Showing posts with label kerohanian. Show all posts
Showing posts with label kerohanian. Show all posts

Thursday, April 1

Bacalah! Read! Iqra'!

Mana silapnya bila bangsa Malaysia terutamanya keturunan Melayu tidak minat membaca. Paling mudah nak faham, malas membaca. Bila tengok iklan promo kerajaan yang anak-anak muda bermotosikal pergi ke perpustakaan berjemaah, aku tergelak besar. Betapa orang yang buat iklan ini pun tak faham apa itu budaya membaca sebenarnya. Ada lagi satu iklan yang anak-anak duduk diam membaca tatkala Si ayah sedang memandu. Lagi aku tegelak besar.Kah…Kah…Kah…!

Budaya membaca bukan semata-mata mengadap buku 24jam sehari. Ataupun bertapa dalam perpustakaan tujuh hari tujuh malam. Budaya membaca adalah budaya ilmu. Budaya ilmu adalah budaya berfikir, memerhati, dan mencari. Dan buku itu adalah salah satu daripada medium membudayakan ilmu.

Kenapa wajib membaca? Kerana bahan-bahan ilmiah itu majoritinya adalah bertulis! Al-Quran adalah bertulis. Injil adalah bertulis. Taurat adalah bertulis. Hikayat Ramayana dan Mahabrata juga adalah bertulis. Maka kalau kita tidak mahu membaca akan jahil buat selama-lamanya.

Dari pengalaman dan pemerhatian empunya diri, ilmu yang didapati dari membaca mudah dihadam dan disimpan dalam kepala otak. Kalau masa belajar dulu, apa yang pensyarah atau guru-guru sampaikan secara lisan tidaklah begitu cepat ditangkap oleh otak berbanding dengan slideshow atau tulisan pada papan hitam.

Menurut kajian, secara puratanya seorang umat Malaysia dikatakan hanya membaca dua muka surat sahaja setahun berbanding dengan 40 hingga 50 buah buku setahun bagi umat Sweden atau Finland. Itu kajian secara ilmiah. Secara tak ilmiahnya cuba tengok profile kawan-kawan anda kt facebook contohnya. Masih ramai yang menulis di ruangan favourite books: I DON’T READ. Ataupun membiar blank sahaja. Sadis bukan? Tapi itulah hakikat.

Bagi yang mengaku beragama sama dengan Muhammad bin Abdullah (S.A.W), mari renungi sepotong ayat ini:

 Terjemahan:   "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan"


Ayat pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah. Allah memerintah kita supaya membaca. Ulama mentafsirkan bahawa Al-Quran yang wajib dibaca oleh setiap muslim. Tapi bagi pemahaman aku yang jahil ini, ayat ini memerintahkan supaya ummat Islam membaca! Bukan sekadar Al-Quran semata-mata.

Oleh itu hari ini marilah kita mula membaca. Membaca kerana Allah, tuhan yang menciptakan!

p/s:Kalau lah perpustakaan awam di Malaysia ni macam MPH atau Kinokuniya...Alangkah bahagianya!


Monday, March 22

Syaitan dari golongan manusia!

Selalu kita dengar orang berpesan, hati-hatilah dengan bisikan syaitan. Namun sedarkah teman-teman sekalian? Syaitan yang paling berbahaya adalah dari golongan manusia.

Yang makan macam kita, berpakaian macam kita, bekerja macam kita dan berkeluarga macam kita. Namun mereka membisikkan hasutan ke dalam hati kita.

Buktinya? Allah dah beri amaran dalam Surah An Nas.




Maksud ayat:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
  2. Yang Menguasai sekalian manusia.
  3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
  4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
  5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
  6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
Nah..terbukti syaitan itu juga ada dikalangan manusia.



Wednesday, December 30

Main Gitar Haram??


Entry ini ditujukan untuk seorang teman sekelas aku dulu. Beliau bertanyakan tentang hukum bermain gitar. Ramai yang konon-kononnya alim mengatakan bahawa bermain gitar itu haram. Tapi mana nas atau dalilnya? Tentu jawapannya tiada. Yang ada hanyalah pendapat-pendapat ulamak muktabar. Namun berlaku percanggahan pendapat. Biasa la tu. Ulamak-ulamak besar ni selalu bercanggah pendapat. Sebab percanggahan pendapat merekalah yang menyebabkan ummah hari ini terbahagi kepada berbagai-bagai mazhab dan aliran.

Jika berlaku percanggahan, makan kembali pada yang pasti iaitu Al-Quran dan Hadith. Aku cuba mencari nas-nas dalam Al-Quran tentang pengharaman alat muzik bertali. Memang aku tak jumpa. Hadith soheh pun tak ade.Akhirnya aku googlekan aje di internet. Terjumpalah pelbagai hukum dan pendapat. Namun pendapat yang paling sederhana dan menarik hati aku ialah pendapat yang ditulis diblog Ustaz Azhar. http://ustazazhar.com

Menurut beliau, ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan. Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :

1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.

2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.

3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Kalau yang memang minat main gitar macam aku ni eloklah diambil yang keempat. Kalau main gitar sampai lupa solat maka jadi haram la main gitar tu. Senang dan mudah. Memang Islam itu mudah. Pendapat ini juga terpakai untuk seruling. Tapi kita yang suka menokok tambah sesuatu perkara yang kita tak pasti. Maka jadilah susah.

Kalu pergi gig ke konsert ke pergilah. Masuk waktu pergi la solat jap. Yang penting disini NIAT. Kalau niat pergi konsert nak cari meraba-raba, nak bercumbu cumbuan, maka haram la pergi ke konsert itu. Kalau niat pergi gig/konsert untuk menikmati karya anak-anak muda tempatan yang fresh dan mendalami apa message yang cuba dikongsi, pergilah! Kalau ade yang menghukumkan haram, tunjukkan mana dalil nya? Surah mana? Hadith mana?


*rindu la nk pergi gig and jamming session…uhu.

Thursday, December 24

Cemburu Saudara Baru.


Cemburu. Cemburu pada saudara baru? A.k.a muallaf. Ya. Aku cemburu pada mereka. Kenapa nak cemburu? Pasti ada yang akan bertanya sedemikian. Sekurang-kurang mahu juga bertanya. Bererti mahu juga mengambil kisah atau mengetahui. Aku suka orang bertanya. Tiada istilah soalan bodoh dalam kamus aku. Yang bodoh hanyalah yang tiada soalan untuk ditanyakan! Yang sadis adalah yang memeram persoalan, segan untuk bertanya kerana takut ditertawakan. Takut dikatakan jakun, jahil dan bebal. Sendiri fikir. Andai tidak bertanya soalan, bagaimana nak tahu jawapannya? Bertanyalah.

Apa kaitan muallaf dengan suka bertanya? Jelas. Hubungannya sangat nyata. Muallaf adalah golongan yang mencari, bertanya, dan berfikir tentang tanda-tanda kewujudan tuhan yang esa. Golongan yang dahagakan jawapan. Seperti menyelesaikan puzzle. Menyusun, mengumpul segala klu, memadan dengan klu yang sedia ada. Menunggu kepingan puzzle terakhir untuk melengkap suatu pencarian. Kepingan terakhir itulah HIDAYAH. Hidayah adalah privilege. Hak eksklusif yang Allah berikan kepada hamba-hamba Nya yang mahu mencari kebenaran.

Jika sedar akan hakikat itu. Janganlah kamu mengatakan si dia itu kafir, si dia itu munafik, si dia itu kufur. Maka kamu menjauhi mereka. Mencaci, menghina dan menjijikkan hati kamu dengan susuk mereka. Kamu meletakkan diri mu lebih mulia dari mereka. Kerana kamu bertudung, berhijab, dan berjubah. Mereka berambut blonde, berskrit pendek, dan berbaju spaghetti. Kerana kamu berkopiah, berbaju ala raihan, dan berseluar slack bergosok. Mereka berambut Mohawk, berbaju tengkorak, dan berseluar jeans ketat koyak. Kamu ke usrah, ke majlis ilmu, dan ke masjid. Mereka ke club, ke gig, dan ke konsert. Adakah kamu lagi mulia berbanding mereka? Atas dasar apa kamu meletakkan kamu lagi mulia dari mereka disisi Allah? Kerana hidayah itu adalah hak Allah. Bukannya hak kamu untuk mensyurga nerakakan hamba Nya yang lain. Kamu tak layak untuk menghukum. Kerana hakim yang maha adil hanyalah DIA.

Dialah Al-Muqsityang maha adil, Al-Khafidyang merendahkan makhluknya, dan Al- Rafikyang meninggikan makhluknya. Insafilah hakikat ini.

Alkisahnya dengan saudara baru. Aku punyai jiran yang menyewa rumah bonda ku di kampong. Ayyub dan Aisyah. Suami isteri yang berasal dari Selangor. Merantau ke Terengganu. Ditinggalkan kaum keluarga. Jauh dari sepupu sepapat. Semata-mata mencari kebenaran Islam dan menjaga akidah.Mereka dikurniakan 3 orang anak. Rumah yang disewa mereka bukanlah besar. Jika nak dibanding dengan bungalow jauh panggang dari bara! Hatta tak layak dibanding dengan flat murah mahu perumahan rakyat. Rumah itu cuma 1 bilik, 1 bilik air, 1 dapur dan ruang tamu yang sekangkang cicak.( kangkang cicak lagi kecil dari kangkang kera!)

Namun disitulah anak beranak menumpang teduh. Melempiaskan lelah seharian. Disitulah teratak kasih sayang mereka. Ayyub tak berapa fasih berbahasa melayu. Aisyah lagi expert kot. Anak-anak mereka pun pelat cakap melayu. Kalau mereka bergaduh terkeluarlah cong ceng cong ceng mereka tu. Aku hanya melopong sambil tersengih macam kerang busuk.Heh. Ayyub ni keje sebagai pemandu van MAIDAM. Aisyah tukang masak kat restoran masakan cina muslim tak jauh dari rumah mereka.

Aku kagumi ketabahan Ayyub. Dalam sibuk mencari sesuap rezeki, dia tak pernah lupa untuk bercinta dengan ‘tuhan baru’ nya. Masjid tak pernah jemu dari menyambut kedatangannya.Sejadah tak pernah bosan melayan rintihan hatinya dan kehangatan sujud dahinya. Kitab-kitab ilmu tak pernah letih menjawab persoalan hatinya yang bertubi-tubi. Sedimikian juga halnya dengan Aisyah. Mereka umpama dilahirkan didunia tanpa cahaya. Gelap gelita. Bila berjalan selalu tersadung. Terjatuh dalam lubang atau longkang. Terlanggar dinding. Namun perjalanan harus diteruskan.

Maka Allah kurniakan pada mereka cahaya HIDAYAH. Apabila mendapat cahaya barulah mereka sedar yang mereka telah susuri jalan yang salah. Jalan yang penuh jerangkap samar dan fatamorgana. Apabila mendapat cahaya mereka mula menyedari rupanya sepanjang perjalanan menyusuri kegelapan, badan mereka luka-luka, lebam-lebam, dan calar balar. Mereka mencari penawar. Mereka menerokai jalan yang baru. Berbekal cahaya yang mereka temui.

Aku cemburui cahaya itu. Cahaya itu yang membuat mereka merasa manisnya iman. Cahaya itu membuatkan mereka sanggup menyerahkan segalanya. Demi memeliharanya. Demi mempertahankannya. Cahaya itu menjadi mereka dahagakankan ilmu. Teruja mencari jawapan. Cahaya itu membuka hati mereka dengan cinta yang maha agung. Sungguh hebat implaksi cahaya itu.

Aku dilahirkan dalam terang. Aku berjalan dengan bersuluh. Namun aku tak mampu untuk melihat. Aku tetap tersadung walau terang lagi bersuluh. Tetap terjatuh longkang. Tetap terlanggar dinding. Tetap terluka kakiku dek duri dan onak sepanjang jalan. Dunia yang terang menyebabkan aku tidak teruja untuk mencari cahaya itu. Aku menjadi malas untuk mencari jalan untuk mendapatkan cahaya itu. Sehinggalah aku sedar, aku telah parah terluka sepanjang perjalanan. Aku baru sedar parut-parut luka di tubuhku adalah akibat dari perbuatan diriku sendiri. Aku berjalan sambil menutup mata! Aku berjalan dengan membabi buta. Membuta tuli.

Kini aku kepingin akan cahaya itu. Kini aku mengidamkan cahaya itu. Tuhan, kurniakanlah aku cahaya itu. Nur HidayahMU. So I can see – not just look. So I can hear – not jus listen.

*Takee is wondering how the whole world look at Muslim now.

Wednesday, December 16

MENCARI CINTA...


“Di sana dik, cinta ada di sana. Ia kudus dan kekal abadi!” Sambil tangannya menunding ke arah sebuah binaan berkubah. Menaranya tinggi dan tegap. Bulan dan bintang di hujung menara itu melambangkan ketinggian martabatnya. Jika dibuat teka teki menara apakah yang paling tinggi di dunia, tentulah jawabnya menara masjid. Kerana menaranya mencecah bulan dan bintang.

Aku tersenyum pahit. Memang betul seperti katanya. Saat aku beri’tikaf dalam masjid, aku rasakan frekuensi yang nyaman, getaran – getaran yang begitu positif. Namun urusan dunia memaksa aku mempercepatkan langkah ku meninggalkan rumah Allah. Ya, hanya seminggu sekali aku mengunjungi masjid. Untuk solat jumaat. Amat menyedihkan, hati aku merengek bak anak kecil yang butuh belaian kasih seorang ibu. Hati ku juga perlukan belaian. Hati ku perlukan CINTA. Mencintai dan dicintai. Itulah fitrah bergelar insan.

Hidup ini bagaikan suatu misi. Misi mencari cinta. Telah banyak aku temui cinta sepanjang perjalanan hidup yang setahun jagung ini. Saat kelahiran ku, aku dibesarkan dengan cinta suci yang tak berbelah bahagi. Ayah dan bonda. Itulah pengerang jantung hatiku. Hidup ku didedikasikan untuk meraikan cinta mereka berdua. Kerana cinta keduanya maka terwujudlah aku ke alam duniawi ini.

Aku belajar bercinta bermula saat aku melangkah ke sekolah. Cintakan insan istimewa yang bergelar guru. Ku rasakan cinta mereka begitu ikhlas. Cinta yang diibaratkan lilin membakar diri. Bekorban untuk menerangi hati ku yg masih belum di jamah cahaya ilmu. Terasa dada ini ditindih batu sebesar pemeluk, sebak mengenangkan pengorbanan para guru. Seperti menyusu kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan. Itulah pengorbanan guru-guru. Bekorban demi anak-anak yang tiada hubungan darah daging.

Kawan. Sahabat. Musuh. Saat itu aku masih terlalu mentah untuk membezakan antara ketiga-tiganya. Rumitnya bagai membezakan permata di dalam timbunan kaca. Lalu aku bercinta dengan semuanya. Namun cinta mereka terhadap ku beralas. Bersebab. Ada kalanya cintaku tak bersambut. Ada kalanya cintaku disalah ertikan. Dan ada waktunya aku dimusuhi kerana cinta ku. Dalam kekalutan cinta hipokrasi aku temui jua cinta yang kononnya sejati lagi suci.

Cinta terhadap pencinta yang bergelar kaum hawa. Hanyut, aku merasakan aku telah temui pelengkap misi hidupku. Aku serahkan jiwa dan raga. Aku korbankan segala-galanya. Namun ku rasakan cinta yang ku canangkan sejati lagi suci masih belum lengkap. Jiwa ku masih kosong. Masih merintih untuk dicintai. Akhirnya cinta yang aku tatangi terlerai tanpa sebarang kesudahan. Teringat kata Aiman dalam cinta terakhir;

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....


Segalanya ketentuan Tuhan. Aku pasrah dengan takdir. Akhirnya aku sedari cinta yang aku cari-cari ada pada yang Maha Penentu. Sungguh naïf! Cinta yang aku cari selama ini telah ujud dalam hatiku. Cuma seringkali aku abaikan. Seringkali aku butakan. Aku tertunduk malu. Malu pada diri sendiri.

Sedari kecil aku diajar bersolat. Di rotan apabila melalaikannya.Aku diajar berpuasa. Dihukum apabila meninggalkannya.Dipaksa ke kelas mengaji kitab Furqan yang akhirnya menjadi sebahagian dari hidupku. Namun mereka gagal menjelaskan kenapa aku perlu melakukan semua itu. Wajib? Perintah Nya? Melopong. Aku masih terlalu mentah untuk menghadam semua dalil-dalil yang diajukan. Justeru aku akur tanpa soal bicara.

Setiap hari aku dimomokkan dengan azab neraka. Kedahsyatan siksaan neraka jahanam. Balasan-balasan Allah terhadap orang-orang yang berdosa. Taat.aku perlu taat segala perintah Nya. Taqwa. Aku perlu bertaqwa kepada Nya. Hasilnya segala ibadah yang aku lakukan hanyalah kerana takutkan neraka. Mahu kan balasan syurga. Bukan kerana cinta.Tidakkah itu tak ikhlas namanya? Aku bingung.

Aku dihukum dengan dosa-dosa lampau ku. Aku didenda apabila tersilap langkah. Bukankah fitrah manusia itu belajar dari kesilapan? Keampunanan. Kemaafan. Suatu konsep yang sangat asing dalam masyarakat kita. Lebih gemar menghukum. Lebih gemar mengkafirkan dan menerakajahannamkan orang-orang yang tersilap langkah tersalah percaturan.

Cuma yang aku cari hanyalah cinta. Cinta kudus dan hakiki. Cinta yang tak pernah kunjung kecewa. Cinta yang manis dan memaniskan. Itulah cinta ILAHI. Cinta rabbi. Kenapakah semenjak kecil aku tidak di ajar bercinta dengan pencipta ku? Sehingga aku terkial kial mencari cinta selain dari cinta rabbi. Kenapa sedari kecil aku tidak diajar menyayangi yang Maha Penyayang? Kenapa semenjak lahir aku diajar takut dengan yang Maha Pengasih? Syurga? Neraka? Itu bukan hak aku untuk meminta-minta Ya Rabb. Kurniakanlah cintaMu padaku. Semoga aku bisa mencintaiMU lebih dari aku cintakan bidari-bidari MU. Lebih dari aku cintakan syurga Mu.Amin ya rabbal ‘alamin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails