Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Wednesday, April 7

Memujuk Hati

Dah lumrah alam, mesti ada ribut, dan mesti ada hujannya. Tak selalu langit itu cerah. Dan tak selalu malam itu berbintang. Seperti itu jualah kehidupan. Kita terkadang cemburu melihat kehidupan orang lain. Alangkah bahagia kalau…Alangkah gembiranya jika…

Namun percayalah. Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Semua orang ada cabaran dan dugaan tersendiri. Cuma ia pasti berbeza-beza mengikut kemampuan kita. Kalau orang-orang yang kuat dan tabah hatinya, tentulah dugaan dan cabaran merek lebih besar dan berat. Selamilah kisah para anbiya’. Bayangkan kalau kita, sebagai insan biasa diuji sebegitu rupa. Nescaya tak tertanggung rasanya.

Ramai yang menganggap konflik yang berlaku dalam hidup mereka adalah masalah. Jadilah mereka manusia yang bermasalah. Dan ada sekumpul kecil yang menganggap konflik yang berlaku dalam hidup mereka adalah cabaran. Maka jadilah mereka manusia yang penuh dengan cabaran.

Aku juga tidak terlepas dari dugaan dan cabaran itu. Tetap bersyukur kerana masih ada cabaran dan masalah yang perlu diselesaikan. Lantas memberi pengisian dan pengertian dalam hidup aku. Ya Rabb, tabahkanlah hati ini.

Aku serahkan segala-galanya pada Mu Ya Rahman. Soal hidup ajalku, dan jodoh rezekiku. Aku terima seada adanya. Kerana aku tahu Kau lebih mengerti apa yang tersirat di sebalik cermin hati dan kanta mata ini.

Tidaklah pula aku mengalah dan berputus asa. Aku punya impian dan cita-cita. Andai patah sayap rajawali pun bertongkat jua kan ku kejar impian dan cita-citaku…

“Hati, tabahlah. Agar kaki ini bisa gagah melangkah. Hati, tenanglah. Agar akal ini sentiasa waras. Hati, berhati-hatilah. Agar langkah tidak terpelecok diperjalanan”.

Friday, February 26

Hari kelahiran Yang Terpilih


Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah…


Hari ni adalah hari kelahiran insan yang paling agung merangkap kekasih Allah, Muhammad Ya Rasolullah ( s.a.w ).


Hari ini juga secara kebetulan adalah hari kelahiran insan yang hina merangkap hamba Allah, Muhammad Takiyuddin Abdul Ghani.


Ramai teman-teman yang wish. Terima kasih banyak-banyak kepada semua. Tapi secara jujurnya bila umur semakin jauh meniti usia dewasa ni, keghairahan untuk menyambut birthday ni dah semakin terhakis. Sekarang ni bila tiba saja hari lahir, dah tak fikir mana nak celebrate, hadiah apa yang akan dapat. Cuma terfikir, usia semakin meningkat, apa yang telah dicapai sepanjang kewujudan aku di alam dunia ini. Menilai pencapaian diri sendiri, muhasabah diri.


Terasa diri sangat kerdil jika dibandingkan dengan Rasoolullah ( s.a.w ). Terasa hari kelahiran aku dimuka bumi ini tak layak pon disambut atau diperbesarkan jika dibanding dengan hari kelahiran baginda.


Aku bukannya siapa-siapa. Hanyalah seorang hamba yang masih mencari erti kehidupan dan erti kewujudannya di dunia ini.


Juga kadang-kadang terfikir kenapa meraikan hari lahir ya? Siapa yang mulakan budaya ini. Yang pastinya Rasoolullah tak pernah mengajar ummatnya menyambut hari kelahiran. Mungkin Yahudi Laknat yang memulakan budaya ini? Wallahu’alam.


Kenapa juga perlu berarak ke sana ke mari membawa sepanduk besar gajah, selawat macam nak pecah anak tekak? Kononnya nak tunjukkan sayang kepada Rasoolullah ( s.a.w ). Walhal, sunnahnya, hadithnya dan ajarannya dah lama dipinggirkan. Dah lama ditinggalkan. Dah lama dipersendakan. Siapa juga yang memulakan budaya ini ya? Yahudi laknat juga kah? Wallahu’alam.


Selamat Hari Lahir Ya Rasoolullah ( s.a.w ). Aku bukanlah antara ummat mu yang soleh atau terbaik. Namun hati ini sentiasa tegar untuk menegakkan sunnah dan ajaranmu. Semoga aku diberi kekuatan dan petunjuk.Semoga kita dipertemukan jua suatu saat nanti, Ya Muhammad Khairu Khalkillah.

Tuesday, February 9

Menuju Puncak


Maha Suci Allah menciptakan setiap makhluk di alam semesta ni berpasang-pasangan. Tidak seperti sifat Yang Maha Pencipta, setiap makhluk yang wujud tidak mampu berdiri dengan sendirinya. Ia perlukan sokongan dan bantuan makhluk yang lain.


Contoh yang paling mudah difahami akal ialah hubungan istimewa bulan dan bintang. Sebagaimana bulan memerlukan matahari untuk menyinari malam supaya kita tidak bergelita, begitulah jua matahari memerlukan bulan supaya tugasnya untuk memberi cahaya kepada penduduk bumi dapat diteruskan tatkala malam menjelma.


Seperti itulah jua manusia. Saling memerlukan antara satu sama lain. Tiada manusia yang mampu hidup secara sendirian dalam dunia ini. Itulah hakikatnya. Itulah fitrahnya. Namun kadang-kadang aku terfikir betapa kita ini sering kali lupa terhadap tanggungjawab kita untuk berbakti dan memberi kepada manusia yang lain. Kita hidup bermasyarakat. Kita hidup dalam satu sosiobudaya dan sistem yang sama. Tapi kita tidak bersatu hati dan berfungsi sepertimana sepatutnya.


Semua manusia impikan kejayaan dalam hidup. Tidak kiralah dalam apa jua lapangan. Semua mahu berada puncak kejayaan. Lantaran itu dalam pendakian tangga-tangga kejayaan, kita memijak kepala manusia lain untuk sampai ke puncak kejayaan. Kita tolak, kita tarik dan kita jatuhkan insan-insan yang mendaki bersama kita. Dengan satu harapan, supaya kita sampai ke puncak kejayaan dengan cepat. Itulah kononnya persaingan.


Terkadang kita terlupa hidup ini adalah putaran roda. What you give, you get back. Jika kita sampai ke puncak kejayaan dengan memijak kepala orang lain, dengan menjatuhkan orang lain, maka kita tidak akan lama berada di puncak. Percayalah, suatu hari nanti akan tiba waktu yang mana orang lain akan memijak kepala kita dan menjatuhkan kita sebagaimana yang kita lakukan untuk mengecapi kenikmatan berada dipuncak...


Sedarkah anda sebenarnya kejayaan anda diukur dengan kejayaan orang-orang di kiri dan kanan jua didepan dan dibelakang anda. Kejayaan seorang ibu atau ayah mendidik zuriat mereka diukur dengan sejauhmana anak-anaknya berjaya dalam hidup. Kejayaan seorang guru mengajar pelajar-pelajarnya diukur dengan sehebat mana keputusan peperiksaan pelajar-pelajarnya. Kejayaan seorang boss diukur dengan kejayaan dan prestasi kerja anak-anak buahnya.


Makna kata, tolong orang untuk berjaya dahulu baru kita akan berjaya. Tapi ramai jugak yang tak paham konsep ni. Atau buat-buat tak paham. Itulah namanya jual ikan (selfish). Hidup untuk diri sendiri, nak senang sorang diri,nak kaya sorang diri. Tapi bila susah baru terhegeh-hegeh cari teman, cari sahabat, cari komuniti. Baru terpekik terlolong mintak tolong. Bangang punya orang.


Dah tu apa konklusinya? Bermula pada saat ini, tolong la orang untuk berjaya. Tolong la orang-orang susah. Tolong la orang-orang yang memerlukan. Macam mana nak tolong?. Tolong dengan wang, air liur (nasihat), bagi pinjam telinga (mendengar), kudrat, dan sebagainya. Ikut kemampuan kita. Semoga dengan pertolongan kita itu, Allah akan balas dengan pertolongan Nya. Amin…


P/s: berhati-hati jugak kalau nak tolong orang ni. Orang sekarang ni suke menangguk di air keruh. Jangan tolong orang sampai diri kita merana. Tips mudah, tolong orang yang mahu tolong diri sendiri.

Tuesday, January 5

RINDUku pada teman-teman


“What is a friend? A single soul dwelling in two bodies”
-Aristotle-

Sungguh indah pengertian kawan yang keluar dari benak Aristotle. Beliau meletakkan kawan itu pada suatu tempat yang sangat mulia disisinya. And from that beautiful quote, we can derive a simple understanding about friend.

“Friend is a single soul. Dwelling in separate bodies.”

Apa maksudnya? Kawan itu berkongsi soul @ roh yang sama didalam jasad yang berbeza. Apabila roh itu sakit, jasad-jasad itu semua akan turut merasai kesakitannya. Apabila roh itu sedih, jasad-jasad itu semua akan turut merasai kesedihannya. Dan apabila roh itu gembira, maka jasad-jasad itu semua akan turut bergembira bersama-sama.

Berdasarkan pengertian kawan di atas, berapa ramaikah antara anda semua yang mempunyai kawan sepertimana yang disebut Aristotle? Ada bukan? Namun bilangannya sangatlah sedikit. Mampu dibilang dengan jari. Bila direnungi, mungkin ada yang akan berkata, “Andai itu pengertian kawan, lantas tiadalah aku seorang pun daripadanya.” Sedih.

Dalam bahasa Melayu, kawan itu boleh disamaertikan dengan teman, sahabat, kenalan, dan saing. Namun pengertian setiap darinya berbeda-beda. Umum setuju sahabatlah yang paling mulia dan dekat dihati kite.

Begitu juga dalam bahasa Inggeris. Besides friend, there is soul mate, best friend, buddy and the latest urban term is BFF. Best Friend Forever. Of course all the terms mentioned has a different meaning.

Lantaran itu, kenapa perlunya kita berkawan? Entahlah. Bukankah manusia itu penuh dengan iri hati, hasad dengki, dan tipu muslihat? Aren’t we all very selfish? We just care about our self more than we care about others. Ada yang berkawan dengan pelbagai tujuan dan kepentingan. Sebab itulah kita cuba membezakan kenalan-kenalan kita. Ada housemate, classmate, subordinate, colleagues, and etc. Kerana apa? Kerana belum tentu semua ikhlas berkawan dengan kita.

Ketidakikhlasan ini akan mewujudkan kawan yang hipokrit. Kawan yang tikam belakang. Kawan yang musuh dalam selimut. Kawan yang makan kawan. But on the surface, we cannot differentiate any of them among our friends. We will learn about their existence when they show their true colors. Renungi sepotong ayat ini:

(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

Sehingga hari ini, pelbagai kawan telah aku jumpai. Just name it. Namun aku masih terus mencari kawan yang disebut-sebut Aristotle. Sudah ku temui yang persis dan iras-iras nya. Belum puas mencari. Akan ku teruskan. Lantas, sahabat seperti mana yang kau idam-idamkan? Sahabat sejati. Yang bagaimanakah sahabat sejati?

Yang apabila kenyangnya dia tertanya-tanya, apakah aku turut kenyang sepertinya. Lalu mengajak ku untuk merasai nikmat kenyang bersama-sama.

Yang apabila laparnya, dia berdoa agar aku tidak lapar bersama-samanya. Lalu dia menyembunyikan kelaparan itu demi untuk tidak melihat aku bersedih kerananya.

Yang apabila dia bergembira, dia datang berlari-lari ke arah ku. Lalu dia memeluk dan mencium pipi ku supaya aku turut gembira bersama-samanya.

Yang apabila sedihnya, dia datang untuk menangis di bahuku. Lalu dia menahan tangisannya kerana tidak mahu melihat aku teresak-esak bersamanya.

Yang apabila sihatnya, dia tak jemu menziarahi aku. Lalu pantas menziarahi aku dirumah kerana bimbang aku menziarahinya terlebih dahulu.

Yang apabila sakitnya, dia mendoakan ku agar sihat sejahtera. Lalu disembunyikan kesakitannya kerana tidak mahu melihat aku bersugul.

Indah bukan jika punyai sahabat seperti itu. Cukuplah jika ada seorang seperti itu. Nescayalah kita akan bahagia dalam segala sengasara. Tenang dalam segala kekalutan. Gembira dalam setiap kesedihan. Realitinya tidak begitu indah. Kawan ketawa senang dicari. Apabila menangis seorang diri.

Seseorang pernah berkata, andai engkau marah apabila sahabatmu mengambil duit kamu secara sembunyi-sembunyi, maka kamu bukanlah sahabat buatnya. Sepatutnya kamu bertanya pada dia, cukupkah duit yang kau ambil tadi?

Andai engkau mengamuk apabila sahabatmu memakai kasut kesayanganmu tanpa kebenaran, maka kamu bukanlah sahabat buatnya. Sepatutnya kamu bertanya, kamu sukakah kasut itu? Jika suka, pakailah. Renungilah secebis nukilan ini. Buat pedoman kita dalam mencari seorang insan bergelar sahabat sejati.

And maybe someone will say that he searched heaven and earth but never he find a friend who wanted to share his soul with them. Yeah. That’s true. A friend which described by Aristotle is no where to be found. So I stopped searching. And eventually, I come to realize.

You cannot search for a TRUE FRIEND. You have to be a TRUE FRIEND. So others can found you. And make you as their TRUE FRIEND.

*rindukan teman-teman yang bertebaran dipelusuk dunia. Semoga kalian bahagia selalu. Amin.

Wednesday, October 28

Nurkasih dan Poligami


Rupenye senang nk memiliki satu blog nih.Tp yg payohnye bile nk update!Sehari hanye ade 24jam.Kesimpulannye gua xsempat nk menaip eventhough there's a bundle of idea waiting to be tranformed into new entry.Idea nak menulis ni datang xtentu.Paling byk ms dlm tandas..nguahaha.N ms otw g keje o blk keje hatta nek moto atau nek kete..(aku penah compose lagu otw dari s alam ke bangi nek moto.btol beb.)

Antum semua mesti penah tgk atau dgr pasal drama hangat di TV3 suku,NURKASIH. Im one the greatest fan of khabir bathia.Really admire his art of camera work!He can make a plain n boring scene into something that u can call a PURE BEAUTY.Thats genius dude!Mule2 tgk cite ni mcm agak tertanye2 ape message yg hendak disampaikan si Mira Mustaffa (cerita asal).Pasal kawen pakse ker?Getus hati kecil ku yg bercita2 besar.Hmmm..Tp tgk pada trend perjalanan cite yg terkini dh jadi macam anti poligami pon ade.Maknenye tak de la Islamic mane cite ni.Si Aidil siap join Datin buat yayasan isteri2 yg teraniaya oleh poligami.And nampak sgt xsuke bile Adam decide xnak ceraikan Kathira.Kenape aku ckp xIslamic?Sebab islam menghalalkan poligami.Tp xpula mengharamkn monogami.

Tp sekrg ni nampaknye dah semakin ramai muslim yg menentang poligami.Katenye xadil la..Mane bleh berkongsi kasih..Berkongsi suami.Kenape ek??Mungkin sbb kite selalu dengar2 cite n tgk kt drama tv yg poligami ni mengundang pelbagai masalah dan bleh membawa kepada keruntuhan institusi keluarga kot.Jarang plak nk dgr org bercerita ttg rumah tngga poligami yg hidup bahagia aman damai.Apetah lg pengarah2 nk adaptasikan jd sinetron.Kenapa ye?

Lebih kurang 1000 thn dulu apabila Rasulullah menerima wahyu yg mengatakan lelaki muslim boleh mengahwini perempuan samada 1,2,3 atau 4 org,para sahabat yg mendengar sabda baginda tertawa kerana pada zaman itu nak kawen sorg pon susah!Pada zaman itu lelaki lebih ramai drpd wanita.Rasulullah bersabda lagi bahawa apabila tiba akhir zaman,wanita akan lebih ramai drpd lelaki.Dan itu yg berlaku sekrg.Nah,bukankah baginda mengemukakan suatu penyelesaian?Secara logik matematiknye,bile laki lagi ramai pada wanita,dan if sume wanita itu bercite2 nk kawen,xcukup sorg satu!Kene share!(ni mesti aktivis hak asasi wanita marah kt aku ni.haha)

Tp kenapa sekrg bile sebut psl poligami,sokmo dikaitkan dgn hal2 yg negatif?Sejak bile ummat islam especially di msia ni menolak poligami sebagai salah satu penyelesaian kepada permasalahan ramai wanita2 di msia ni andartu and ramai yg membujang sampai menopaus?Dan sekrg ni secara globalnye boleh dikatakan majoriti muslim moden menolak poligami sebagai cara hidup.So,aku bleh rumuskan antara sebab2 kenapa poligami ditolak ialah:

1)Ramai pengamal poligami ni cetek ilmu duniawi dan ukharawi.So rumah tngga diorg tinggal tangga jer.Rumah dah xde.
2)Kurang penghayatan ajaran Islam yg sebenar dikalangan masyarakat.
3)Berfikiran jumud dan taklid.
4)Gerakan aktivis wanita yg menuntut kesamarataan gender.
5)Perubahan ekonomi yg mane wanita turut memain peranan dlm menjana pendapatan.
6)Pendidikan sekular hingga ke tahap pengajian tinggi.

Ni dari segi pengamatan aku la.Aku ni bknye btol sgt pon.Aku malas nk eloborate point di atas.Just nk mengajak sahabat2 semua berfikir.hehe.Dan tahu tak anda?Di eropah dan barat sistem monogami diperkenalkan utk mengimbangi sistem poligami yg dianjurkan oleh Islam.Hak asasi wanita diperkenalka.Kesamarataan jantina pon muncul.Gerakan ini dipelopori oleh para aktivis berbangsa yahudi(Laknatullah!!)!Dan gerakan ini begitu berjaya dengan propanda mereka diseluruh dunia.Lihat barat hari ini,mereka tidak boleh berkahwin lebih drpd 1 tapi bebas utk menjalinkan hubungan dgn mane2 wanita.Xkesah la ko nk tdo ngan bape org awek pon janji bini ko sorg!Implikasinye?Perpecahan keluarga lebih terok.Anak xtahu zuriat sape.Penceraian dah jadi perkara normal dan fenomena single mother menjadi barah sosial.Keruntuhan moral dan akhlak sampai tahap lebih hina dari keldai.

Walaupon di msia xsampai tahap tu.Tp gerakan itu telah berjaya mensekularkan minda umat islam sekrg.Agree or against?Suke ati korg la.Di msia ni pon dh ade kes2 yg mane si isteri xbenarkan suami berpoligami tp membenarkan menyimpan perempuan simpanan!Terkejut?U shouldnt be.Coz dats where we are heading to.So what should we do?Bak kate nabil..Lu pikiaq la sendiri.hehe.

Konklusinye,jika anda xsuke poligami,jangan la menentang sampai mempersoalkan kenapa lelaki boleh kawin lebih sedangkan wanita xbleh?Aku pon xtau jawapan die.Wallahualam.Tp yg pasti itu adalah hak si suami.Si isteri xleh masuk campur pon.Hanya dari segi ethically kene dapat kebenaran isteri.Secara hukumnye?Tak payah dapat kebenaran mahupon tandatangan.Hak tetap menjadi hak.Samelah seperti hak isteri untuk nafkah zahir dan batin.Begitu juga dengan mahar.Kalau suatu hari nanti suami persoalkan nape kene bagi isteri duit blanje?Die kan dh keje.Gaji lagi besar pada saya.Mesti si isteri menjawab, dah hukum suami bg nafkah kt isteri,jadi sy berhaklah mintak.Tahu pon hukum..hehe..Sekian!


*korg sti cakap,Taki ni ade cita2 nk berpoligami ni.Yela aku ngaku!!LOL..

Friday, October 23

Awang Nano dan legasi penjajahan..

“Nape awang nano?Tak komersial la..”Tanye seorang teman sepermainanku.Kenapa aku pilih awang nano sebagai html blog ni?Kenapa tak name2 yg canggih manggih ala2 omputih mahupon klasik ala Islamic?Jadi sini ana(?) nak share and since she asked..hehe.You asked for it, you got it!heh.Mule2 macam nak letak name omputih..Tapi cam terasa agak malu terhadap diri sendiri kerana terlalu mengaplikasikan bahasa penjajah sialan ni dalam kehidupan seharian.(Hapuskan PPSMI!!).Sampai nk cakap “Telefon bimbit u rosak ker?” terasa amatlah awkward (bahasa omputih lagi!!).So, aku pon decide nak letak name yg kemelayuan.At first nak letak yg ala klasik moden..tp tak terpikir dek kepala otak aku yang selalu sgt mengagungkan bahasa inggeris nih!

Dalam terkial2 mencari ilham,aku teringat penulis buku Growing in Terengganu.Name penanye Awang Goneng.(This book is mesmerizing!sape2 yang xpenah tahu cara hidup anak2 kg di terengganu direkemenkan bace.And ank2 terengganu yg membesar di kg mcm gua, akan tersenyum sendirian mengimbau kenangan zaman2 belom mumayyiz).Tringat name panggilan ku mase kanak2 yg diberi oleh arwah atok@tokki.Beliau pernah berkata “Mu ni memang nano lah.Base awang nano!”.Awang nano ni maksudnye budak nakal dalam erti kate nakal bukanlah jahat (pandai cover haha).So I decided to name it Awang Nano..

Thursday, October 22

Finally after all this years...

Alhamdulillah..akhirnye.Aku memiliki sebuah medium untuk merakamkan perjalanan hidup ni.After all this years, this is one of the historical moment for me as i finally decided to start my own blog(asyik duk bace org punye je..keh2).Dulu ms kecik2 slalu tgk ayoh tulis diary.Ayoh kate nanti die xdop, leh la bace.Aku terkesima.Belom mampu untuk aku pahami bibit tuturan beliau.Dari situ la aku terinspirasi untuk menulis diary@jurnal@catatan peribadi etc..(dulu ade membe gua sebut etc,eteces ms present!hahahaaha).Aku pon stat la tulis dalam buku latihan bergaris.Pastu lame2 cam boring je hahaha.Stop kt situ.

Kenape baru skrg?Good question.And the answer is..BILE LAGI?hehe.Actually mase tgh jage ayoh sakit ramadhan aritu, aku terbaca ayoh punye diary.(gua selongkar gobok@almari die).Diary tu dah lame.Berhabuk..1998.Itu yg tertulis besor bapok kt kulit luor.Mase tu aku darjoh enam.Tiade ape yg menarik.Gaye penulisan ayahanda agak borink untuk di baca..(sori dad.ehe).Belek punye belek,aku terhenti di satu page..tarikh die aku xingat.Tp yg pasti ari tu result UPSR tubek.Tercatat 1 perenggan yg berbunyi..(lebih kurang la)

Keputusan UPSR diumumkan.Adin dapat keputusan cemerlang.5A.Bersyukur kerana
adin berjaya dalam ujian.Rasa seperti mahu diberitahu seluruh negeri akan kegembiraan ini.
Harap Adin akan jadi anak yg pintar dan soleh.

Aku kaget..tergamam..pada hari tu seingat aku bile aku ckap kat die aku dapat 5A,tau die ckap ape.With cold and heartless voice,he said "mu niru sape mase perekse?".Translation."awak meniru siapa semasa ujian?".Can you imagine that?From what he wrote, he' didnt mean to say it that way.But he did!And after 11 years, i finally know that he's actually proud of me!I wish i could know it earlier!So I wont take him for granted!Ampunkan anakmu ini..Penuh dengan dosa dan kesilapan..

Moral value.Hargailah ibu bapa kamu..berbakti lah selagi ade hayat..Ayoh..adin sayang ayoh..Ungkapan itu xpernah aku ungkapkan kpdnye...Insyaallah.Akan aku ucapkan penuh keyakinan di hadapan beliau suatu hari nanti!(ye ker?)...hehehehe...sign off.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails