secara logic akal, kenapa perlu memakai kasut yang bertumit tinggi? Nak jalan pun susah. Dan menurut kajian, boleh membawa kesan buruk kepada pemakainya. ( Sila google. Jangan malas!). Tapi semua itu diterima secara paksa kerana selebriti-selebriti idola mereka juga memakainya.

Dah nampak apa sebenarnya yang saya cuba sampaikan? Oh, seperkara lagi. Perasaan atau tidak, kenapa underwear kaum wanita mesti berwarna cerah dan mudah sangat nampak apabila terkena kotoran? Kenapa underwear lelaki biasanya berwarna gelap?

Hahah! Ini teori saya. Sejak industri pakaian dalam diwujudkan, mereka telah bersepakat untuk menghasilkan underwear yang bewarna cerah. Kenapa? Kerana mereka tahu, vagina wanita biasa berpeluh dan mengeluarkan cecair yang akan menyebabkan panties mereka kotor. Mereka sangat tidak selesa untuk menjemur panties yang kotor pada bahagian itu. Lalu mereka akan cuba menyental panties ini setiap kali mereka membasuhnya. Penyentalan itu menyebabkan fabriknya yang nipis akan mudah koyak.

Bila koyak, kene beli yang baru. Sebab itulah wanita ini kerap kali shopping underwear! Lagi satu, bila terbeli panties yang mahal, tentulah sayang apabila terpaksa disental untuk menghilangkan kotoran itu. Kaum pemodal pun mencipta suatu lagi produk, pantyliner! Konon-kononnya untuk mengelakkan panties kamu kotor, kamu kene pakai pantyliner. Nampak tak? Kalaulah panties kamu bewarna gelap seperti kaum lelaki, kamu tidak akan kesah untuk menyental kesan kekotoran itu. Cukuplah sekadar kamu tahu ia bersih. Dan kamu juga tidak akan mengeluarkan belanja untuk membeli pantyliner.

Sedarlah. Kamu sedang ditipu dikiri dan kanan. Dah terbukti pantyliner atau pad yang kamu pakai itu boleh membawa kesan buruk kepada kamu (sila baca disini), namun kamu telah berada ditahap yang kamu terpaksa membelinya. Itulah kejayaan kaum pemodal. Hebat bukan?

Apa kesimpulannya? Kamu yang tentukan. Saya hanya berkongsi fikiran. 

* Sila lihat gambar ini.


Mereka tidak pernah mengenal apa itu coli, apa itu Payuda Atika Beauty. Namun mereka, dan suami mereka tetap merasakan mereka adalah cantik! 

3 comments:

Anonymous said...

thanks for the info..

Anonymous said...

oi perempuan pakai pantyliners pun kau nak buat kecoh ke?

Anonymous said...

yang lain2 isu saya boleh terima pakai tapi isu pantyliners ni sebenarnya membantu wanita..wanita kebanyakan mengalami keputihan yang kdang2 membuat seseorang itu berasa tak selesa kdang2 mengeluarkn bau yang kurang menyenangkn..pantyliners mudah sebab jenis pakai buang..lagipun takkan kita nak sentiasa tukar2 underwear setiap kali hendak menunaikan solat?Keputihan atau sesuatu yang kluar dari dubur dan vagina merupakan najis dan perlu dibersihkan sebelum solat baru sah solatnya..bayangkn wanita yang mengalami keputihan sentiasa menukar2 underwear ketika hendak solat..jika berada di rumah takpe ianya mudah tapi jika berada di tempat kerja?satu lagi,jika underwear berwarna gelap sekalipun,keputihan tetap jelas kelihatan..cuba anda tanya ibu,kakak,adik perempuan anda sendiri cairan bagaimana yang keluar dari vagina wanita..sekian,wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails