Friday, May 14

Piala Thomas


Sekarang ini musim piala Thomas. Di sana sini semua bercakap tentang piala Thomas. Tak kiralah yang mengutuk, mengkritik, menggossip, mahupun meramal sejauh mana skuad Malaysia mampu pergi dalam kejohanan paling berprestij dalam arena badminton ini.

Secara peribadi, saya tidaklah menaruh harapan yang tinggi buat skuad Malaysia untuk menjulang kembali piala Thomas. Bukan memandang rendah, tetapi hakikat kita masih tiada suatu skuad yang mantap daan seimbang. Hanya berharap pada Lee Chong Wei dan beregu Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong. Sudah, saya bukan hendak mengulas tentang piala Thomas ini.

Cuma ingin mengimbas kembali sewaktu masih anak-anak kecil. Kemanisan menjulang piala Thomas 1992 oleh skuad Malaysia dirasai oleh semua rakyat marhein. Pada masa itu, semua rakan-rakan sebaya ingin menjadi sehebat Rashid, Razif, dan Jailani. Maka demam badminton melarat lah ke seluruh pelusuk negara.

Di kampung saya, kalau siapa yang ajak main bola pada masa ini pasti tidak dilayan! Semua sibuk mengusung reket. Masa itu reket boleh dibeli kat kedai runcit. Harga pun dalam RM1.50 je. Reket kayu. Canggih sikit reket besi. Berat. Nak tercabut tangan bila nak smash macam Rashid Sidek. Bulu tangkis boleh beli satu-satu.Pukul sampai lebam. Bila bulu tangkis tu dah togel, baru beli baru. Murah je. 50 sen jer satu. Jenama cap ayam jantan.

Pantang ada kawasan lapang, kompem akan jadi gelanggang badminton. Line buat dengan tali rafia jer. Net? Jala atau pukat buruk. Janji ada.Siap ada liga lagi tu. Memang meriah. Tak kira lelaki ke perempuan ke, tua ke muda ke, semua akan berjangkit demam piala Thomas ni. Sangat seronok masa tu.

Tapi sejak zaman kejatuhan Malaysia dalam arena badminton ni, demam piala Thomas dah lama kebah. Mungkin budak-budak sekarang main badminton guna PS2 atau X-Box je kot. Zaman berubah. Dan manusia pun ikut sama berubah. Ikut arus perubahan la kononnya. Ikut kemodenan la kononnya.

Habis demam piala Thomas, demam World Cup plak. Haa...ni cite lain. Kita story bile World Cup dah mula nanti. Adios Amiga...!!

Untuk korang yang lupa atau belum lahir lagi. Ni tengok final Malaysia vs Indonesia.

Thursday, May 13

Hidup Adalah Perjuangan

Ramai yang menyangkakan hidup ini adalah suatu perlumbaan. Jadi semua orang berlumba-lumba untuk mengejar sesuatu. Kadang-kadang tidak mengerti apa yang dikejar, apa yang dicari-cari.

Berduyun-duyun lah manusia mahu menyertai perlumbaan ini. Mencuba sedaya upaya untuk berada di depan dan terus   mendahului manusia-manusia lain. Sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadu juara. Apakah dia perlumbaan ini?

Kenapa perlu berlumba-lumba mencari kekayaan? Kenapa perlu berlumba-lumba mengejar kesenangan? Kenapa perlu berlumba-lumba untuk mencari kemasyhuran? Sebenarnya, tiada siapa yang ingin berlumba dengan siapa. Kita berlumba bagai nak gila, namun garisan penamat tidaklah zahir dimana ia berada. Dan akhirnya kita kepenatan, rebah dipertengahan perlumbaan, dan menarik orang lain supaya rebah bersama kita.

Hidup ini bukan perlumbaan. Garisan penamat kita berbeza. Dan gelanggang kita juga tidak sama. Kudrat kita tidak sama. Kehebatan intelektual kita juga berbeda beda.

Hidup ini adalah suatu perjuangan. Perjuangan yang tidak akan selesai selagi masih belum tercabut roh dari jasad. Apa yang kau mahu perjuangkan?? Terpulang...Yang pasti sepanjang perjalanan hidup ini, kau harus perjuangkan sesuatu. Perjuangan yang boleh kau bawa sehingga ke nyawa-nyawa ikan.

Hari ini, bangkitlah dengan suatu perjuangan. Semoga hidup kau lebih bermakna. Lebih bererti. Dan lebih memberi manfaat.

kemenangan hari ini bukanlah berarti
kemenangan esok hari
kegagalan hari ini bukanlah berarti
kegagalan esok hari

hidup adalah perjuangan tanpa henti-henti
usah kau menangisi hari kemarin
ahha ...

tak ada yang jatuh dari langit
dengan cuma-cuma
semua usaha dan doa
kebenaran saat ini 
bukanlah berarti kebenaran saat nanti
kebenaran bukanlah kenyataan


hidup adalah perjuangan
bukanlah arah dan tujuan
hidup adalah perjalanan
hidup adalah perjuangan


DEWA - Hidup Adalah Perjuangan

Sunday, May 9

"Tembak maka Selesai"

Jangan Gerakk! Nanti kene tembak.

Harap-harap indeks jenayah di Malaysia selepas ini semakin menurun. Ya lah, polis mutakhir ini nampaknya mengambil pendekatan “tembak maka selesai”. Kerap kali kedengaran berita mengenai penjeyah mati ditembak polis.

Skripnya agak sama. Polis dapat kesan suspek, adengan kejar mengejar berlaku, polis tembak tayar untuk memberhentikan kereta suspek, suspek cuba menyerang polis dengan senjata tajam; parang, pisau, dsbgnya,polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

Penjayah mati ditembak dan kes-kes yang boleh dikaitkan dengan penjenyah tersebut dianggap selesai.  Masuk tv, semua tepuk tangan.

Tapi pernah tak terfikir, apa jenis penjenayah agaknya yang berani menyerang polis dengan mengguna senjata tajam setelah mengetahui polis mempunyai senjata “sepower” M16. Mungkin juga penjayah-penjenayah di Malaysia  terlalu rendah IQ mereka sehingga menyangkakan parang atau pedang samurai boleh melawan AK47 atau M16 polis.

Atau mungkin benar polis menggunakan pendekatan “tembak maka selesai”. Pendekatan ini lagi mudah dan pantas. Tak perlu nak soal siasat. Tak perlu nak tahan lokap. Juga boleh jimatkan ruang dalam penjara dan kos memelihara bakal banduan ini. Hakim dan pendakwa raya pun tak la banyak sangat kes nak diuruskan. Agaknya la.

Jika benar pendekatan ini yang sedang diambil oleh polis, maka orang awam juga perlu berhati-hati. Polis bukan sahaja akan menembak penjenayah, tapi juga boleh menembak sesiapa sahaja yang dianggap suspek penjeneyah. Itulah yang berlaku kepada arwah adik Aminulrasyid Amzah. Polis mungkin tidak mengetahui yang memandu kereta itu adalah remaja berusia 15 tahun. Disangkakan rusa yang ditembak, rupa orang asli yang sedang melepaskan hajat dalam semak.

Terbaru, remaja berusia 17 tahun, Mohd Azizi Azri Aziz ditembak oleh seorang anggota polis. Azizi adalah orang awam yang tiada rekod jenayah. Maka terbuktilah polis boleh tembak orang awam yang dianggap suspek. Oleh itu berhati-hatilah, sebagai orang awam, kita masih ada kemungkinan akan ditembak kerana ada kemungkinan kita boleh menjadi suspek penjenayah.

Oleh itu marilah kita beramai-ramai memakai jaket kalis peluru. Politikus juga boleh mengusulkan kepada parlimen supaya orang awam diberi subsidi untuk membeli jaket kalis peluru. Ok. Dah merapu. Sekian.
Undergoing MyBlogLog Verification

Wednesday, May 5

Life is a GIFT

Today  
Before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.
 Before 
You complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.
 Before 
You complain about your husband or wife - Think of someone
who's crying out to GOD for a companion.

 Today 
Before you complain about life - Think of someone who died
too early on this earth.

 Before 
You complain about your children - Think of someone who
desires children but they're barren.

 
Before 
You argue about your dirty house someone didn't clean or
sweep - Think of the people who are living in the streets.


 Before 
Whining about the distance you drive Think of someone who walks the same distance with their feet.
 And when 
You are tired and complain about your job - Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.
 
But  
Before you think of pointing the finger or condemning another - Remember that not one of us is without imperfection.
 And when 
Depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on your face and think: you're alive and still around.

Hanya kerana kau berbeza

Kadang-kadang terfikir kenapa agaknya di Malaysia ini bila kita berbeza pendapat dan ideologi, kita akan ditohmah dan dilabel dengan pelbagai perkara yang buruk.

Di Malaysia ini kalau berkumpul ramai-ramai untuk menyuarakan sesuatu lebih-lebih lagi bantahan, dianggap sebagai perosak keharmonian Negara. Di Negara demokrasi lain aktiviti ini dianggap sebagai menyuarakan suara dan pendapat. Tak perlu permit polis mahupun kebenaran mana-mana pihak.

Hanya kerana kau mengundi parti selain Kerajaan, kau akan dicop sebagai pengkhianat, tak tahu dek untung, tak mengenang budi dan sebagainya. Bukankah ini menunjuk demokrasi berjalan secara sihat?

Hanya kerana kau tidak setuju dengan dasar atau pimpinan Kerajaan, kau akan dilabel sebagai mengancam keselamatan Negara. Bukankah berbeza pendapat itu adalah perkara normal?

Hanya kerana kau memperjuangkan untuk menegakkan agama Allah, kau akan dikatakan sebagai ekstrimis. Bukankah perjuangan menegakkan agama Allah itu adalah tanggugjawab semua penganutnya?

Hanya kerana kau memperjuangkan hak kaum lain, kau akan dilabel sebagai pengkhianat bangsa. Bukankah semua hak patut diperjuangkan tanpa mengira warna kulit?

Hanya kerana kau berhalauan kiri, mengangkat panji tukul dan sabit, kau akan dilabel komunis, tidak percaya pada agama dan tuhan. Hanya kerana perbezaan itu kau ditohmah sebagai jahil, sesat dan sebagainya. Tapi sedarkah kau yang berbeza cuma pendapat dan ideologi, sedangkan kita bernafas dalam syahadah yang sama.

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Lain padang, lainlah belalangnya. Pelik kalau semua orang pakai baju biru. Mestilah ada yang berbaju hijau, berbaju kuning, berbaju biru dan berbaju merah. Itu lumrah.

Entahlah. Mungkin di Malaysia ini berbeza pendapat adalah tidak dibenarkan. Semua kene angguk-angguk dan geleng-geleng jer. Kalau macam itulah keadaannya, tak perlu ada parlimen. Tak perlu juga pilihanraya. Membazir duit dan buang masa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails