Saturday, March 6

Media Pembodohan

Media (atau media penyiaran) merupakan sejenis cara komunikasi yang membolehkan maklumat disebarkan kepada masyarakat, melalui radio, televisyen, suratkhabar, majalah, filem, dan juga internet. Istilah ini telah dicipta pada tahun 1920-an ketika rangkaian radio serta jaringan suratkhabar dan majalah mula boleh didapati dengan mudah di merata tempat.


Itulah definisi media menurut wikipedia bahasa melayu. Asal silah penciptaan media adalah untuk membolehkan maklumat disebarkan kepada rakyat. Media memainkan peranan yang sangat penting pada zaman pra kemerdekaan. Media menjadi medium penting untuk mengkomunikasikan idea dan informasi kepada umum.


Sedihnya mutakhir ini peranan media sebagai penyebar maklumat dan idea sudah semakin tenggelam. Media hari ini lebih berperanan sebagai medium hiburan. Buktinya? Cuba mengadap peti televisi dari pagi sampai malam, berapa peratus dari program tv yang menyebarkan maklumat dan idea kepada rakyat? Media hari ini juga lebih menonjol peranannya dalam mengiklankan produk dan servis para kapitalis.


Pendek kata, kalau tengok tv, bermakna kita sebenar sedang menonton drama iklan tajaan tokey-tokey besar. Bagi aku, peranan media hari ini tidak lebih sekadar agen pembodohan. Aku jarang menonton televisi. Lebih-lebih lagi pada waktu pagi. Pagi-pagi lagi kita telah dihidang dengan pelbagai berita tentang jenayah, kemalangan, bencana alam dan segala macam cerita negatif diseantero dunia. Maka pagi-pagi lagi kita dah rasa negetif dan ‘down’ apabila diberi gambaran bahawa dunia yang kita huni ini penuh dengan perkara yang negatif!


Aku tidak pernah faham kenapa media suka menyiarkan berita tentang jenayah, kemalangan, atau bencana alam. Adakah masyarakat hari suka mendengar cerita-cerita sebegini? Entahlah. Pada pandangan aku tak perlu kita ceritakan kisah keluarga nahas dalam kemalangan jalan raya ketika pulang berhari raya. Untuk apa? Untuk pengiktibaran? Adakah dengan menyiarkan cerita sebegini kemalangan jalan raya berkurang? Tidak.


Maka apa salahnya kita bawakan kisah anak-anak yang selamat pulang menemui ayah dan bonda di kampong. Sedap didengar. Enak ditonton.


Perasankah anda, apabila gejala mat rempit mendapat liputan meluas media, gelaja ini semaki menjadi jadi. Bertambah-tambah anak-anak muda yang nak merempit. Kenapa? Kerana anak-anak muda menganggap mat rempit itu ‘cool’. Dikejar polis trafik itu ‘cool’. Willy dan Wikang itu ‘cool’. Dan menggendong bohsia itu ‘cool’. Apatah lagi bila dipertontonkan di media tentang ke’cool’an mat rempit ini.


Andai kata tiada seorang pun yang nak ambik kisah tentang mat rempit ni. Tv pun tak buat liputan.Polis pun malas nak buat roadblock dan operasi. Anak-anak muda ini akan bosan dengan sendirinya. Bayangkan lumba haram tidak lagi haram. Maka tiadalah cabaran dan ke’cool’lan berlumba haram.


Perasankah anda bila ‘shuffle’ mendapat liputan meluas media, semua anak-anak muda sibuk terkinja-kinja. Kenapa? Sebab itulah trend yang paling ‘cool’ masakini. Sedarlah. Medialah punca segala kekusutan ini. Medialah punca keruntuhan akhlak dan moral anak-anak muda.


Medialah agen pembodohan terbesar. Media adalah senjata pembunuhan besar-besaran (weapon of mass destruction).Hari ini media tidak mahu masyarakat berfikir. Media mahu masyarakat berseronok dan berhibur. Media mahu ajak rakyat pergi konsert. Media mahu rakyat menangis teresak-esak tengok realiti tv. Media mahu rakyat tahu gossip dalam kelambu artis-artis seksi. Media mahu anak-anak muda mengidolakan selebriti dan artis.


Media mahu masyarakat angguk dan geleng bila baca suratkhabar. Media mahu kita melopong dan ternganga bila tengok berita perdana. Semua yang dibuat oleh kerajaan adalah betul. Semua yang dibuat oleh pembakang adalah salah. Siapa kamu nak menentukan siapa betul siapa salah? Siapa jahat siapa baik. Bukankah tugas media untuk menyebarkan maklumat, bukannya membuat keputusan bagi pihak rakyat. Biarlah rakyat yang menentukan siapa yang patut disokong dan didokong.


Konklusinya, jika tidak mahu jadi bodoh dan diperbodohkan, boikot saja media-media ini. Baca One Piece lagi logic dari baca Utusan Meloya atau Harian Metro. Tengok kangaru dalam Animal Planet lagi masuk akal dari tengok buletin utama atau warta perdana. So, kill your TV before it kill you!


p/s: kalau baca paper atau tengok berita, aku suka bahagian sukan je. Itu yang paling logik dan masuk akal!



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails