Semalam aku berkesempatan untuk menonton Aduan Rakyat kat TV3 suku. Ini adalah kali pertama aku tengok program ni. Anak sedara aku ni, Aiman suka gile tengok program ni kerana menurut beliau, beliau sangat meminati Karam Sigh Walia.
Macam-macam isu diutarakan yang berkenaan dengan masyarakat. Terfikir sejenak. Rupanya-rupanya terlalu banyak permasalahan yang rakyat hadapi. Dari longkang tersumbat, kes curi pasir, hinggalah kebanjiran rakyat asing. Sedarlah aku bahawa kerajaan kita selama ini sedang duduk mengorek hidung dalam pejabat.
Tak pernah peduli permasalahan rakyat, turun padang pun malas, apatah lagi nak menyelesaikan permasalahan yang timbul. Makan gaji buta! Inilah masalah hamba kerajaan (government servant), third world minded. Kenapa mereka jadi third world minded, kerana ketua-ketua kerajaan pun berminda kelas ketiga.
Nak tunggu masuk TV, baru nak kalut. Baru terhegeh-hegeh. Macam pondan. Tak kesahlah kerajaan PR ke BN ke, lebih kurang sama jer. Namun yang lagi teruk, yang bermegah-megah dengan track record memerintah Negara selama 52 tahun. Kejadahnya.
Kalau kerajaan itu prihatin dan mendengar, hari ini program Aduan Rakyat tak akan lahir. Kalau YB semua tak sibuk berpolitik dan bertekak dalam parlimen, rakyat tak akan mengadu pada media.
Mananya rakyat didahulukan? Pencapaian diutamakan? 1 Malaysia? 1 Israel?
Persetankan itu semua, rakyat nak permasalahan mereka didengar, dan diselesaikan. Rakyat nak taraf hidup mereka meningkat, bukan pendapatan kerajaan yang meningkat! Rakyat nak bebanan hidup mereka dikurangkan, bukan bebanan kerajaan menanggung subsidi dikurangkan!
Menurut laporan Malaysiakini model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno yang disabitkan dengan kesalahan meminum arak ditempat awam akan menjalani khidmat masyarakat selama tiga minggu.
Keputusan untuk tidak meneruskan hukuman sebat terhadap Kartika dibuat setelah beliau pergi mengadap Sultan Pahang.
Implikasinya mudah. Ummat Islam yang meneguk arak ditempat awam selepas ini akan dikenakan hukuman khidmat masyarakat. Cukup tidak menggerunkan peminum-peminum arak di kalangan Melayu Islam.
Secara peribadinya, aku sangat berharap hukuman sebat akan dilaksanakan kepada Karitika supaya message meminum arak adalah haram di sisi Islam dan menjadi kesalahan menurut undang-undang syariah sampai kepada ummat Melayu Islam di Malaysia ini. Daripada hukuman sebat itulah ummat Melayu Islam akan sedar yang Mahkamah Syriah masih wujud dicelah-celah undang-undang sekular yag lain.
Tidak dapat dinafikan, kita adalah Negara secular yang menuju kea rah liberalisasi. Hukuman sebat ke atas Kartika pada masa dan ketika ini mungkin tidak sesuai kerana keadaan ummat Islam yang masih jahil dan secular. Andai hudud dikuatkuasakan pun, hukuman masih belum boleh dilaksanakan berdasarkan keadaan masyarakat kita sekarang.
Teringat sebuah kisah pada zaman Rasulullah. Selepas Madinah dibuka dan hudud dilaksanakan, ada seorang wanita pergi mengadap baginda. Wanita tersebut telah berkahwin dan mengaku telah melakukan zina. Wanita tersebut meminta dirinya dihukum. Baginda bertanya adakah dia mempunyai anak, maka wanita itu mengiyakannya. Baginda kemudian menyuruhnya pulang. Selang beberapa hari wanita tersebut datang lagi dan meminta perkara yang sama. Rasulullah menyuruhnya pulang sekali lagi. Kali yang tiga wanita tersebut datang lagi dan minta dihukum, Rasulullah berkata, “Pulanglah kepada anak-anak kamu. Didik serta ajarlah mereka supaya tidak menjadi penzina seperti kamu. Sesungguhnya itulah hukuman bagi kamu”.
Mungkin juga ada betul tindakan Sultan Pahang sekadar mahu memberi pengajaran kepada Kartika. Bayangkan tekanan yang dihadapi oleh pimpinan kerajaan jikalau hukuman sebat dilaksankan. Kita akan menyampaikan message kepada dunia bahawa kita adalah Negara Islam yang menjunjung undang-undang Islam.
Sudah tentulah pemodal-pemodal Yahudi akan memberi tekanan kepada pimpinan negara kita yang sememangnya tidak ada pendirian dan perjuangan.
Menurut statistik JPN, seramai 17 000 bayi luar nikah didaftarkan pada tahun 2009. secara puratanya seramai 46 orang bayi luar nikah lahir pada setiap hari pada tahun lepas.
Dan akhir-akhir ini kalut seluruh Negara apabila media melaporkan beberapa kes buang bayi sedang berlaku disekeliling kita. Sebenarnya kalau kita perhatikan setiap tahun akan ada ‘musim’ membuang bayi secara beramai-ramai.
Kebanyakkan kes berlaku sekitar bulan Februari dan March 2010. Janin berada dalam kandungan ibu selama 9 bulan sebelum lahir sebagai bayi. Maka jika kita imbas kembali beberapa bulan ke belakang sebelum bayi ini lahir dan dibuang, kita boleh anggarkan bahawa bayi-bayi ini ‘tercipta’ pada awal Januari 2009 atau akhir Disember 2008. Ini adalah pemerhatian dan hipothesis yang tiada sokongan dari sebarang fakta mahupun kajian ilmiah.
Senang cerita la, ibu bapa mereka telah melakukan hubungan seks tanpa kontrasepsi antara bulan Disember 2008 dan Januari 2009. Apa yang berlaku antara waktu ini? Sambutan tahun baru dan sambutan Krismas. Anak muda biasanya akan mengambil kesempatan ini untuk berseronok dan berhibur dengan pasangan masing-masing. Dan biasanya aktiviti ini akan berakhir dengan hubungan seks di mana-mana jua ceruk yang dirasakan boleh dan ‘line-clear’. Namun anak yang terhasil tidak dapat dibuktikan dengan tepat adalah hasil daripada waktu itu. Mungkin pada malam ambang tahun baru itulah mereka pertama kali melakukan hubungan seks yang membawa kepada hubungan seks yang lebih kerap dan menyebabkan persenyawaan berlaku.
Maka natijahnya, berlaku kekalutan sepertimana hari ini.
Buang bayi secara professional.
Pembuangan bayi secara professional adalah dengan menggugurkannya. Golongan ini biasanya golongan yang berpendidikan dan ada ongkos (duit). Khidmat pengguguran bayi ini boleh didapati secara mudah di klinik atau rumah-rumah bidan tradisi. Sayangnya tiada data atau statistik yang merekodkan kadar pengguguran bayi di Malaysia.
Buang bayi secara bijaksana
Bayi dibuang secara sembunyi-sembunyi seperti menanam mereka di ladang getah atau kelapa sawit. Golongan ini biasanya kurang berduit tetapi bijak dalam menutup dosa-dosa mereka. Mungkin juga mungkin mendapat khidmat nasihat dari yang berpengalaman atau melalui pengalaman sendiri.
Buang bayi secara terdesak
Dilakukan oleh golongan yang berpendidikan rendah, tidak berduit, tidak berpengalaman dalam aktiviti membuang bayi, dan biasanya dari keluarga yang porak poranda. Biasanya dah terdesak dan tiada jalan keluar yang lain.
Yang biasa dilaporkan oleh media adalah pembuangan bayi secara terdesak. Dan kategori ini biasanya direkodkan. Pada tahun 2009 sebanyak 83 kes pembuangan bayi direkodkan. 79 kes buang bayi yang baru dilahirkan dan 4 kes buang janin.
Mana datangnya bayi-bayi ini?
Bayi yang dibuang biasanya adalah hasil daripada aktiviti seks luar nikah. Pada masa kini seks luar nikah seakan menjadi trend? Tak percaya. Googlekan di internet, berlambak-lambak video seks Melayu yang majortinya adalah bukan suami isteri. Dan percayalah bayi-bayi yang dibuang ini adalah majoritinya hasil dari persetubuhan anak-anak remaja yang berumur belasan tahun yang masih mentah dan tiada arah tujuan hidup.
Golongan dewasa juga biasa dengan aktiviti seks luar nikah. Namun mereka lebih matang dan berpengalaman dalam aktiviti ini. Ada yang mengambil penyelesaian dengan berkahwin, gugurkan janin, atau diberikan kepada keluarga angkat.
Kenapa aktiviti seks luar nikah semakin menjadi-jadi?
Pengaruh media dan tiada penghayatan agama. Jika dikupas dari sudut penghayatan agama, para ibu bapa tidak semestinya dipersalahkan. Ada yang mendapat didikan agama yang secukupnya namun masih tewas ditangan hawa nafsu. Umum tahu, yang bertudung litup atau berjilbab labuh itu belum tentu masih perawan jika dibandingkan dengan yang berambut blonde atau berseluar hot pant.
Medialah sebenarnya memainkan peranan utama dalam kekusutan ini. Sedari kanak-kanak, kita dihidang dengan pelbagai filem,drama, dan telemovie yang mempromosikan gaya hidup berseronok dan pergaulan bebas. Sejak dari era filem hitam putih lagi aktiviti berdating dipromosikan kepada kita. Maka itulah yang berlaku hari ini. Setiap yang mempunyai pasangan akan mencari ruang dan peluang untuk berdua-dua memadu asmara. Filem – filem barat pula mempromosikan gaya hidup anak muda yang suka berseronok dn berhibur. Adengan cium molot dah menjadi adengan wajib bagi pasangan kekasih, yang akan berakhir diranjang. Biasanya dipotong LPF. Tapi message yang mengatakan adengan ini berakhir dengan hubungan seks telah berjaya diterima oleh otak kita.
Kalau dilihat, pada iklan pada media mahupon billboard masakini. Bentuk badan wanita yang menggiurkan biasanya dimanipulasikan media. Tak kiralah apa produk, mesti ada wanita cantik berpakaian seksi. Kadang-kadang tak ada kaitan langsung dengan produk! Suis – suis nafsu ini selalu dipetik dan internetlah akan menjadi sumber untuk mencari “maklumat” yang lebih lanjut (pornografiti).
Iklan haruman untuk lelaki yang memanipulasikan tubuh wanita
Iklan seluar yang menyampaikan message seks
Maka kalau hari ini anak-anak muda dikutuk, dihina, dan dicerca kerana keruntuhan moral dan akhlak mereka. Seharusnya medialah yang patut persalahkan dan diheret ke muka pengadilan!
*aku dapat rasakan trend buang bayi ini akan kembali hangat penghujung tahun ini kerana anak-anak luar nikah natijah malam merdeka 2009 bakal lahir.
p/s: aku tersalah fakta.Ibu mengandung bayi selama 9 bulan bukan 12 bulan!Thanx to saudara azo kerana perasan.maafkan hamba ya. =)